Showing posts with label prk p44 permatang pauh. Show all posts
Showing posts with label prk p44 permatang pauh. Show all posts

Sunday, 10 May 2015

PRK P.44 - Sedikit hiburan untuk kurangkan stress calon PKR

Lokasi : Yayasan Aman, Penanti

Acara : Sesi temubual bersama calon PKR

Tarikh : 6/5/2015


Dunia cyber tengah dok sibuk dengan cerita dan pergaduhan pelbagai pihak mengenai pembelian tanah dari 1MDBoleh Tabung Haji Properties. Stress kerja di Permatang Pauh pun belum habis lagi sudah memasuki kesatu lagi lambaran yang boleh membuatkan kami yang baru habis tugasan menglamai stress yang berpanjangan.

Mari kita ikuti bagaimana calon PKR, Wan Azizah menguruskan stress yang beliau hadapai ketika berkempen di Permatang Pauh. Sedikit hiburan semasa rihat diantara program telah membantu beliau kembali fokus dan tenang.






Saturday, 9 May 2015

PRK P.44 - Tips menjaga kesihatan oleh calon PKR ketika berkempen

Lokasi : Yayasan Aman, Penanti

Acara : Sesi temubual bersama calon PKR

Tarikh : 6/5/2015



Calon PKR secara berseloroh mengaku cuaca panas menyebabkan suara beliau sudah berubah menjadi seakan akan suara penyanyi Ella. Seterusnya beliau memberi panduan bagaimana mengekalkan tahap kecergasan dan kesihatan ketika berkempen selama lebih dua minggu di Permatang Pauh. Minyak kelapa asli, minyak ikan kod dan vitamin C menjadi suplement tambahan harian beliau. Ianya terbukti berkesan untuk calon yang sudah berusia 63 tahun. Jom cuba amalkan..  




Friday, 8 May 2015

PRK P.44 - Foto sekitar hari pengundian

Lokasi : Sekitar kawasan PRK P44 Permatang Pauh

Acara : Hari pembungan undi

Tarikh : 7/5/2015


Sesak teruk merata tempat disebelah pagi sehinggalah ketengah hari. Liputan hanya boleh dibuat secara berkesan jika bergerak menggunkan motosikal. Kami bernasib baik kerana dapat meminjam motor dari bilek gerakan PKR Kawasan Bukit Mertajam tanpa sebarang soalan hanya dengan menunjukkan  kad perakuan media kami. 

1
@Tanah Liat
 2
@ Tanah Liat
 3
OKU akibat kemalangan @ Penanti
 4
Warga tua berusia 103 tahun dan telah mengundi sebanyak 14 kali @ Penanti
 5
 6
Tiga beradik warga tua  @ Penanti
 7
Calon PKR berusia 63 tahun mengundi @ Penanti
 8
 9
 10
Sssssssh jurugambaq jangan bisin sangat @ Penanti

PRK P.44 - Kita semua balik dengan kenangan bersama MP yang baru

Lokasi : Yayasan Aman, Penanti

Acara : Sidang media harian PKR

Tarikh : 6/5/2015


Tiada ulasan dan berita yang hendak saya kongsikan buat sidang media yang terakhir  sebelum hari pengundian. Cuma perkongsian gambar buat kenangan rakan -rakan media yang sama-sama membuat liputan  di PRK P.44 Permatang Pauh.

1
 2
 3
 4
Selepas dua minggu berkempen di Permatang Pauh... lepaih ni boleh berehat panjang.
 5
 6
 7
"I already sound like Ella" ..when asked about her health
 8
 9
 10

Thursday, 7 May 2015

PRK P.44 - Dr Mazlan bekas calon BN dituduh mendalangi pengacau dalam PAS

Lokasi : Simpang Tiga Masjid Kubang Semang

Acara : Demonstrasi Pro-Ulamak & Hudud

Tarikh : 6/5/2015


Dr Mazlan bekas calon BN semasa menentang Anwar Ibrahim dalam PRU yang lepas dituduh mendalangi pengacau dalam PAS yang pro-ulama. Kumpulan yang hadir membuat demonstrasi didakwa berasal dari PAS Bagan dan diketuai oleh Ketua Penerangan mereka Azmi Jaafar.

Kumpulan yang menyerang mereka pun kebanyakan nya ahli PAS Kubang Semang yang pro-Pakatan Rakyat. MP Hulu Langat, Abdullah Sani bersama beberapa penyokong PKR turut kelihatan didalam gerai makan, tetapi mereka hanya memerhati dari jauh dan tidak terlibat dalam kekecohan yang berlaku. 




1
 2



Wednesday, 6 May 2015

PRK P.44 - Penceramah MCA kena serang selepas dituduh makan taik

Lokasi : MCA Sama Gagah, DUN Permatang Pasir

Acara : Sidang media MCA mengenai serangan keatas penceramah mereka

Tarikh : 5/5/2015


Kejadian berlaku selepas ceramah kelompok MCA di Seberag Jaya. Penceramah jemputan dari Kedah, Dr Leong Weng Kuang hampir-hampir dibelasah oleh tiga orang (Cina) yang duduk bersama hadirin yang lain.

Selesai berceramah Dr Leong turun pentas dan bersalaman dengan mereka yang hadir tetapi tiga lelaki Cina terebut telah melakukan provokasi dengan berkata "Doktor tiada otak kerana makan taik". Tuan rumah majlis yang juga pengadu masuk campur untuk melerai dan menyelamatkan Dr Leong, tetapi berlaku tolak menolak dan beliau telah ditumbuk dan baju ditarik sehingga koyak.

Laporan Polis telah pun dibuat tetapi setakat masa sidang media tiada tangkapan dibuat lagi.


1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
10
 11
 12
 13
 14


PRK P.44 - Ahli PKR dedah mereka lagi pakar guna pengundi hantu

Lokasi : Pusat Kommersial Permatang Pauh

Acara :  PC Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK)

Tarikh :  3/5/2015


Pendedahan mengenai penggunaan pengundi hantu oleh ahli PKR Sepang, Nasiruddin Hamid yang menganggotai NGO Suara Akar Umbi Keadilan (SAUK). Selama ini PKR sentiasa menuding jari kepada SPR mengenai pengundi hantu  

Kini ahli mereka sendiri mendedahkan dalam pemilihan parti yang lalu (2014) seorang permastautin dari India dibenarkan menjadi ahli PKR dan seterusnya mengundi dalam pemilihan parti. Ini baru satu kes, mungkin ada beribu lagi ahli sebegini yang didaftarkan oleh PKR.

Kini PKR cuba mempertahankan kubu kuat mereka d Permatang Pauh, mungkin tidak mustahil segala jenis tektik termasuk menggunakan pengundi hantu digunakan untuk menang.



 1
 2



Monday, 4 May 2015

PRK P.44 - Calon BN tagih doa kaum ibu untuk keyayaan

Lokasi : Rumah sebelah Masjid Saad, Tanah Liat

Acara : Sambutan Hari Ibu oleh Wanita UMNO

Tarikh : 3/5/2015


Majlis sambutan Hari Ibu anjuran Wanita UMNO ini turut dihadiri oleh isteri, ibu dan ibu mertua calon BN, Suhaimi Sabudin ..


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10