Showing posts with label mh17. Show all posts
Showing posts with label mh17. Show all posts

Friday, 22 August 2014

DBKL sedia prasarana untuk ucap takziah MH17

Lokasi : Laluan bertutup pejalan kaki Berhadapan Menara DBKL





Update

Salam Hormat,

Tuan/Puan

Saya dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2.         Adalah dimaklumkan sempena Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 akan diadakan Tafakur selama 1 minit serentak di seluruh Negara pada 22 Ogos 2014 (Jumaat) di antara jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi. Pada masa bertafakur, orang ramai dan kenderaan hendaklah berhenti selama 1 minitBagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, lokasi yang telah ditetapkan adalah di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja, Kuala Lumpur.  

3.         Untuk makluman, pengumuman bertafakur akan diumumkan secara langsung oleh stesen radio dan televisyen tempatan. Sehubungan itu, pihak kami ingin menjemput pihak media untuk membuat hebahan dan liputan di lokasi tersebut.

4.         Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkenaan tersebut, boleh hubungi saya Norhazlinawati Binti Mat di talian03 – 2691 2500 / 013 – 2411 337.


Sekian, terima kasih.



'BERKHIDMAT UNTUK NEGARA'

Saya yang menurut perintah,


               t.t

NORHAZLINAWATI BINTI MAT
Pegawai Perhubungan Awam Negeri
Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Tel : 03 - 2691 2500 samb. 115

Faks : 03 - 2691 3320



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7


Monday, 21 July 2014

Najib berkongsi kesedihan bersama jemaah Iftar

Lokasi : Masjid Al-Najihin, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur 

Acara : Majlis penutup Nur Ramadan anjuran Kementerian WP

Tarikh : 20/7/2014



Perdana Menteri hari ini menyempurnakan majlis penutupan siri Nur Ramadan anjuran Kementerian Wilayah Persekutuan dan beriftar bersama hampir 3,000 orang tetamu. Beliau juga menyampaikan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Masjid Al-Najihin dan saguhati kepada 2,100 orang golongan yang memerlukan.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Saturday, 19 July 2014

Rosmah sumber kekuatan Najib hadapi MH17

Lokasi : Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

Acara : Pelancaran Skuad An-Nur Wanita UMNO Malaysia

Tarikh : 18/7/2014


Peranan isteri Perdana Menteri amat lah besar sekiranya si-isteri tersebut berkemampuan dan berupaya memainkan peranan komplimentari kepada Perdana Menteri. Rosmah Mansor jelas menunjukkan kesanggupan dan keupayaan untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung oleh suami beliau. Ikuti rakaman berikut dimana Rosmah telah dengan secara jelas menyatakan bahawa beliau akan menghantar SMS kepada rangkaian kenalan beliau untuk meminta Presiden Putin menalipon Najib Razak.. 


1
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

MH17 - Kenyataan PM selepas bincang dgn Putin

Lokasi : Masjid Angkasapuri, Kuala Lumpur

Acara : Iftar Media bersama Perdana Menteri Malaysia

Tarikh : 18/7/2014


Majlis hari ini bermula dengan majlis tahlil khas untuk mangsa tragedi MH17, diikuti dengan majlis berbuka puasa diikuti dengan sidang media oleh Najib Razak selepas perbincangan melalui talipon beliau dengan Presiden Putin. Terdahulu ketika berbuka, Najib telah berkomunikasi dengan Setiausaha Agung PBB, Bang Kim Moon.


1  Selalu berlaku salah identiti oleh penyokong dan cybertrooper pihak pembangkang.. antara kami tiada pertalian darah pun... 
 2
 3 ~ 5 Tahlil khas untuk mangsa tragedi MH17
 4
 5
 6
7
 8
 9
 10