jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Perjumpaan perwakilan UMNO Kedah dengan Presiden UMNO berikutan komplot
menjatuhkan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir
Tarikh : 22/1/2016
Sepetang melangut di PWTC tersia-sia sahaja apabila perwakilan UMNO yang dijemput mengadap Presiden UMNO tidak dibenarkan berkongsi apa apa maklumat dengan pihak media mengenai perjumpaan tersebut. Malah Presiden UMNO sendiri balik awal dibawah kawalan ketat dan dengan peringatan kepada pihak media untuk tidak menyiarkan sebarang foto beliau semasa tiba dan ketika meninggalkan majlis. Ikuti catatan Instagram saya ketika berada dilokasi.
Acara : Sidang media selepas perjumpaan Solidariti Ketua Bahagian UMNO
Bersama Presiden UMNO
Tarikh : 8/3/2015
Perjumpaan dua kali setahun ini menarik minat media kerana serangan bertali arus keatas Presiden Parti dan juga Perdana Menteri Malaysia sejak kebelakangan ini samada dari luar mahupun dari kalangan ahli dan bekas kepimpinan UMNO sendiri,.
Ada juga khabar angin yang menimbulkan spekulasi bahawa Najib Razak hanya berseorangan berhadapan dengan semua serangan tanpa mendapat sokongan dari Menteri Kabinet yang lain dan juga dari kalangan Ketua Ketua Bahagian UMNO. Najib dijangka akan rebah dari kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri dalam masa terdekat. Begitu lah desas desus yang hebat dimainkan penentang beliau.
Mutakhir isu 1MDB, isu Altantuya / Sirul, isu harta peninggalan Tun Razak selain daripada isu yang tak pernah putus putus dengan soal pembawakan diri Rosmah Mansor rancak sakan dimainkan dan dikitar semula oleh penentang Najib dan Rosmah.
Dalam keadaan semasa apa saja kelainan akan menjadi spekulasi. Muhyiddin yang tidak dapat hadir kerana urusan lain juga menimbulkan tanda tanya.
Perjumpaan ini dianjur dan diatur oleh Ketua-Ketua Bahagian yang telah 'bermesyuarat dan bersidang' melalui komuniti Telegram mereka. Mereka telah melantik Ismail Sabri untuk menjadi 'Penghulu' dan jurucakap bagi majlis kali ini.
Video 1 : IMDB jadi salah satu agenda utama dan Ketua-Ketua Bahagian berpuas hati dengan penerangan dan perancagan Najib Razak
Video 2 : 1MDB akan diaudit dan disiasat oleh badan professional dengan telus