Showing posts with label video seks. Show all posts
Showing posts with label video seks. Show all posts

Friday, 12 April 2013

Pemimpin PAS sudah tidak kenal dosa pahala

Filr pic.

PERLAKUAN SUMBANG YANG DIKATAKAN MELIBATKAN PIMPINAN TERTINGGI PAS


Kelmarin dunia siber digemparkan dengan paparan perlakuan seks yang dikatakan melibatkan pimpinan tertinggi PAS, Dato Mustapa Ali Setiausaha Agung Parti Islam itu. Video 11 minit 26 saat itu setakat ini tidak dapat diketahui siapa yang merakamnya digambarkan berlaku disebuah bilik hotel mewah dikatakan berlaku di ibu negara Kuala Lumpur.

Video tersebut diberitakan merakamkan adegan-adegan menjurus kepada perlakuan seks hinggalah hubungan seks yang sebenarnya. Paparan gambar secara berwarna disertai dengan rakaman video dan audio yang jelas dan terang menggambarkan dengan jelas siapa pelakunya.

Mereka yang telah melihat  akan terus dapat mengecam lelaki yang terlibat adalah dikatakan Dato Mustapa Ali. Sementara pasangan wanitanya kelihatan masih muda dan agak sofistikated.

Sejak dimuat naik di dalam blog, video itu terus disambut oleh para blogger yang lain yang kini menjadi paparan yang paling hangat dan dikembang luas hingga keperingkat menjadi “viral” yang sukar dibendung lagi.

Episod yang timbul dari sumber internet yang berkait dengan perlakuan seks serta melibatkan tokoh besar dalam sebuah Parti Islam sudah tentu menarik minat banyak pihak dan menjadikannya tarikan utama untuk ditonton. Itulah lumrah manusia.

Peristiwa ini meletup hanya tinggal 8 hari sahaja sebelum tarikh penamaan calon diikuti hari mengundi pada 5 Mei 2013. Sebelum ini PAS jenuh bersilat menepis beberapa isu besar yang para pemerhati politik merumuskan hampir semuanya tidak menyebelahi Parti Islam itu. Peristiwa pemecatan saya dan Ust Nasharudin Mat Isa, amanat Haji Hadi, doa menjahanamkan Umno, keceluparan Mursyidul Am, isu Kalimah Allah, penguburan negara Islam dan Hudud adalah di antara isu yang sukar di tebus kembali.

Video yang dikatakan melibatkan Dato Mustapa Ali ini dijangka akan memberi pukulan maut kepada PAS. Dari paparan imejnya Presiden PAS tidak ada ruang lagi untuk sekadar mengatakan itu besi. Sementara pimpinan PAS sukar mencari alasan munasabah untuk meyakinkan ahli, penyokong dan pengundi Melayu Muslim khasnya bahawa video itu adalah bikinan musuh politik untuk melenyapkan PAS.

Melihat kepada paparan imej-imejnya, apapun alasan yang cuba diberi namun rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai ilmu dan pendedahan yang luas sudah mampu membuat rumusan dan keputusan bagi diri masing-masing.

Hari ini Naib Presiden PAS, Dato Husam Musa cuba menjadi jaguh tampil mengeluarkan kenyataan seolah-olah persetankan isu video itu sambil cuba berselindung bahawa paparan itu adalah palsu dan berniat jahat. Beliau meminta supaya pimpinan PAS  tidak memberi perhatian kepada episod itu dan dengan angkuh mengatakan bahawa PAS tidak perlu menyiasat kesahihan video itu. Kenyataan ini dilihat bertentangan sama sekali dengan akhlak seorang Muslim sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran Surah Al-Hujurat ayat 6 yang meminta kita supaya menyelidiki dan menyiasat dahulu sesuatu berita yang dibawa walaupun daripada orang-orang yang fasik.   
Manakala pimpinan yang lain termasuk yang lebih tinggi daripada Husam sehingga ini membisu seribu bahasa. Mungkin masih terkejut dan belum pulih daripada igauan ngeri disebabkan yang terlibat adalah dikatakan Setiausaha Agung parti yang kehadirannya dalam politik sinonim dengan perkembangan parti itu sendiri.

Ada beberapa perkara yang perlu direnungkan :

  1. Adakah wajar paparan yang menyalahi syarak itu berlaku kepada pimpinan besar parti boleh ditolak tepi dan cuba dimatikan begitu sahaja?

