Showing posts with label penjara sg buloh. Show all posts
Showing posts with label penjara sg buloh. Show all posts

Monday, 10 August 2015

Anwar Ibrahim masih tetap jadi calon Perdana Menteri Malaysia

Lokasi : Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Sambutan Eid dan Sambutan Harijadi Anwar Ibrahim ke-68

Tarikh: 9/8/2015



Lim Kit Siang mengesahkan bahawa walaupun Pakatan Rakyat sudah terbubar, Pakatan Rakyat 2.0 yang sedang diusahakan dibawah Harapan Baru akan tetap mencalonkan Anwar Ibrahim  sebagai Perdana Menteri Malaysia


1
 2
 3
 4
 5
Hadiah buku himpunas puisi Pak Samad untuk disampaikan kepada Anwar Ibrahim
 6
Hadiah buku himpunas puisi Pak Samad untuk disampaikan kepada Anwar Ibrahim
 7
 8
 9
Potong kek sambutan harijadi ke-68 Anwar Ibrahim
 10
Potong kek sambutan harijadi ke-68 Anwar Ibrahim

Wednesday, 1 April 2015

Ahli Parlimen merayu minta dihormati pegawai penjara

Lokasi : Pintu utama Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Cubaan Ahli Parlimen Pakatan untuk melawat Anwar Ibrahim

Tarikh : 31/3/2015


Hakikat nya pihak Penjara Sg Buloh tidak pernah memberi kelulusan atau persetujuan untuk membenarkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan berjumpa dan 'bermesyuarat' dalam penjara. Namun notis yang diberi Wan Azizah terbukti satu penipuan dan penganiyaan kepada 'rakan-rakan media' yang turun membuat liputan. Sudah pasti Kak Wan mengetahui bahawa pihak penjara tidak memberi sebarang kelulusan walaupun permohonan telah dibuat. Ini diakui sendiri oleh MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar.

Alasan yang diberi Shamsul Iskandar untuk mereka meneruskan agenda berjumpa Anwar ialah kerana beliau masih lagi Ketua Pembangkang di Parlimen dan banyak perkara yang perlu diputuskan setelah mendapat persetujuan Anwar.

Sekiranya pihak penjara membenarkan pertemuan hari ini, ianya akan menjadi teladan atau precedent kepada banduan-banduan berprofil tinggi yang lain. Nanti ada pula Pengarah Urusan yag dipenjarakan memohon untuk mengadakan AGM dalam penjara.





1
 2
 3
 4
 5



Monday, 23 March 2015

15 minit cerita My Papa.. My Papa.. My Papa..

Lokasi : 10 Jalan Raja Muda Musa, Kg Baru, KL

Acara : Ceramah Umum - Isu Semasa

Tarikh : 22/3/2015



Dalam banner menyenaraikan Rafizi, Nurul Izzah, Nurul Nuha, Syed Ibrahim, Tian Chua dan ramai lagi... Tapi ini saja yang turned-up termasuk lah Tian Chua yang hadir ketika saya mahu beredar. Jumlah orang ramai tidak melebihi 100 orang.


Saya ingin berkongsi rakaman video berdurasi 15.28 ucapan Nurul Iman mengenai Papa beliau.... Anwar may have failed diluar penjara Sg Buloh tetapi keluarga beliau is solidly behind him... saksikan.. 



1  Syed Ibrahim, Ketua Penerangan Baru Keadilan  bawa isu 1MDB dan GST
 2  Mashitah aktivis dan isteri bekas tahanan ISA bawa isu KG Baru dan Kg Warisan
 3
4
 5
 6  Juruacara majlis, Rozan Azen Mat Razip  dengan isu SPAD
 7  Fahmi Fadil, Ketua Komunikasi Keadilan.
 8  Nurul Iman, anak kelima Anwar Ibrahim
 9
 10
 11
 12   Nor Hizwan Ahmad, Setiausaha AMK
 13


Sunday, 22 February 2015

Keluarga Anwar mengharap kedutaan asing pantau keadaan penjara

Lokasi : Perkarangan SOGO, Kuala Lumpur

Acara : Himpunan #kitalawan

Tarikh : 21/2/2015


Dalam video ini :

1. Anwar dikatakan mengadu sakit belakang / pinggang dan keluarga serta peguam Anwar sedang berusaha untuk beliau diberi layanan sebagai "Tahanan Politik" dan bukan sebagai banduan biasa.

2. Nuha menafikan sokongan anak muda sudah berkurangan sejak kebelakangan ini kerana keluarga beliau masih mendapat sokongan melalui panggilan talipon, email dan sebagainya.

3. Kedutaan German dikatakan akan memeriksa keadaan penjara dimana Anwar ditahan dan duta-duta asing terutamanya dari negara EU akan melihat semula kedalam kes Anwar dan keadaan beliau dipenjara.






