jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Acara : Sidang media oleh Kelab Sahabat N87 mengenai cadangan menghantar memorandum kepada PM Ismail Sabri untuk ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja untuk menyiasat pendedahan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas mengenai salah guna kuasa oleh PM7
Lokasi : Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur
Tarikh : 25/9/2021
Video - Kelab Sahabat N87 akan menghantar satu memorandum khas kepada PM Ismail Sabri bagi mendesak penubuhan satu RCI bagi menyiasat dakwaan bekas Peguam Negara Tommy Thomas mengenai salah guna kuasa dan campur tangan eksekutif dalam urusan perundangan negara. Pendedahan tersebut telah dibuat melalui Memoir beliau setebal 500 muka surat baru baru ini.
Video 2- Ulasan oleh Kamaruddin Ahmad, Peguam dan Penasihat Undang-undang Kelab Sahabat N87 mengenai implikasi campur tangan eksekutif dalam urusan perundangan negara termasuklah dalam urusan perlantikan hakim dan pembatalan kes berprofil tinggi.
Video 3 - Pendedahan Tommy Thomas mengenai salahguna kuasa oleh PM7 perlu disiasat melalui RCI yang akan merangkumi kesemua cabang kuasa dan agensi yang mengurus dan menguatkuasakan undang undang negara. Hasil siasatan akan digunakan untuk menjadi panduan bagi pemimpin pemimpin akan datang untuk mematuhi rule of law sepenuhnya - Shahbudin Embung, EXCO N87
YB AZALINA OTHMAN SAID HARUS DIKETENGAHKAN SEBAGAI SPEAKER PARLIMEN ATAU PEGUAM NEGARA YANG BARU
Kita berdoa agar PH, blok BEBAS dan sebahagian dari Ahli-Ahli Parlimen kerajaan akan sokong untuk mencalonkan YB Azalina Othman Said sebagai calon Speaker Parlimen atau Peguam Negara yang baru.
Ini adalah dua portfolios yang amat bersesuaian dengan kredibiliti serta ketokohan YB Azalina Othman Said.
Beliau amat cemerlang ketika berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Parlimen. YB Azalina Othman Said amat berwibawa di samping ilmu guaman beliau yang mantap seringkali kelihatan dapat mengawal persidangan Dewan Rakyat secara amat berkaliber.
Lihat saja justifikasi beliau meletakkan jawatan Timbalan Speaker Parlimen secara amat professional, berprinsip dan berhemah.
Cadangan YB Azalina Othman Said agar melantik salah seorang Timbalan Speaker Parlimen dari kalangan parti-parti pembangkang mendapat pujian ramai khususnya sokongan rakyat jelata.
Sepanjang perkhidmatan beliau sebagai Timbalan Speaker Parlimen juga sering mengeluarkan kenyataan-kenyataan bernas mengenai pendekatan Darurat Politik Mahiaddin Md Yasin dan isu-isu mengenai penutupan sidang Dewan Rakyat.
Walhal pada waktu itu YB Azalina Othman Said adalah ahli UMNO yang menjadi sebahagian dari coalition kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Namun, YB Azalina Othman Said tetap dikenali sebagai tokoh berprinsip yang senantiasa bercakap serta memberi pandangan ‘without fear and favour.’
Sesungguhnya juga, YB Azalina Othman Said mempunyai pakej yang terbaik untuk berkhidmat sebagai Speaker Parlimen mahupun Peguam Negara yang baru.
Pada suatu masa dahulu pun sudah ada ‘precedent’ bahawa Peguam Negara di kalangan Ahli-Ahli Parlimen.
Dua orang tokoh Ahli-Ahli Parlimen yang pernah menjawat jawatan Peguam Negara adalah Allahyarham Tan Sri Kadir dan Allahyarham Tan Sri Hamzah.
Kita amat yakin majoriti dari Ahli-Ahli Parlimen akan menyokong pencalonan YB Azalina Othman Said sebagai calon Speaker Parlimen serta Peguam Negara. Insya-Allah!! Ameen!!