  1. Apakah dengan menolak tepi dan mematikan episod ini selari dengan tindakan-tindakan disiplin yang pernah di ambil kepada pimpinan dan ahli sebelum ini?

  1. Apakah tidak wujud double standard dan pendakwaan berpilih. Ada yang anak emas dan ada yang  anak tembaga dalam sebuah parti yang berlandaskan Al-Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas?

  1. Apakah dengan pendapat Husam itu akan melegakan pengundi dan penyokong serta bakal pengundi yang sebelum ini parti Islam itu tidak mampu lagi menanggung beban isu besar yang tidak terlerai?

  1. Apakah cadangan Husam itu akan diterima oleh rakan sejawat PAS di dalam dan di luar negara kerana paparan online realtime itu dapat ditonton sama sekelip mata dimana sahaja?

Saya masih ingat peristiwa yang mengakibatkan pemecatan seorang ahli parlimen PAS, Hashim Gera. Dalam satu majlis beliau telah dilihat menari lucu-lucuan. Pimpinan ketika itu yang tegas dan decisif telah bertindak memecat Hashim Gera daripada menjadi ahli parti.

Manakala dalam kes saya pula, sehingga hari ini saya tidak tahu apa kesalahan saya yang sebenarnya lantaran tidak ada pertuduhan yang dibuat ke atas saya. Saya telah dipecat daripada ahli parti tanpa diberi peluang untuk membela diri.

Ahli serta penyokong PAS dan bakal pengundi di negara ini juga sedang memerhatikan gelagat pimpinan PAS. Setakat kenyataan yang dikeluarkan oleh Husam Musa pada hemat saya tidak mampu menembusi minda masyarakat Malaysia yang berilmu dan begitu celik politik.

Saya cenderung untuk mengaitkan episod yang ramai menganggap sebagai peristiwa hitam ini dengan keputusan PAS menjalin hubungan kerjasama politik dengan DAP dan PKR. Rekod PKR yang tercemar dengan berbagai peristiwa yang hampir-hampir sama dengan kes yang dikatakan melibatkan Dato Mustapa Ali ini. Mungkin jangkitan langsung daripada pergaulan intim yang berlaku di antara pimpinan atasan dalam Pakatan. Saya bimbang kalau jangkitan ini akan menimbulkan penyakit yang lebih besar dan serius yang berkait langsung dengan aqidah yang selama ini menjadi agenda induk kepada perjuangan PAS.

Bagi saya persoalan yang besar di hadapan Parti Islam itu tidak lain daripada persoalan maruah. Imej yang mesti dipaparkan mewakili imej perjuangan Islam. Apa yang boleh diketengah PAS sebagai parti yang memperjuangkan Islam kalau hal yang seserius ini cuba ditangani secara sambil lewa sahaja. Mana dia dosa dan pahala dan mana dia syurga dan neraka yang sering dihujahkan oleh pimpinan-pimpinan besar PAS.

Sekurang-kurangnya bagi saya langkah seperti berikut harus di ambil :

  1. Dato Mustapa Ali sebagai orang yang dikatakan terlibat dalam perlakuan sumbang di dalam video tersebut harus tampil ke hadapan menafikan atau mengiyakannya;

  1. Sekiranya Dato Mustapa Ali menafikannya, beliau perlu sekurang-kurangnya bersumpah dengan nama Allah bahawa individu yang telibat dalam video tersebut bukan dirinya;

  1. Pimpinan PAS terutamanya AJK PAS Pusat atau Majlis Syura PAS perlu menyiasat dengan terperinci video tersebut dan tuduhan yang dilemparkan ke atas Setiausaha Agung parti Islam itu;

Sekiranya selepas siasatan terperinci dilakukan mendapati orang yang terlibat melakukan perlakuan seks itu adalah Dato Mustapa Ali, maka Jawatankuasa Disiplin parti harus mengambil tindakan segera memecat keahlian beliau. Cuma eloklah sekiranya sebelum dipecat, beliau dipanggil untuk membela diri. Janganlah diulangi kezaliman yang pernah berlaku ke atas diri saya dan Ust Nasharudin yang tidak pernah langsung dipanggil untuk membela diri.      

