Showing posts with label perlembagaan. Show all posts
Showing posts with label perlembagaan. Show all posts

Monday, 11 September 2017

Dr Mahathir akan mohon bertemu Zahid Hamidi mengenai pendaftaran Pakatan Harapan yang tertangguh

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Wisma Amanah, Jalan Kuching, KL

Tarikh : 11/9/2017 @ 6.00 pm



Video 1 - Dr Mahathir akan memohon untuk bertemu dengan TPM Zahid Hamidi yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri untuk berbincang mengenai pendaftaran Pakatan Harapan. Pendaftaran Pakatan Harapan telah tertangguh diperingkat Pendaftar Pertubuhan(ROS) setelah Pakatan Harapan menyerahkan semula borang permohonan berserta pindaan kepada cadangan perlembagaan dan juga logo parti yang dipinda mengikut nasihat ROS.






Tuesday, 28 June 2016

Kalau dah tak guna lagi baik bakar saja Buku Perlembagaan UMNO - GKCM

Acara : Pembakaran Buku Perlembagaan UMNO oleh GKCM

Lokasi : Kelab Alumni Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Tarikh : 26/6/2016


Video 1 - UMNO sudah tidak perlu Perlembagaan



**********************************************************************************

Foto 360 darjah

Nota - Anda hanya perlu klik gambar tersebut dan ianya akan terbuka di link theta360... Anda boleh lihat keseluruhan persekitaran lokasi foto dirakam...Anda juga boleh mengalihkan pandangan dan sudut dengan menggerakkan cursor kearah mana yang anda suka ... Anda juga boleh enlarge or round up the image... selamat mencuba dan alami pengalaman barudari sudut pandangan 360 darjah


*******************************************************************

1
 2
 3


Thursday, 26 March 2015

PDRM hanya kuatkuasakan undang undang yang jelas dan tidak bercanggah

Lokasi : Padang Kawad Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur


Tarikh : 25/3/2015


Nasihat IGP Khalid Abu Bakar ... jangan komen pasal hukum-hukum hudud dan perundangan Islam sama ada adil atau tidak. Tetapi rakyat Malaysia bebas berbincang mengenai hudud dari segi perlembagaan negara, bukan nya mengatakan adil atau tidak hukum Hudud tersebut..

Khalid juga menegaskan bahawa PDRM hanya menguatkuasakan undang-undang yang jelas dan tidak bercanggah atau undang-undang yang bertindih antara satu sama lain. Para pengubal undang-undang lah yang bertanggungjawab untuk mengubal undang-undang yang boleh dikuatkuasakan oleh PDRM. 



Thursday, 28 August 2014

Khalid Samad sepatut nya pertahankan perlembagaan bukan hasut

Lokasi : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Acara : Temubual

Tarikh : 27/8/2014


Kandungan laporan Polis

Pada 26 Ogos 2014 saya membaca blog milik Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad di URL http://www.khalidsamad.com/2014/08/video-sidang-media-nama-mb-dan-kuasa.html

Dalam entri beliau bertarikh 22 Ogos 2014, beliau dalam sebuah sidang media telah di laporkan dan menyatakan seperti berikut :-

Kita dapat indicator from the palace, not necessaraly fromt he Sultan himself personally.
Tapi indicator saying that they want more than one name. So PAS kepada konsep itu dan letak nama Wan Azizah dan Presiden dan Timbalan Presiden.

Soalan: Did the source from the palace say siapa..?

Dia tak specify siapa, dia kata mintak lebih dari satu namalah supaya Sultan boleh pilih.

So ada yang bertanggapan bahawa that is not a good precedence pasal kita punya sistem ini ialah sistem constitutional monarchy so we should not give the sultan the power to decide who becomes the MB, solely.

That is an opinion.

So bagi PAS kita kata takpa kita bagi dua nama.

Soalan: So when you said that opion tu, that opion tu express by whom?

In the Internet out there out there, alamaya, everywhere. Alamaya, daripada akademik, Tun Mahathir.

-Pejabat YB Khalid Samad-



Saya membuat laporan polis pada hari ini berdasarkan kenyataan beliau di atas seperti berikut :-

“So ada yang bertanggapan bahawa that is not a good precedence pasal kita punya sistem ini ialah sistem constitutional monarchy so we should not give the sultan the power to decide who becomes the MB, solely.

That is an opinion.”

Saya sesungguhnya percaya dan berkata bahawa kenyataan YB Khalid Samad berkenaan adalah terjumlah kepada satu tindakan menghasut rakyat agar mempersoalkan kuasa Perlembagaan yang di berikan kepada Baginda Sultan Selangor untuk melantik Menteri Besar atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen Malaysia dan hasutan beliau ini adalah satu ancaman terhadap institusi Raja berpelembagaan di Malaysia dan  merupakan satu kesalahan jenayah dan berkecenderungan menghasut di bawah Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948.


Beliau juga perlu di siasat di bawah seksyen 121 Kanun Keseksaan bagi kesalahan Berperang atau mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang DiPertuan Agung, Raja atau Yang DiPertua Negeri dan jika sabit kesalahan boleh di hukum bunuh atau penjara seumur hidup.

Institusi Raja-Raja Melayu adalah di jamin kedaulatan dan kemuliaannya menurut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Oleh itu sebarang cubaan untuk memperlekehkan institusi beraja ini harus di kenakan tindakan undang-undang dan di hukum sekeras-kerasnya.

Oleh itu saya hadir ke balai ini untuk membuat laporan.

Sekian.



1
 2
 3