Showing posts with label usahawan. Show all posts
Showing posts with label usahawan. Show all posts

Wednesday, 27 June 2018

Pengakuan jujur Norjuma Habib mengenai Najib Razak

Acara : Sidang media dan sesi ramah mesra bersama Norjuma Habib

Lokasi : Pejabat Aidijuma, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor

Tarikh : 27/6/2018



Secara ringkas maklumat yang dikongsi Norjuma adalah seperti berikut

1. Perniagaan Aidijuma bertumpu hanya kepada tudung bawal pelbagai jenis. Jumlah jualan tempatan pada 2016 telah mencecah RM77juta dan jumlah cukai yg perlu dibayar pula sekitar RM6juta

2. Konsep perniagaan melalui vending machine akan diperluaskan lagi bagi menjimatkan tenaga kerja dan ruang niaga.

3. Polisi kerajaan seperti dalam hal percukaian banyak menentukan hala tuju perniagaan di Malaysia.

4. Najib Razak dari kacamata Norjuma adalah seorang yang pegang pada janji. Norjuma pernah berkahwin dengan Mohamed Nazim adik kepada Najib suatu ketika dahulu dan mempunyai 3 orang cahayamata hasil dari perkahwinan yang pertama tersebut. Beliau kini sudah berkahwin kali kedua sejak setahun yang lalu.

Sesi bersama media ini berlangsung hampir dua jam. Perkara lain yang dikongsi Norjuma termasuk lah pelbagai serangan peribadi keatas beliau yang dilakukan melalui media sosial.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Video 1 - Perkaitan dunia perniagaan dan dunia politik dan pandangan Norjuma mengenai Najib Razak



Video 2 - Aidijuma sebagai Game Changer dan pembayar cukai



******************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
  9
 10
  11
 12
13


Thursday, 9 October 2014

PasarNita @ Deepavali Karnival

Lokasi : Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita, 
Tkt 10, Hotel Primiera, Jalan Tuanku Abdul Rahman

Acara : Sdiang media mengenai pelancaran  Program PasarNita @ Deepavali Karnival

Tarikh : 2/10/2014



Perdana Menteri dikelilingi oleh pelbagai peringkat dan jenis Penasihat untuk membolehkan beliau menjalankan tugas beliau dengan lebih effektif. Shahrizat Jalil adalah salah seorang daripada Penasihat yang telah dilantik khusus untuk menasihat PM dan menggerakkan inisiatif yang melibatkan pembangunan keusahawanan dan ikhtisas wanita. Pejabat beliau di tingkat 10 Primiera Hotel baru saja beroperasi sejak bulan Ramadhan yang lalu.

Catatan ringkas:

1. Projek pertama Pejabat Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita (PPPKIW)
dipanggil PasarNita.

2. PasarNita memberi peluang kepada usahawan wanita dalam perniagaan kecil untuk mengembangkan perniagaan mereka melalui business-matching dan business-networking sesama peniaga dan para pemborong.

3. Bersempena sambutan Deepavali, PPPKIW bergabung tenaga bersama penganjur Deepavali Karnival untuk menyediakan platform bagi usahawan wanita melibatkan diri dan merebut peluang menembusi pasaran barangan dari India

4. Penganjur menyediakan 300 petak gerai, untuk jualan pelbagai barangan yang tidak terhad kepada barangan dari India, yang akan disewa pada kadar RM7,000 bagi tempoh 12 hari Karnival tersebut berjalan (10-21/10/2014). Ianya bertempat di kawasan letak kereta Kompleks Sukan Bukit Jalil. Bagi peserta wanita yang menempah petak melalui PPPKIW kadar sewa dikurangkan kepada RM5,000, RM2,000 pengurangan sebagai insentif.

5. Pelbagai program hiburan akan diadakan sepanjang Karnival untuk menarik pengunjung. Ini kali ke-13 Karnival dan kali ketiga ianya diadakan di Bukit Jalil. Sebelum itu ianya diadakan berdekatan Brickfields.

6. Penganjur menyasarkan hampir setengah juta pengunjung dan jumlah jualan melebihi RM20 juta dapat dicatat oleh keseluruhan peserta Karnival kali ke-13 ini.


Karnival ini dijangka akan dirasmikan oleh Shaberi Cheek, Menteri KKMM pada 12/10/2014 




1
 2
 3  CEO Penganjur, ASC  Agenda Suria Communication Sdn Bhd, Mr Jaggarao Samancha memberi penerangan
 4