Showing posts with label hindu. Show all posts
Showing posts with label hindu. Show all posts

Wednesday, 14 April 2021

Lawatan ke kubur Hindu Jugra untuk pengesahan maklumat yang diterima dari pengadu

 

Acara : Lawatan ke Perkuburan Hindu Mukim Jugra, Banting, Selangor bagi mendapat gambaran lanjut lanjutan aduan salahlaku keatas Pegawai Polis IPD Selangor yang telah diajukan kpd KPN pada 1/4/2021

Lokasi : Perkuburan Hindu Jugra & Banting, Selangor

Tarikh : 14/4/2021



1

2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14


Thursday, 26 November 2015

Rosmah Mansor dirai Wanita MIC

Lokasi : Ibupejabat MIC, Kuala Lumpur

Acara : Sambutan Deepavali Wanita MIC

Tarikh : 24/11/2015


Rosmah Mansor menjadi tetamu VVIP dalam majlis Sambutan Deepavali anjuran Wanita MIC Pusat. Dalam ucapan beliau Rosmah telah mengucapkan ribuan terima kasih dan penghargaan kepada ahli MIC terutamanya Wanita MIC yang telah mengambil bahagian dan menjayakan ASEAN Summit 2015 yang baru sahaja berlangsung di ibunegara.

Bacaan menarik -

Rahsia suami-isteri: Rosmah, Najib saling bersimpati

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7 
 8
 9
 10

Tuesday, 3 February 2015

Saravanan dan Palanivel tunjuk muka manis sambut Najib di Batu Caves

Lokasi : Kuil Sri Mahamariamman, Batu Caves, Selangor

Acara : Sambutan Thaipusam

Tarikh : 3/2/2015



 Tiada ucapan oleh Perdana Menteri, cuma walk-about sekitar tapak perayaan. Pemimpin MIC yang ditemui termasuk Presiden nya pun enggan mengulas mengenai perkembangan terbaru dalam kemelut dalaman yang mereka hadapi.


1
 2
 3
 4
 5
 6  Isteri Palanivel, Kanagam (bersari hijau). Baru-baru ini bekas Bendahari Agung MIC, R.Ramanan telah membuat dakwaan SEBEGINI terhadap Palanivel suami isteri
 7
 8  Samy Vellu, bekas Presiden MIC selama 31 tahun turut hadir. Beliau kini menjadi Duta Khas Malaysia (infrastruktur) ke India dan Asia Selatan
 9
10  Palanivel membisikkan sesuatu kepada Timbalan Menteri WP, Loga Bala Mohan (PPP)

Thursday, 5 June 2014

Wajarkah diteruskan soalan bila Tun Dr M akui tidak mengetahui isu ?

Lokasi : Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak


Tarikh : 4/6/2014


Soalan yang diajukan berbunyi macam biasa lah, untuk memperkecilkan JAIS dalam hal penguatkuasaan perundangan Islam. Saya berada dilokasi semasa pegawai JAIS singgah di majlis kenduri pengantin Hindu di Jalan SS1/25 Kg Tunku pada hari Sabtu yang lalu. Saya menyaksikan sendiri pengantin perempuan diiring ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk mendapatkan keterangan. Tiada sebarang kejadian atau pertelagahan yang berlaku. Malah keluarga pengantin memang sudah menjangka kehadiran pegawai JAIS ke majlis mereka.  

Kejadian seperti yang berlaku di Kg Tunku sudah pasti menarik perhatian pihak yang berwajib kerana pengantin yang terlibat masih menggunakan nama yang biasa digunakan orang Islam. Sewajarnya mereka melakukan rutin penyiasatan untuk mendapat kepastian. Pengantin pula memang dari awal mengetahui masalah yang akan timbul jika beliau meneruskan perkahwinan dengan status sebagai penganut Islam. Menjadi tanggungjawab beliau dan keluarga beliau serta semua mereka yang terlibat termasuk keluarga mertua untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan. Mereka nampak gayanya hanya mencuba nasib dan menguji sistem penguatkuasaan perundangan Islam dinegara ini.

Persoalan yang saya timbulkan,.. wajarkah soalan terus diajukan kepada Tun Dr Mahathir sedangkan beliau sudah akui bahawa beliau tidak mengetahui isu yang berbangkit ?. Untuk tidak mengecewakan wartawan, jawapan Tun lebih kepada situasi am dan tidak fokus kepada isu yang cuba dibangkitkan oleh penyoal. Ikuti rakaman berikut.




Friday, 9 May 2014

DBKL pegang janji mengenai Kovil Sri Muneswarar

Lokasi : Kovil Sri Muneswarar Kaliayaman

Acara : Lawatan susulan 

Tarikh :  30/4/2014


Ini adalah lawatan susulan setelah hampir lapan bulan kes kuil ini 'meletop' sehingga
menyebabkan suasana mencurigai antara DBKL dan masyarakat India. Sidang media terakhir khusus untuk kes ini telah dibuat oleh Timbalan Menteri WP, Dato' Loga Bala Nathan pada 4/9/2013

Menara Hap Seng kini sudah hampir siap dan keadaan persekitaran telah pun dikemas dan dibersihkan dan hanya menunggu tenants memasuki premis masing-masing. Persekitaran kuil pun kelihatan kemas dan bersih siap dengan potted plants bagi menghiasi kawasan. 

Saya diberitahu oleh pegawai kepada Menteri WP bahawa pembinaan semula struktur kuil adalah tanggungjawab Hap Seng seperti yang telah dipersetujui.

DBKL telah mengotakan janji dan Kuil Sri Muneswarar Kaliayaman akan kekal berada dilokasi yang sama dan akan diberi wajah baru dalam masa terdekat. Lawatan seterusnya akan dilakukan dalam bulan Ogos tahun ini.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8



Monday, 18 November 2013

Majlis Kamal meriah dengan kehadiran TPM

Lokasi : Bukit Beruntung Golf Resort, Serendah, Hulu Selangor

Acara : Rumah Terbuka Deepavali Parlimen Hulu Selangor

Tarikh : 17/11/2013 @ 3.30 pm


Persembahan hiburan

1  Latihan menghormati yang tua bermula dari kecil - budaya Malaysia
 2  Keakraban antara bangsa
 3
 4
 5  Keterujaan menanti ketibaan TS Mahyuddin Yassin
 6
 7
 8
 9 
 10   Lengkap sudah adat menyambut tetamu