Showing posts with label gaduh. Show all posts
Showing posts with label gaduh. Show all posts

Thursday, 7 May 2015

PRK P.44 - Dr Mazlan bekas calon BN dituduh mendalangi pengacau dalam PAS

Lokasi : Simpang Tiga Masjid Kubang Semang

Acara : Demonstrasi Pro-Ulamak & Hudud

Tarikh : 6/5/2015


Dr Mazlan bekas calon BN semasa menentang Anwar Ibrahim dalam PRU yang lepas dituduh mendalangi pengacau dalam PAS yang pro-ulama. Kumpulan yang hadir membuat demonstrasi didakwa berasal dari PAS Bagan dan diketuai oleh Ketua Penerangan mereka Azmi Jaafar.

Kumpulan yang menyerang mereka pun kebanyakan nya ahli PAS Kubang Semang yang pro-Pakatan Rakyat. MP Hulu Langat, Abdullah Sani bersama beberapa penyokong PKR turut kelihatan didalam gerai makan, tetapi mereka hanya memerhati dari jauh dan tidak terlibat dalam kekecohan yang berlaku. 




1
 2



Thursday, 30 October 2014

Berebut duit bas punca pergaduhan dan rasa tak puas hati

Lokasi : Istana Kehakiman, Putrajaya
 
Acara : Himpunan penyokong karektor dalam rayuan Kes Liwat II - Anwar / Saiful
 
Tarikh : 28/10/2014


Kumpulan penyokong berketurunan India yang selalu kelihatan mengikuti dan mengiringi Anwar Ibrahim dalam program-program terutamanya di Selangor. Mungkin mereka telah dipinggirkan kali ini dan ingin mencuri perhatian untuk mendapat "job" menyediakan penyokong . "Duit bas" menjadi isu utama, bergaduh dengan AMK mungkin hanya wayang untuk tarik perhatian. Sanggup mereka mati dalam parti kalau dapat 'duit bas'. Anwar Ibrahim patut beri perhatian kepada kesetiaan mereka.... :)
 

 
1  Ini perbuatan untuk tarik perhatian penganjur
 2  Samy Kelana Jaya
 

Thursday, 21 February 2013

Wan Azizah seru jangan 'pekong didada' dibuka

File pic - Wan Azizah

KENYATAAN MEDIA

21 FEBRUARI 2013

Perbezaan pendapat yang wujud antara parti-parti Pakatan – sama ada berhubung rundingan kerusi mahupun perkara-perkara lain – tidak patut didedahkan kepada umum begitu sahaja, apatah lagi dengan menjelang pilihan raya.

Sebarang perbezaan di dalam Pakatan sepatutnya diselesaikan secara dalaman, sebagaimana yang telah disarankan oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.

PAS, DAP dan KEADILAN telah membuat impak besar dalam lanskap politik Johor dan kita telah mencapai kata sepakat dalam isu-isu pokok. Hubungan ini harus dijaga. Kenyataan-kenyataan media yang negatif tidak membantu dan boleh dieksploitasi pihak lawan.  

KEADILAN juga terus memberi keyakinan kepada Chua Jui Meng untuk memimpin Majlis Pimpinan Negeri Johor. Beliau telah begitu banyak menyumbang kepada perkembangan parti di negeri tersebut dan seharusnya terus diberi peluang melakukan perubahan demi rakyat.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PRESIDEN
PARTI KEADILAN RAKYAT