Showing posts with label karisma. Show all posts
Showing posts with label karisma. Show all posts

Sunday, 8 April 2012

Najib akan pangku jawatan Kak Ijat

Venue : Dataran Tok Gajah, Temerloh, Pahang

Event : Program Karisma 1Azam Negeri Pahang

Date : 7/4/2012 @ 3.30 pm

Ucapan aluan oleh Senator DS Shahrizat Jalil


___________________________________________________________

PM pangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

TEMERLOH 7 April - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beliau akan memangku jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat buat sementara waktu berikutan berakhirnya tempoh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Ahli Dewan Negara berkuat kuasa esok.
Menurut Perdana Menteri, beliau bagi pihak kerajaan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas segala sumbangan yang diberikan Shahrizat yang mana pada masa sama beliau akan meneruskan segala program pembangunan untuk wanita seperti yang dilaksanakan sebelum ini.


''Shahrizat juga berjanji kepada saya bahawa beliau akan bekerja kuat sebagai Ketua Pergerakan Wanita UMNO untuk menjamin kemenangan besar Barisan Nasional (BN).


''Justeru, Wanita mesti kekal bersatu, mesti bekerja kuat untuk menjamin kemenangan besar kita, insya-Allah," katanya ketika berucap merasmikan Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) 1Azam Peringkat Negeri Pahang di Dataran Tok Gajah di sini hari ini.


_________________________________________________



1/84
 2.
 3.
 4. Ketua Setiausaha KPWKM, Dato' Dr. Noorul Ainur Mohd Nur bersama Kak Ijat
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10. Lebih daripada 20,000 hadir pada majlis ini.

Saturday, 31 March 2012

Talian Nur 15999 dilancarkan

Venue : Taman Metropolitan. Kepong, Kuala Lumpur

Event : Program KAR1SMA KPWKM 2012

Date : 31/3/2012 @ 11.30 am

KUALA LUMPUR, 31 Mac 2012 - Selaras dengan usaha berterusan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakan (KPWKM) dalam memelihara keselamatan kanak-kanak dan remaja, KPWKM hari ini telah mengumumkan perkhidmatan panggilan percuma Talian NUR 15999 melalui telefon awam (payphone) di sekolah-sekolah seluruh Malaysia melalui bulan Jun 2012. Majlis pelancaran ini telah disempurnakan oleh YB Dato' Sri Sharizat Abdul Jalil, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, semasa menghadiri program KARISMA Komuniti KPWKM di Kepong.

"Melalu perkhidmatan ini, kanak-kanak dan remaja berpeluang berkomunikasi dengan konsultan Talian Nur 15999 secara percuma bagi mendapatkan nasihat dan maklumat serta melaporkan aduan atau masalah yang mereka hadapi. Ia juga membolehkan capaian Talian Nur 15999 yang lebuh meluas dengan kapasiti taburan hampir 40,000 telefon awam di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia", kata YB Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Talian NUR 15999 telah dilancarkan pada 5 Disember 2007 oleh Y.A.B Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Ia merupakan pusat panggilan bersepadu yang bertanggungjawab terhadap semua pertanyaan, aduan dan permohonan khususnya berkaitan aspek kebjikan dan sosial di bawah KPWKM. Perkhidmatan ini beroperasi 24 jan x 7 hari seminggu dan dikendalikan oleh call agent yang terlatih dari pelbagai bangsa dan boleh melayani sebarang panggilan dalam bahasa Cina dan Tamil sekiranya diperlukan.




Hari Keluarga Kementerian terakhir buat Kak Ijat ??

Venue : Taman Metropolitan, Kepong, Kuala Lumpur

Event : Program KAR1SMA KPWKM 2012

Date : 31/3/2012 @ 11 am


Meriah walaupun cuaca mendung dan hujan renyai renyai. Mungkin ini program hari keluarga KPWKM berskala sebegini yang terakhir buat Kak Ijat sebelum beliau melepaskan jawatan sebagai Menteri KPWKM pada 9/4/2012 nanti. Mungkin adalah majlis makan malam seperti Jasa Mu Di Kenang dan sebagainya yang akan menyusul.

Rafizi dan Zuraidah pula seharusnya bersorak kegembiraan dan buat kenduri kesyukuran. Kasi tumbang seekor dua kambing dan buat pulut kuning. Kalau dijemput harus saya bersama untuk merakam gambar kenangan tapi untuk makan pulut kuning atas penderitaan keluarga Shahrizat mungkin saya tak akan lakukan... fikirkan lah...

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.