Sekiranya saranan seperti yang dikemukakan ini tidak dilakukan, saya berkeyakinan bahawa PRU yang ke 13 nanti akan menjadi antara PRU yang terburuk dalam sejarah PAS akibat penolakan pengundi-pengundi terutamanya pengundi Melayu Muslim yang sudah hilang keyakinan kepada integriti dan kredibiliti parti Islam itu. Maka akan tercatitlah nanti dalam sejarah politik tanahair seorang pemimpin besar yang menghabiskan masa muda dan tuanya memperjuangkan parti akhirnya menjadi petualang yang menyebabkan parti itu tersembam menyembah bumi.


DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Tmn Tun Dr Ismail, KL
12 APRIL 2013

Wednesday, 27 March 2013

Saifuddin sahkan sudah tonton 'video Izzah'

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media 

Tarikh : 26/3/2013 @ 11.00 am


Klip pengesahan SUA Keadilan..





KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA
26 MAC 2013

Taktik kotor Umno kerana rakyat semakin memilih Pakatan Rakyat

Menjelang pilihanraya umum ke 13 ini, PKR ingin memaklumkan rakyat bahawa mereka hendaklah bersedia menghadapi pilihanraya umum yang paling kotor dalam sejarah negara.  Di sebalik keyakinan yang cuba ditonjolkan pemimpin UMNO melalui media arus perdana, wujud kekhuatiran yang ketara di kalangan pemimpin tertinggi BN.

Selain dari manipulasi dan pengawalan maklumat melalui media arus perdana, jentera kerajaan disalahgunakan untuk memenangkan BN. Duit cukai rakyat digunakan untuk melalikan rakyat dari hakikat bahawa daya saing negara semakin merosot dan pencapaian ekonomi negara tidak seimbang. Kepimpinan tertinggi UMNO tahu masa depan mereka telah pudar. Walau pun kepimpinan UMNO cuba memberi gambaran mereka yakin akan menang, kita sedia maklum berbagai maklumat perisikan yang mereka terima telah memberi penilaian bahawa BN akan tewas pada pilihanraya umum ke 13 yang menjelang tiba. Inilah sebabnya Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak terpaksa berterusan menangguh pembubaran Parlimen.  UMNO sebenarnya sedang mengalami kegusaran dan krisis keyakinan.

Dalam kegusaran ini, UMNO mula mengambil tindakan-tindakan yang terdesak.  Dua teras utama taktik yang diambil UMNO hari ini ialah menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan askar-askar upahan di ruang-ruang blog untuk mereka-reka dan menyebarkan video-video palsu yang kononnya memaparkan salahlaku seks pemimpin-pemimpin PKR. Taktik pertama melibatkan menakut-nakutkan masyarakat Melayu bahawa masa depan mereka akan tergadai jika Pakatan Rakyat memerintah, walau pun UMNO lah sebenarnya yang menggadaikan kepentingan orang Melayu selama ini.

Taktik kedua ialah menggunakan dakwaan salahlaku seks. Selain dari video palsu yang cuba mencemarkan nama baik Dato Seri Anwar Ibrahim, kita mendapat maklumat dari sumber-sumber yang boleh dipercayai bahawa beberapa video palsu seks beberapa orang pemimpin lain PKR akan diterbitkan.  Video-video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman  babak-babak yang tidak berkaitan  untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin berkenaan terbabit dalam salahlaku seks.

PKR ingin mengingatkan rakyat Malaysia bahawa sudah menjadi lumrah perjuangan bahawa mereka yang berada di barisan kebenaran akan diuji dengan sengit. Nabi Yusuf AS, Maryam AS dan Aishah RA semuanya diuji dengan dakwaan seksual. Jika insan-insan mulia ini diuji sebegini rupa, sudah tentulah insan biasa seperti kami tidak akan terlepas dari dugaan dan fitnah.  Fitnah dan tuduhan-tuduhan seksual palsu yang bertubi-tubi ini hanya meyakinkan kami akan ketulusan perjuangan kami. Ia hanya mengukuhkan keazaman kami untuk terus mara ke hadapan. Dan kami yakin video-video palsu ini akan dilihat rakyat sebagai taktik politik UMNO yang terdesak, jijik dan keterlaluan.
Kami yakin rakyat Malaysia akan berdiri teguh dengan kebenaran dan tidak akan mudah diugut atau diperdayakan oleh tipu helah serta muslihat kotor UMNO.  Mereka akan membuat pilihan yang bijak dan membina masa depan negara yang lebih cerah dengan memilih Pakatan Rakyat.

