Showing posts with label putar belit. Show all posts
Showing posts with label putar belit. Show all posts

Friday, 3 April 2015

Nasib baik pejabat The Malaysian Insider tak kena bakar

Lokasi : Menara KLK, Mutiara Damansara, Selangor

Acara : Demonstrasi aman oleh Jaringan Melayu Malaysia bagi membantah
laporan The Malaysian Insider yangtidak benar mengenai keputusan Hudud
oleh Majls Raja Raja Melayu

Tarikh : 2/4/2015


Jaringan Melayu Malaysia menjadi NGO yang pertama membuat himpunan aman didepan pejabat The Malaysian Insider yang terletak di Mutiara Damansara sambil mendesak supaya tindakan diambil keatas jutawan Tong Kooi Ong pemilik The Malaysian Insider, The Edge dan BFM Radio.

Selepas Solat Jumaat pada 3/4/2015, kumpulan yang sama akan membuat laporan Polis di Balai Polis Dang Wangi keatas Tong Kooi Ong bagi membolehkan siasatan dibuat keatas beliau berkenaan kegiatan menghasut dan memfitnah  melalui ketiga tiga rangkaian syarikat media yang dimiliki beliau.

TMI dalam satu laporan yang siarkan pada 25 Mac lalu, mendakwa mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu menolak cadangan meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, undang-undang persekutuan yang perlu dipinda kerajaan PAS Kelantan bagi membolehkan pelaksanaan hudud.

Terdahulu Pengarang Urusan Lionel Morais, Pengarang Berita Bahasa Melayu, Amin Iskandar dan Pengarang Analisis dan Rencana, Zulkifli Sulong telah pun ditahan Polis setelah serbuan dibuat oleh pasukan dari SKMM pada petang 30/3/2015.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 
 9
10
 11


Sunday, 16 February 2014

Tun M - Anwar perguna akal fikiran untuk putar-belit

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, P8, Putrajaya

Acara : Perasmian seminar Pemikiran Kassim Ahmad

Tarikh : 15/2/2014


Saya hanya sempat merakam setakat dua soalan terakhir untuk dikongsi bersama pembaca sekalian..cukup untuk menggambarkan pandangan Tun mengenai bekas timbalan beliau, Anwar Ibrahim dan pendirian beliau mengenai kedudukan Najib Razak dalam menentukan  penyertaan BN dalam PRK N25 Kajang..