Showing posts with label miup. Show all posts
Showing posts with label miup. Show all posts

Sunday, 3 May 2015

PRK P.44 - Nallakaruppan yakin peningkatan sokongan kaum India kepada BN

Lokasi : Restoran Pelita, Butterworth

Acara : Temubual Presiden MIUP, Dato' KS Nallakaruppan

Tarikh : 2/5/2015



Presiden MIUP, Dato' KS Nallakaruppan yakin akan berlaku nya peningkatan dalam sokongan dari masyarakat India kepada BN pada pilihanraya kecil kali ini. Jentera sokongan MIUP sudah pun berada di kawasan yang ramai pengundi masyarakat India sejak dari hari penamaan calon lagi dan yakin perubahan akan berlaku kerana kaum India sudah bosan dipinggirkan oleh Ahli Parlimen yang lalu.


 1
  2
3
 4


Thursday, 16 August 2012

Nalla ucap Selamat Hari Raya kepada kita semua

Venue : Ibupejabat Malaysian Indian United Party, Jalan Segambut, Kuala Lumpur

Event : Sidang Media khas mengenai situasi politik di Sabah

Date : 15/8/2012 @ 1.00 pm


Personaliti yang menghantui Anwar Ibrahim dengan pelbagai rahsia yang disimpan kemas berkesempatan menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya Eidl Fitri kepada semua umat Islam yang meraikan nya. Nallakaruppan dan keluarga berkemungkinan akan menghabiskan cuti bersama kaum keluarga beliau yang akan mengadakan majlis pertunangan pada hujung minggu ini.



Wednesday, 30 May 2012

Nalla rakam demi keselamatan Anwar

Venue : Ibupejabat Malaysian Indian United Party (MIUP)

Event : Sidang Media

Date : 29/5/2012 @ 11.30 am


Datuk S.Nallakaruppan hari in mendedahkan bahawa rakaman yang dilakukan di Tivolli Villa adalah untuk keselamatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dibawah 'jagaan' beliau ketika itu. Ketika ditanya lebih lanjut selepas sidang media beliau menyatakan bahawa apa apa saja berkemungkinan akan berlaku didalam bilik yang akan menyebabkan kedudukan TPM dalam bahaya dan tergugat.

Bahaya yang dimaksudkan ialah tuduhan rogol, pukul  dan sebagainya yang mungkin dibuat oleh pasangan TPM pada masa itu. Rakaman audio visual dibuat untuk simpanan dan bukan untuk tayangan kepada mana mana pihak.

Nalla berpeluang untuk menggunakan video video tersebut untuk kepentingan diri sendiri pada masa beliau ditangkap dan dimasukkan kepenjara pada tahun 1998. Tapi memandangkan setianya beliau kepada Anwar, beliau sanggup merengkok didalam penjara dan menyepikan hal video video tersebut.

Kini Nalla bertegas akan menggunakan video video tersebut sebagai senjata ampuh untuk menghalang Anwar dari mencapai cita cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Nalla juga membayangkan yang beliau sedia 'melepaskan' Anwar sekiranya Anwar meninggalkan terus arena politik. 


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.


Nalla pohon tambahan cuti Deepavali dan Krismas

Venue : Ibupejabat Malaysian Indian United Party (MIUP)

Event : Sidang Media

Date : 29/5/2012 @ 11.30 am


Presiden MIUP,  S.Nallakaruppan hari mengumumkan permohonan beliau kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menambah cuti perayaan Deepavali dan juga Krismas dari sehari kepada dua hari bagi membolehkan masyarakat India / Hindu dan Kristian untuk beraya dengan lebih bermakna bersama kaum keluarga meraka. Ini juga akan menyelaraskan cuti perayaan bagi semua kaum Melayu, Cina dan India di Malaysia...