Thursday, 19 February 2015

Saiful diliwat dalam keadaan bersujud - Anwar rakus dan cepat

Lokasi : Akademi Kepimpinan Kapten Hussein, Kelana Jaya

Acara : Dialog bersama Tan Sri Shafee Abdullah mengenai kes Liwat 2.0

Tarikh : 17/2/2015



Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersedia dan bersetuju 'bercerita' mengenai kes Liwat 2.0 kerana ianya tidak lagi subjudice kepada kes yang masih dibicarakan di mahkamah. Ikuti penerangan beliau yang merangkumi :

1.. Pertuduhan terhadap Anwar
2.. Beza antara seksyen 377B dan 377C
3..Perincian mengenai kejadian liwat dimana Anwar bertanya "can I fuck you today"
4.. Bagaimana kedudukan menyujud Saiful ketika diliwat.
5. Bagaimana cara KY Jelly digunakan - Saiful sendiri disuruh melumur kemaluan  Anwar dengan pelincir tersebut.
6. Kesakitan yang dialami Saiful dan keazamanan beliau untuk memberhentikan perlakuan  liwat keatas beliau.
7.. Proses pemeriksaan doktor 
8..  Proses pengambilan DNA sehingga terjumpa DNA  Male-Y
9. Teori konspirasi oleh Anwar Ibrahim

Video dibawah ini terperinci bagi semua yang mahu tahu secara ikhlas apa yang telah berlaku diantara Saiful dan Anwar dan perkara yang berlaku didalam mahkamah yang sebelum ini dilakukan secara tertutup dan dihadapan kamera. Wajib tonton sekiranya ikhlas mencari kebenaran. 


1 
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
  10  Pegawai risik bercerita mengenai pengalaman menyiasat gerak-gerak Anwar di Sabah.
Beliau akui pernah menjadi pemuja Anwar sehinggalah maklumat sebenar beliau perolehi.
 11


Sunday, 15 February 2015

Anwar is in high spirits, thin and in pain

Lokasi : Persimpangan traffik SOGO dan Kompleks Pertama, KL

Acara : Flash mob solidariti Anwar Ibrahim

Tarikh : 14/2/2015


Rakaman saya ini hanya untuk bahagian SOGO sahaja kerana saya tidak mengikuti kumpulan ini berarak kearah Menara Maybank melalui Jalan TAR dan Masjid Jamek.

Kehadiran sekitar 100-150 orang sahaja terdiri kebanyakkan nya budak-budak muda berpakaian hitam dan membawa bendera hitam melambangkan apa yang mereka dakwa, mati nya demokrasi dan kehakiman dinegara ini. Seperti biasa kehadiran wakil media dan Polis yang bertugas hampir menyamai jumlah yang berdemo.

Antara mereka yang berucap ringkas ialah Bawani (Pemuda Sosialis), Nik Nazmi (Ketua AMK), Safuan Anang (Lensa Anak Muda Malaysia), Rara (Pemuda DAP), Danny (Wakil Mahasiswa UM), Adam Adli (Aktivis Sosial) dan Nurl Izzah

Aktiviti sebegini dijadual akan berlangsung setiap hari Sabtu sehingga lah Anwar dibebaskan.

Nurul Izzah memberi terjemahan ringkasan ucapan beliau kedalam Bahasa Inggeris bagi digunakan oleh wakil media asing. Saya tertarik dengan jawapan yang diberikan mengenai keadaan Anwar Ibrahim sekarang... "in high spirits, thin in pain but in high spirits". Keluarga sudah dibenarkan melawat ke ?




Ini baru sahaja diterima untuk perkongsian bersama


KENYATAAN MEDIA
14 FEBRUARI 2015
PKR PERLU MUHASABAH DIRI, HENTI SIKAP TUDING JARI

Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) perlu berhenti menuding jari  kepada orang lain bagi permasalahan dalaman parti yang mereka hadapi.

Sebaliknya pimpinan parti itu harus bermuhasabah dengan melihat permasalahan dalaman ahli parti tersebut dengan jujur, bijak dan matang.

Reaksi pantas parti tersebut terhadap demontrasi ahli parti mereka yang meminta PKR melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Ketua Umum PKR bagi menggantikan Datuk Seri  Anwar Ibrahim membuktikan parti itu semakin nazak dan amat terdesak.

Malah, Tindakan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil yang dengan mudah dan tanpa rasa bersalah menuduh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai dalang tersembunyi di sebalik demontrasi tersebut lebih kepada tindakan kebudak-budakan bagi menutup kelemahan sendiri.

Tidak cukup dengan fitnah dan penghinaan yang mereka lemparkan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim selama ini, kini permasalahan dalaman PKR yang kian membusuk pula mahu dipalitkan kepada mantan Menteri Besar Selangor itu.

Selaku seorang negarawan, Tan Sri Khalid Ibrahim terkenal dengan sifat telus dan bertanggungjawa, justeru menuduh beliau sebagai dalang yg bersembunyi adalah satu penghinaan melampau yang dilakukan oleh pimpinan PKR.

Kami menuntut PKR memohon maaf di atas keceluparan pimpinan  mereka yang jelas gagal menegakkan keadilan seperti yang mereka laungkan selama ini.

FAEKAH HUSIN
PEGAWAI KHAS
KEPADA AHLI DEWAN NEGERI PELABUHAN KLANG
DAN AHLI PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK

***********************************
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14
15
16
17
18