Showing posts with label naib presiden. Show all posts
Showing posts with label naib presiden. Show all posts

Monday, 11 September 2017

Pakatan Harapan tambah dua lagi Naib Presiden

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan

Lokasi : Wisma Amanah, Jalan Kuching, KL

Tarikh : 11/9/2017 @ 6.00 pm



Video 1 - Secara ringkas nya kandungan video berikut :-
  • Ucapan takziah Majlis Presiden kepada keluarga Allahyarham Sultan Kedah diatas kemangkatan Tuanku.
  • MP Ipoh Barat, M.Kulasegaran (DAP) dan Pengerusi PKR Sabah, Christina Liew dilantik Naib Presiden yang baru bagi mencerminkan komposisi kaum dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (Naib Presiden yang lain ialah Mohamed Azmin Ali,  Mukhriz Mahathir, Chong Chieng Jen dan Salahuddin Ayub)
  • Husam Musa (AMANAH) dilantik sebagai Bendahari Pakatan Harapan yang baru bagi menggantikan M.Kulasegaran yang terpaksa mengosongkan jawatan tersebut setelah dilantik menjadi Naib Presiden.
  • Pakatan Harapan akan mengembalikan kecemerlangan Malaysia di peringkat antarabangsa (apabila berjaya mengambil alih kerajaan  pusat)


*********************************************************************************

1
 2
 3
MP Ipoh Barat, M.Kulasegaran (DAP) dilantik sebagai Naib Presiden bagi mencerminkan komposisi kaum India dalam kepimpinan Pakatan Harapan 
 4



Thursday, 24 October 2013

Sunday, 20 October 2013

Mukhriz terima kekalahan dgn hati terbuka

Sekali lagi Mukhriz Mahathir membuktikan beliau seorang pencabar yang berhemah tinggi dalam pertandingan... walaupun telah mengetahui telah tewas, beliau masih muncul untuk memberi hormat kepada yang menang... begitu juga lah yang telah beliau lakukan semasa bertanding merebut kerusi KP Pemuda UMNO dulu.. beliau lah calon pertama yang masuk kedewan walaupun sudah mengetahui beliau tewas... ini lah semangat yang kita cari..


Mukhriz tewas tetapi lebih popular dari Hishamuddin

Lokasi : PWTC, Kuala Lumpur

Acara : Keputusan Pemilihan Naib Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO

Tarikh : 19/10/2013  @ 10.00 pm



KUALA LUMPUR 20 Okt. - Ketiga-tiga penyandang, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO, Tan Sri Mohd. Tajol Rosli Ghazali ketika mengumumkannya dalam sidang akhbar pukul 1.40 pagi ini berkata, setelah 188 daripada 191 bahagian disahkan kiraan undi, Ahmad Zahid memperoleh 185 undi manakala Mohd. Shafie mendapat 174 undi dan Hishammuddin, 100 undi.

Pesaing terdekat, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir pula mendapat 91 undi.
Walaupun kalah dalam pemilihan mengikut sistem "electoral college", namun Mukhriz mengatasi Hishammuddin dari segi undi popular. Beliau mendapat 55,290 undi manakala Hishammuddin 54,829 undi.

Dua lagi calon, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam masing-masing sekadar mendapat lapan dan tujuh undi.

Sementara itu, Ahmad Zahid yang ditemui di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berkata, gandingan beliau, Shafie dan Hishammuddin diyakini akan membantu memperkasakan institusi UMNO dalam usaha memastikan parti itu terus relevan khususnya di kalangan generasi muda.

"Ini penting memandangkan terdapat 6.5 juta pengundi baru pada Pilihan Raya Umum Ke-14. Biarpun sudah berumur 60-an, tapi pemikiran, cita rasa dan gerak kerja akan tetap mengambil kira pola pemikiran golongan muda," katanya. - UTUSAN ONLINE


1/36
 2  'Adik Manis' Hafizah.. ADC Puan Sri Norainee
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9  Tahniah dari Boss kerana terpilih sebagai ahli MT, mewakili Wanita UMNO...seorang lagi ialah Rosnah Shirlin..
 10


Sunday, 22 September 2013

#MM4VP - Berani Berubah

Sudah kah Anda Bersedia untuk
Perubahan?


Kenali calun #5 Naib Presiden UMNO...




Isa Samad bersikap terbuka mengenai peluang menang

Lokasi : Tingkat 5, Pusat Dagangan Putra, Kuala Lumpur


Tarikh : 21/9/2013  8.00-5.00 pm



Isa Samad yakin dapat memberi saingan dalam perebutan kerusi Naib Presiden UMNO yang yang akan enyaksikan pertandingan enam penjuru. Isa Samad sudah biasa memegang jawatan Naib Presiden suatu ketika dahulu. Mantan MB Negeri Sembilan ini i merupakan Ahli Parlimen Jempol dan menjadi Pengerusi FELDA sejak tiga tahun yang lalu. 




Thursday, 5 September 2013

Ali Rustam tawar diri untuk kerusi Naib Presiden

Lokasi : Rumah Melaka, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur

Acara : Rumah Terbuka Dato Seri Ali Rustam

Tarikh : 4/9/2013 @ 3.00 pm






1/24
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9  Ali menjawab soalan dari wakil Agenda Daily
 10