Showing posts with label shamsul iskandar. Show all posts
Showing posts with label shamsul iskandar. Show all posts

Wednesday, 1 April 2015

Anwar diumpan dengan Bapok ???

Lokasi : Pintu utama Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Cubaan Ahli Parlimen Pakatan untuk melawat Anwar Ibrahim

Tarikh : 31/3/2015


Begitu lah esok-esok tuduhan Anwar diumpan dengan bapok akan timbul pula setelah terkeluar cerita konon-konon nya Polis menyamar sebagai banduan untuk pantau Anwar dalam penjara.

Anwar sekarang adalah seorang banduan, bukan wakil agensi pelancungan yang sedang mencuba kemudahan hotel. Itu lah hakikat nya. Pemantauan melalui CCTV tidak boleh dijadikan isu dan pihak penjara dan Menteri sekalipun tidak harus melayan kerenah Ahli-ahli Parlimen ini.

CCTV ini pun untuk kebaikan  dan keselamatan Anwar didalam penjara. Manalah tau kalau kalau ada banduan yang berdendam dengan Anwar ambil tindakan meliwat beliau pulak 


1
 2
 3
 4


Ahli Parlimen merayu minta dihormati pegawai penjara

Lokasi : Pintu utama Penjara Sg Buloh, Selangor

Acara : Cubaan Ahli Parlimen Pakatan untuk melawat Anwar Ibrahim

Tarikh : 31/3/2015


Hakikat nya pihak Penjara Sg Buloh tidak pernah memberi kelulusan atau persetujuan untuk membenarkan Ahli-ahli Parlimen Pakatan berjumpa dan 'bermesyuarat' dalam penjara. Namun notis yang diberi Wan Azizah terbukti satu penipuan dan penganiyaan kepada 'rakan-rakan media' yang turun membuat liputan. Sudah pasti Kak Wan mengetahui bahawa pihak penjara tidak memberi sebarang kelulusan walaupun permohonan telah dibuat. Ini diakui sendiri oleh MP Bukit Katil, Shamsul Iskandar.

Alasan yang diberi Shamsul Iskandar untuk mereka meneruskan agenda berjumpa Anwar ialah kerana beliau masih lagi Ketua Pembangkang di Parlimen dan banyak perkara yang perlu diputuskan setelah mendapat persetujuan Anwar.

Sekiranya pihak penjara membenarkan pertemuan hari ini, ianya akan menjadi teladan atau precedent kepada banduan-banduan berprofil tinggi yang lain. Nanti ada pula Pengarah Urusan yag dipenjarakan memohon untuk mengadakan AGM dalam penjara.





1
 2
 3
 4
 5



Tuesday, 28 October 2014

Pelancaran #justice4anwaribrahim

Lokasi :Ibupejabat Keadilan, Merchant Square, Damansara, Selangor

Acara : Pelancaran #justice4anwaribrahim

Tarikh : 27/10/2014


Kemana perginya Ketua AMK?  Tak kan masih berpasukan macam dalam pemilihan  ?

 1
 2
 3
 4
 5
6


Friday, 17 October 2014

Rakyat Malaysia ada saluran lain selain Akta Hasutan

Lokasi : Jalan masuk menuju Parlimen, Kuala Lumpur


Tarikh : 16/10/2014


Saya berbeza pandangan dengan Shamsul Iskandar yang menyatakan bahawa Akta Hasutan tidak diperlukan kerana kerajaan dan rakyat Malaysia masih boleh menggunakan kaedah perundangan lain seperti Saman Malu.

Persoalan nya adakah saman malu sama dengan tindakan dibawah Akta Hasutan? Saman malu semesti nya dilakukan oleh pihak yang dimalukan tetapi dibawah kesalahan menghasut, ianya lebih meluas dan inisiatif sesuatu tindakan boleh diambil samada oleh tuanpunya diri yang dihasut atau kena tempias hasutan atau bagi pihak ketiga yang kena hasut.