Dato’ Saifuddin Nasution
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat



Saturday, 23 March 2013

Blogger pengundi hantu dan bekas banduan

Lokasi : Dewan Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Sidang media khas pendedahan lanjut mengenai PapaGomo

Tarikh : 22/3/2013 @ 11.00 am






PAPAGOMO @ WAN MUHAMMAD AZRI WAN DERIS ADALAH PENGUNDI HANTU

Pasukan KEADILAN telah memulakan siasatan untuk mengenalpasti individu yang mengendalikan laman Papagomo yang bertindak sebagai ruang menabur fitnah dan didokong sepenuhnya oleh Umno.

Siasatan menunjukkan individu yang bernama Wan Muhammad Azri Wan Deris ini adalah seorang bekas anggota polis trafik berpangkat koperal yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana bersalah memeras ugut seorang yang disyaki penagih dadah untuk mendapat suapan rasuah.

(Maklumat lanjut pertuduhan dan kesalahan ada dilampirkan di Lampiran A, hasil semakan dengan pengkalan data SPRM)

Semakan tersebut mengesahkan nombor pengenalan polis Papagomo yang bernombor RF142863.

Dengan nombor tersebut, pasukan KEADILAN telah menyemak pula rekod Papagomo dengan sistem semakan daftar undi SPR. Hasil semakan sangatlah mengejutkan kerana Papagomo yang telah pun tidak lagi berkhidmat dengan Polis Diraja Malaysia kerana kesalahan rasuah masih lagi tersenarai sebagai pengundi pos di Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Ampang. Bukti paparan skrin bahawa Papagomo masih disenaraikan sebagai pengundi pos di IPD Ampang disertakan dalam Lampiran B.

Kami kemudiannya menyemak pula status pendaftaran undi Papagomo sebagai pengundi biasa di sistem yang sama. Seperti yang dijangka, Papagomo juga turut tersenarai sebagai pengundi biasa dengan menggunakan kad pengenalan 830121-03-5019. Dengan menggunakan kad pengenalan itu, Papagomo disenaraikan sebagai pengundi di Parlimen Wangsa Maju seperti paparan skrin dalam Lampiran B.

Oleh kerana tarikh lahir yang berbeza digunakan di dalam sistem semakan daftar undi SPR, pasukan KEADILAN kemudiannya menyemak pula alamat-alamat yang pernah digunakan oleh Papagomo dalam dokumen-dokumen rasmi.

Saya mengesahkan bahawa kami ada dokumen yang membuktikan bahawa Papagomo memang menggunakan dua alamat yang berbeza secara seiringan di dalam dokumen-dokumen rasmi bersabit peguam dan mahkamat seperti berikut:

Alamat Pertama dalam Parlimen Wangsa Maju yang kini didiami:
F-1-9, Villa Danau Apartment, Jalan 5/23E, Taman Danau Kota, 53300 Kuala Lumpur

Alamat Kedua dalam Parlimen Ampang:
SD6, Jalan Nilam, Taman Bukit Ampang, Ampang, Selangor

Penemuan ini membuktikan bahawa pengundi hantu memang wujud di dalam daftar pengundi apabila Papagomo dibenarkan mengundi dua kali. Kehadiran pengundi-pengundi hantu seperti Papagomo ini perlu dijawab sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) kerana rakyat mahu tahu berapa ramai lagi petugas Umno seperti Papagomo yang mempunyai pendaftaran berganda di dalam daftar pemilih?

Saya juga menyeru rakyat Malaysia supaya menolak individu yang bankrap moral dan akhlak seperti Papagomo yang bukan sahaja seorang penerima rasuah, tetapi menjadi penyebar fitnah utama di dalam masyarakat kita. Rakyat Malaysia juga perlu menolak budaya Umno yang mendokong dan menggunakan individu seperti Papagomo untuk menyebarkan fitnah terhadap musuh politik kerana Umno tidak berani berdepan dalam isu rakyat seperti ekonomi, pendidikan, keselamatan dan lain-lain.

Sekiranya SPR tidak menjawab pertuduhan ini, ia hanya menguatkan persepsi masyarakat bahawa SPR sedang bertungkus lumus cuba memastikan kemenangan Umno/BN melalui daftar undi yang tidak bersih.


RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi

22 MAC 2013 


LAMPIRAN A – MAKLUMAT DARI PENGKALAN DATA SPRM

No Pengenalan Diri
:
RF 142863
Nama
:
Wan Muhammad Azri bin Wan Deris
No Kes
:
B-06B-68-2011
Mahkamah
:
Hakim
:
Y. A. Linton Albert [HMR], Y. A Datuk Wira Mohtarudin bin Baki [HMR] & Y. A Datuk Mohad Zawawi b
Pendakwaan
:
TPR Nik Azrin Zairin bt Nik Abdullah
PeguamBela
:
Samsul Sulaiman
Kesalahan
:
Seksyen 10(a)(bb) dan seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575)
Jantina
:
Lelaki
Warganegara
:
Malaysia
Negeri
:
Selangor
Kategori
:
Penjawat Awam
Majikan
:
Polis Di Raja Malaysia
Jawatan
:
Koperal
Tarikh sabitan
:
06/09/2012
Pertuduhan
:
"Pertuduhan Pertama: Bahawa kamu pada 29.11.2004, di antara jam 1.00 petang dan 3.00 petang, di Pandan Indah, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah meminta suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM1000.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. Pertuduhan Kedua: Bahawa kamu pada 30.11.2004, di antara jam 11.40 pgai di lorong tidak bernama di belakang sebuah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ampang, di dalam Daerah Ampang, dalam Negeri Selangor, sebagai ejen kerajaan Malaysia iaitu anggota Polis Trafik yang bertugas di Balai Polis Trafik Ampang, telah secara rasuah telah menyetuju-terima suatu suapan untuk diri kamu iaitu wang tunai RM400.00 daripada seorang yang bernama Mohd Rahyudi bin Mokhtar sebagai dorongan bagi melakukan suatu perbuatan berhubung dengan hal ehwal prinsipal kamu iaitu tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Mohd Rahyudi bin Mokhtar yang dikatakan memiliki jarum suntikan untuk menagih dadah dan dengan itu kamu telah melakukan satu kesalahan yang di bawah seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575) dan boleh dihukum di bawah seksyen 16 Akta yang sama. "
Hukuman
:
"Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen Pertuduhan pertama: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, penjara 8 bulan) Pertuduhan kedua: Penjara 5 bulan dan denda RM10,000 (tidak bayar, denda 8 bulan). Hukuman penjara berjalan berasingan. Keputusan Mahkamah Tinggi: Mahkamah telah menolak rayuan Perayu terhadap sabitan. Keputusan Hakim Mahkamah Sesyen dikekalkan. Mahkamah Rayuan: Rayuan OKT ditolak. Mahkamah telah mengurangkan hukuman penjara dari 5 bulan kepada 14 hari dan denda RM10,000.00 id 8 bulan penjara adalah dikekalkan bagi kedua-dua pertuduhan. Hukuman penjara adalah berjalan secara serentak"



Wednesday, 30 May 2012

Nalla rakam demi keselamatan Anwar

Venue : Ibupejabat Malaysian Indian United Party (MIUP)

Event : Sidang Media

Date : 29/5/2012 @ 11.30 am


Datuk S.Nallakaruppan hari in mendedahkan bahawa rakaman yang dilakukan di Tivolli Villa adalah untuk keselamatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan yang dibawah 'jagaan' beliau ketika itu. Ketika ditanya lebih lanjut selepas sidang media beliau menyatakan bahawa apa apa saja berkemungkinan akan berlaku didalam bilik yang akan menyebabkan kedudukan TPM dalam bahaya dan tergugat.

Bahaya yang dimaksudkan ialah tuduhan rogol, pukul  dan sebagainya yang mungkin dibuat oleh pasangan TPM pada masa itu. Rakaman audio visual dibuat untuk simpanan dan bukan untuk tayangan kepada mana mana pihak.

Nalla berpeluang untuk menggunakan video video tersebut untuk kepentingan diri sendiri pada masa beliau ditangkap dan dimasukkan kepenjara pada tahun 1998. Tapi memandangkan setianya beliau kepada Anwar, beliau sanggup merengkok didalam penjara dan menyepikan hal video video tersebut.

Kini Nalla bertegas akan menggunakan video video tersebut sebagai senjata ampuh untuk menghalang Anwar dari mencapai cita cita beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia. Nalla juga membayangkan yang beliau sedia 'melepaskan' Anwar sekiranya Anwar meninggalkan terus arena politik. 


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.