Showing posts with label kuil sri muneswarar. Show all posts
Showing posts with label kuil sri muneswarar. Show all posts

Friday, 9 May 2014

DBKL pegang janji mengenai Kovil Sri Muneswarar

Lokasi : Kovil Sri Muneswarar Kaliayaman

Acara : Lawatan susulan 

Tarikh :  30/4/2014


Ini adalah lawatan susulan setelah hampir lapan bulan kes kuil ini 'meletop' sehingga
menyebabkan suasana mencurigai antara DBKL dan masyarakat India. Sidang media terakhir khusus untuk kes ini telah dibuat oleh Timbalan Menteri WP, Dato' Loga Bala Nathan pada 4/9/2013

Menara Hap Seng kini sudah hampir siap dan keadaan persekitaran telah pun dikemas dan dibersihkan dan hanya menunggu tenants memasuki premis masing-masing. Persekitaran kuil pun kelihatan kemas dan bersih siap dengan potted plants bagi menghiasi kawasan. 

Saya diberitahu oleh pegawai kepada Menteri WP bahawa pembinaan semula struktur kuil adalah tanggungjawab Hap Seng seperti yang telah dipersetujui.

DBKL telah mengotakan janji dan Kuil Sri Muneswarar Kaliayaman akan kekal berada dilokasi yang sama dan akan diberi wajah baru dalam masa terdekat. Lawatan seterusnya akan dilakukan dalam bulan Ogos tahun ini.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8



Wednesday, 13 November 2013

Isu Kuil - Kuil tempat simpan arak dan beer

Lokasi : Bangunan Koperasi Wilayah Persekutuan, Medan Tuanku, KL


Tarikh : 11/11/2013  @ 11.00 am


Penting : Sila rujuk artikel2 berikut untuk memahami isu Kuil Sri Muneswara Kalaiyaman ini

1. Kuil hanya untuk ibadat bukan sebagai restoran
2. Isu Kuil - Jangan main jerit dengan Ku Nan
3. Isu Kuil - Kabinet yang buat semua keputusan


Artikel menarik : Johnnie Walker Muniswaran



Jangan paksa Ku Nan buka mulut.. sendiri malu nanti...




Isu Kuil - Satu patung pun sudah boleh dipanggil kuil

Lokasi : Kuil Sri Muneswarar Kalaiyaman, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur


Tarikh : 11/11/2013  @ 2.15 pm


Penting : Sila rujuk artikel2 berikut untuk memahami isu Kuil Sri Muneswara Kalaiyaman ini

1. Kuil hanya untuk ibadat bukan sebagai restoran
2. Isu Kuil - Jangan main jerit dengan Ku Nan
3. Isu Kuil - Kabinet yang buat semua keputusan


Artikel menarik : Johnnie Walker Muniswaran


T.Mohan, Ketua Pemuda MIC menyanggah pandangan Tengku Adnan mengenai kelasifikasi Kuil dan Shrine. Menurut Tengku Adnan, Kuil Muneswarar tidak memenuhi kriteria sebagai sebuah Kuil / Kovil tetapi hanya lah satu tempat pemujaan atau Shrine. 



Thursday, 5 September 2013

Isu kuil - Kabinet yang buat semua keputusan

Lokasi : Menara 2 Sri Wilayah, P2 Putrajaya

Acara : Sidang media oleh Timebalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Loga Bala Nathan

Tarikh : 4/9/2013 @ 11.30 am



Nota sidang media

1. Untuk menjelaskan bahawa keputusan berhubung tindakkan keatas kuil Sri Muneswarar dibuat oleh kabinet dan bukan nya di peringkat kementerian.

2. isu kuil bermula dari 29/12/2010. Sejumlah 43 perbincangan, perjumpaan dan mesyuarat telah dilakukan dari peringkat jabatan, perseorangan, kementerian dan kabinet.

3. Development order - tanah selebar 8 kaki yang dipertikaikan ialah tanah yang terpaksa diserahkan oleh pemaju Hap Seng bagi tujuan pembinaan pembentungan. Bahagian atas pembentungan akan diperindahkan menjadi 'walk-way'. 

4. Arahan Mahkamah 5/7/2012 masih berkuatkusasa - diperintahkan defendan (DBKL) memberi akses kepada plaintif (Hap Seng) bagi tujuan membina walk-way / pembentungan seperti yang diluluskan dalam plan pembangunan.

5. Permohonan penghalang (intervene) oleh pihak kuil telah di tolak mahkamah

7. Tanah masih hak milik Pengarah Tanah dan Galian WP. Notis  bertarikh 13/6/2013 diserahkan kepada pihak kuil. Pihak kuil masih berdegil tidak mahu akur.

8.  Pihak kuil mengubah kawasan kantin makan kepada dewan sembahyang pada bulan November 2012 setelah DBKL mulakan engagement. 

9. Pihak DBKL berjanji tidak akan merobohkan sebarang kuil yang sedia ada dalam kawasan Wilayah Persekutuan konsisten dengan Aku Janji (Manifesto) PRU 13.

10. Tiada 'desecration' dilakukan oleh pihak DBKL ketika melaksanakan  operasi pada hari Ahad yang lalu.  Patung asal kuil tidak diusik langsungu. Cuma patung tambahan yang diletakkan atas sturuktur baru yang dibina dalam kawasan tanah yang dipertikaikan saja yang diturunkan...bukan dipecah atau dirobohkan...


1  Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Loga Bala Nathan ..
 2  Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Hj Mhd Amin Nordin bin Abd. Aziz menerangkan mengenai kerja pembentungan 
 3
 4


Tuesday, 3 September 2013

Isu kuil - Jangan main jerit dengan Ku Nan

Lokasi : Kuil Sri Muneswara Kalaiyanam, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur


Tarikh : 2/9/2013 @ 11.00 am


Ikuti bagaimana Ku Nan berhadapan dengan situasi...tegas dan 'affirmative'

1  Ku Nan dengan Pengerusi kuil
 2  Ku Nan dengan Setiausaha kuil


Monday, 2 September 2013

Kuil hanya untuk ibadat bukan sebagai restoran

Lokasi : Kuil Sri Muneswara Kalaiyanam, Jalan P.Ramlee, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media oleh Tengku Adnan

Tarikh : 2/9/2013 @ 11.00 am


Apa yang terjadi sehari sebelum

Video ini perlu ditonton untuk memahami isu yang perlu ditangani. 

DBKL tiada niat merobohkan kuil malah akan memperbaiki nya pula. Tetapi kuil tidak sesekali dibenarkan digunakan sebagai premis perniagaan.  Semasa saya bertugas disalah sebuah bank yang berdekatan dengan kuil ini 25 tahun yang lalu, memang kuil ini menjadi tempat kegemaran saya dan rakan-rakan sekerja yang lain melepak untuk sarapan pagi dan makan tengah hari. Masa itu zaman jahiliyah, makan saja lah tak kira tempat asalkan bukan benda yang terang terangan haram.



1/44
 2
 3  Kumpulan NGO yang datang awal 
 4 
 5  Tembok sebelah kiri ialah tembok yang dibina kuil. Tembok ini akan dirobohkan setelah dinding zink semntara siap dinaikkan oleh pihak developer..
 6
 7  Sivalingam.. 
 8
 9  Pekerja kontraktor pemaju sedang menyiapkan kerangka dinding sementara
 10