Sunday, 24 August 2014

Sekitar Kongres Pemuda Keadilan 2014

Lokasi : Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor

Acara : Kongres Angkatan Muda Keadilan

Tarikh : 22/8/2014



1  Perasmian oleh Azmin Ali
2
3
4
5
6  Cenderhati dari AMK
7  Bertafakur untuk MH17
8  PC Azmin Ali
9
10  PC oleh out-going AMK Chief


Monday, 11 August 2014

AMK & Pemuda PAS masih belum sepakat mengenai isu MB

Lokasi : Markas PAS, Taman Melewar, Gombak, Selangor

Tarikh : 10/8/2014


AMK dan Pemuda PAS masih belum sepakat mengenai isu MB Selangor. Selasa ini Shamsul Iskandar dan Suhaizan Kayat akan mengadakan pertemuan dengan Hadi Awang di Ibupejabat PAS bagi mencari jalan penyelesaian mengenai pendirian bersama Pakatan Rakyat.




Hadi Awang balik Terengganu sebelum Rumah Terbuka PAS Pusat

Lokasi : Markas PAS, Taman Melewar, Gombak, Selangor

Acara : Rumah Terbuka Eid PAS Pusat

Tarikh : 10/8/2014


Tengah hari ini DAP mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) bagi membincangkan  isu MB Selangor dan telah memutuskan untuk menyokong sepenuhnya tindakan pemecatan keahlian Khalid Ibrahim dari PKR. Mereka juga telah bersetuju untuk meneruskan khidmat EXCO  DAP dalam kerajaan negeri Selangor. Anwar Ibrahim pula diraikan sebelum mesyuarat bermula oleh CEC dalam satu majlis sambutan ulangtahu kelahiran beliau yang ke 67.

Dirumah Terbuka PAS pula, tidak seorang pun wakil DAP kelihatan hadir, begitu juga Anwar Ibrahim. Presiden PAS, Hj Hadi Awang pula telah pulang kekawasan beliau atas urusan yang lebih penting. Wakil PKR yang hadir ialah Tuan Chua, Shamsul Iskandar dan Azmin Ali... Pemimpin kanan dari kumpulan Ulamak termasuk lah Harun Din, tidak juga kelihatan...

1
 2
 3
 4
 5  Anak Nik Aziz, Nik Mohamad Abduh, MP Pasir Mas dan juga Timbalan Ketua Pemuda PAS
 6
 7 Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS
8
 9
 10

Tuesday, 20 May 2014

P.076 - Penyokong pamir peningkatan kematangan

Lokasi : Sek. Men. Seri Perak, Jalan Changkat Jong, Teluk Intan, Perak

Acara : Hari penamaan calon PRK P.076 Teluk Intan

Tarikh : 19/5/2014


Saya setuju dengan pandangan dan pemerhatian Shamsul Iskandar, MP Bukit Katil dalam hal 
penyokong kedua dua belah pihak yang bertanding..





Sunday, 23 February 2014

Ketua AMK pecah tembelang PRK diadakan

Lokasi : Taman Delima, Kajang, Selangor

Acara : Pentas AMK bersama Anwar Ibrahim dan Hadi Awang

Tarikh : 21/2/2014


Beria-ia benar si Shamsul lambung boss dia menjadi ADUN pada 23/3 dan seterusnya menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar pada 24/3/2014... eh tercelupar ke si Shamsul ini sehingga terpecah tembelang sebenar PRK N25 diadakan ???


1
 2
3  Penyerahan borang keahlian PKR oleh 10 bekas ahli UMNO setempat
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10 



Thursday, 23 January 2014

Ahli Parlimen Low-Class

Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 22/1/2014 @ 330 pm


Zahid Md Arip memberi pandangan mengenai tindakan bekas anak buah beliau yang membawa onar didepan pintu masuk kedutaan Jepun. Ahli Parlimen yang Low-Class....