Thursday 5 September 2013

Isu kuil - Kabinet yang buat semua keputusan

Lokasi : Menara 2 Sri Wilayah, P2 Putrajaya

Acara : Sidang media oleh Timebalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Loga Bala Nathan

Tarikh : 4/9/2013 @ 11.30 am



Nota sidang media

1. Untuk menjelaskan bahawa keputusan berhubung tindakkan keatas kuil Sri Muneswarar dibuat oleh kabinet dan bukan nya di peringkat kementerian.

2. isu kuil bermula dari 29/12/2010. Sejumlah 43 perbincangan, perjumpaan dan mesyuarat telah dilakukan dari peringkat jabatan, perseorangan, kementerian dan kabinet.

3. Development order - tanah selebar 8 kaki yang dipertikaikan ialah tanah yang terpaksa diserahkan oleh pemaju Hap Seng bagi tujuan pembinaan pembentungan. Bahagian atas pembentungan akan diperindahkan menjadi 'walk-way'. 

4. Arahan Mahkamah 5/7/2012 masih berkuatkusasa - diperintahkan defendan (DBKL) memberi akses kepada plaintif (Hap Seng) bagi tujuan membina walk-way / pembentungan seperti yang diluluskan dalam plan pembangunan.

5. Permohonan penghalang (intervene) oleh pihak kuil telah di tolak mahkamah

7. Tanah masih hak milik Pengarah Tanah dan Galian WP. Notis  bertarikh 13/6/2013 diserahkan kepada pihak kuil. Pihak kuil masih berdegil tidak mahu akur.

8.  Pihak kuil mengubah kawasan kantin makan kepada dewan sembahyang pada bulan November 2012 setelah DBKL mulakan engagement. 

9. Pihak DBKL berjanji tidak akan merobohkan sebarang kuil yang sedia ada dalam kawasan Wilayah Persekutuan konsisten dengan Aku Janji (Manifesto) PRU 13.

10. Tiada 'desecration' dilakukan oleh pihak DBKL ketika melaksanakan  operasi pada hari Ahad yang lalu.  Patung asal kuil tidak diusik langsungu. Cuma patung tambahan yang diletakkan atas sturuktur baru yang dibina dalam kawasan tanah yang dipertikaikan saja yang diturunkan...bukan dipecah atau dirobohkan...


1  Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Loga Bala Nathan ..
 2  Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Hj Mhd Amin Nordin bin Abd. Aziz menerangkan mengenai kerja pembentungan 
 3
 4


No comments:

Post a Comment