Showing posts with label wawasan 2020. Show all posts
Showing posts with label wawasan 2020. Show all posts

Saturday, 13 January 2018

Bicara Wawasan 2020 gagal tarik penonton di Cyberjaya

Acara : Bicara Wawasan 2020

Lokasi : Starsbury Asteria, Cyberjaya

Tarikh : 13/1/2018





Rata rata yang diminta pandangan mengatakan pilihan lokasi di Cyberjaya tidak berapa sesuai untuk program yang ditujukan kepada kelompok ramai.. tidak sampai 200 orang mengikut kiraan kasar yang hadir dalam dewan yang boleh memuatkan 1,000 secara selesa. Selain Dr Mahathir dua anggota panelis yang hadir memberi banyak input yang berkaitan pengalaman mereka dengan Wawasan 2020


#video360



#suasana360



******************************************************************************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14
 15


Saturday, 11 April 2015

Tun M - Wawasan 2020 sukar dicapai

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Wawasan 2020 diilhamkan pada tahun 1991 dan pada ketika itu perincian bagaimana kejayaan atau pencapaian negara maju diukur tidak digariskan dengan jelas. Cuma ianya harus menurut acuan kita sendiri.

Oleh kerana ianya tidak jelas ramai  yang mengatakan bahawa negara maju diukur dengan pendapatan per kapita rakyat nya. Tun membandingkan dengan Arab Saudi yang mempunyai kekayaan dan pendapatan per kapita yang berkali ganda daripada Malaysia. Adakah mereka dianggap sebagai negara maju ?

Pada pandangan Tun negara maju mesti lah mempunyai rakyat yang berpelajaran tinggi, dan mempuyai seorang dua cendiakawan Pemenang Nobel Laureate, keupayaan mencipta dan mengeluarkan barangan untuk kegunaan dunia. Tidak cukup dengan pendapatan per kapita yang tinggi sahaja.

Untuk mencapai pendapatan per kapita yang tinggi tidak begitu sukar tetapi amat sukar untuk mencapai tahap kebijaksanaan dan keupayaan untuk berdikari dalam bidang ciptaan dan pembuatan barangan keperluan termasuk lah persenjataan....

Tun merasakan amat sukar untuk Malaysia mencapai Wawasan 2020 jika kerjaan hanya bertumpu kepada peningkatan pendapatan per kapita sahaja tanpa meningkatkan  usaha dalam mencapai input lain yang diperlukan untuk menjadi negara maju.





Tuesday, 23 December 2014

Melayu tidak akan maju tanpa menguasai ilmu dan nilai murni dalam Islam

Lokasi : Auditorium Akademi Kenegaraan, Jalan Bellamy, Kuala Lumpur

Acara : Konvensyen Kepimpinan Melayu Muda Nusantara 2014 (NUSA'14)
Ucaptama Tun Dr Mahathir - " Halatuju Melayu Islam Menjelang Wawasan 2020"

Tarikh : 20/12/2014



Video 1 mengandungi :

1. Umat Islam disuruh menguasai ilmu, tidak kira apa jenis ilmu untuk mempertahankan Islam
2. Tamaddun Islam suatu ketika dahulu hebat tetapi kini umat Islam dihina
3. Malaysia mempunyai perancangan tersendiri untuk memajukan rakyat nya
4. Kuasa politik ditangan umat Islam Malaysia semakin terhakis dan mungkin hilang terus satu hari nanti
5. Dasar Ekonomi Baru hanya mensasarkan 30% pemegangan ekonomi oleh orang Melayu
6. Sebenarnya tidak mudah untuk menguasai ekonomi berbanding penguasaan politik
7. Dalam masa 20 tahun orang Melayu tidak dapat menguasai 30% yang diharapkan tetapi cuma memperoleh pencapaian 20% sahaja.
8. Kita gagal kerana tidak bersungguh sungguh dalam usaha kita dan tidak menerap dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam Islam
9. Nilai murni dalam Islam seperti menunaikan janji dan beramanah lebih terserlah dikalangan peniaga Cina.
10. Peniaga atau pengusaha Melayu walaupun kuat berdoa tidak mengamalkan apa yang di sarankan dalam ajaran Islam seperti... amanah, rajin berusaha, tidak mungkir janji dan melakukan sesuatu itu dengan sebaik mungkin.



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 30 March 2014

Wawasan 2020 mungkin tidak tercapai - Tun Dr Mahathir

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Kerajaan harus kembali kepada asas menjadikan Malaysia sebuah negara maju jika serius ingin  mencapai Wawasan 2020. Fokus kerajaan dilihat hanya dalam meningkatkan pendapatan per kapita rakyat tanpa usaha jitu untuk mencapai tahap negara maju. 

Antara tumpuan untuk mencapai tahap negara maju adalah :-

  • kemajuan dalam industri pembuatan 
  • penguasaan ilmu dan teknoloji
  • peningkatan dalam keupayaan mencipta dan innovasi
  • pencapaian pentadbiran yang cekap
  • pencapaian tahap pendidikan yang tinggi
Hanya meningkatkan pendapatan per kapita rakyat seperti Brunei dan Arab Saudi yang kaya dengan minyak,  tidak akan menjadikan Malaysia negara maju dibawah Wawasan 2020. Tun Dr Mahathir khuatir Wawasan 2020 mungkin tidak akan tercapai.





Cina bijak berpolitik, ada Melayu pula gila nak jadi Perdana Menteri

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Melayu berpecah tiga dan Cina pulak bijak berpolitik... Tun Dr Mahathir pernah 'diajar' minoriti Cina dalam berpolitik... Ada Melayu pula tergila gila dan buat macam-macam kerana nak jadi Perdana Menteri.. Ikuti cerita Tun bagaimana pula beliau menjadi Perdana Menteri... (sila guna headphone untuk lebih jelas)


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14