jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Anwar Ibrahim adalah pengikut JESUIT ... itu lah dakwaan Yuktes Vijay... Anwar Ibrahim hanya berlakun solat di masjid ketika bersama umat Islam yang lain (bertakiyah ala ala Syiah) kerana itu yang digalakan dalam gerakan JESUIT ... ini adalah dakwaan serius oleh seorang kafir yang mengaku kenal rapat dengan Anwar..
kalau tak benar cepat cepat lah ambil tindakan undang undang...
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik.
Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah.
"Saya tidak fikir kita mahu itu berlaku. Atas kesedaran ini, kita tekankan soal banteras dahulu sebelum ia terus tersebar luas.
"Bukanlah untuk menakut-nakutkan umat Islam di negara ini tetapi kita mahu menekankan kepentingan mengelak perpecahan ummah khususnya dari dalam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program "Ruang Bicara" terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata terdapat 18 markas Syiah di Malaysia dengan lebih 300,000 pengikut.
"Kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat jika tidak ditangani," katanya sambil menjelaskan penularan fahaman Syiah di negara ini masih terkawal.
Beliau berkata ini adalah perjuangan umat Islam secara keseluruhannya dan mengajak semua pihak termasuk PAS untuk tampil bersama menjayakannya.
Terdahulu, ketika ditemu bual dalam program itu, Ahmad Zahid berkata beliau terbuka jika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan mendakwanya terlibat ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno 2013 minggu lepas.
"Kalau nak saman, saya terbuka. Jika mahu bukti, biar serahkan pada mahkamah dan pegawai-pegawai saya, tentu ada bukti yang cukup untuk dikemukakan. Silakan," katanya.
Beliau berkata pendedahannya itu bukan bermotif politik sebaliknya atas soal individu.
Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.
Sah ! Mat Sabu lah pemimpin kanan PAS yang dikatakan penganut Syiah oleh Zahid Hamidi ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2013.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi
mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu
cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.
1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah
.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan
pemikiran beliau.
3- ketika mengulas perutusan Krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai
terma rujukan
4-Timbalan presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon Syiah dan beliau gagal nafikan dirinya
mempunyai kaitan dengan Syiah
5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan isteri kerap
bertemu pemimpin Syiah itu.
6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid Syiah di wilayah Satun, selatan Thailand
7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman
Syiah di Bukit Merah Semanggol Perak
8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar
Malaysia di Qom Iran.
9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah
pada ceramah PAS di Arau Perlis.
10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud.
Dalam bilek 'Education Affairs' / 'Ulama Guest Room' terdapat sebuah tilam diatas lantai dan satu tin produk 'She is Sexy' .. Dua tiub lagi tidak kelihatan, cuma yang tinggal glittery body lotion (not for sale). Dalam breaking news melalui MMS Facebook saya sebutkan disitu 'KY Jelly'. Ada orang Syiah mempersoalkan mengapa saya gunakan perkataan KY Jelly.. Jawapan saya mudah. Lihat foto yang terakhir. Tidak kah anda berasa jijik? Cium tangan, cium pipi atau cium dahi tidak menjadi masalah kepada budaya kita, tetapi cium mulut sesama lelaki dengan gaya yang penuh berahi amat amat lah menjijikan. Sekarang berbalik kepada soalan KY Jelly..lihat pada keseluruhan paparan ... apa yang terlintas difikiran anda semua...body lotion dalam bilek khas untuk ulama.... saya berhenti disini... persepsi saya sudah terbentuk...
Lokasi : Markas Pertubuhan Syiah Malaysia, Taman Sri Gombak, Selangor
Acara : Operasi serbuan oleh Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
Tarikh : 27/9/2013 @ 11.30 pm
Malam tadi saya telah mengambil inisiatif untuk mengikuti ceramah Pertubuhan Syiah Malaysia yang berjudul 'Akhir nya Ku Temui Kebenaran". Oleh kerana notis mengenai ceramah ini telah bermain di internet sejak dua minggu lalu, saya ambil kesimpulan bahawa majlis itu ada lah majlis terbuka.
Setiba saya di kedai mamak bersebelahan dengan markas Syiah tersebut saya telah bertemu dengan beberapa kenalan dari Free Malaysia Today dan Malaysiakini. Mereka pun kesitu dengan anggapan bahawa majlis tersebut adalah terbuka kepada semua.
Mereka yang tiba awal telah sempat bertanya dengan beberapa lelaki yang berada ditingkat bawah markas. Ketika itu pun tempat tersebut kelihatan lengang seolah olah tiada sebarang majlis. Kami tertanya tanya sesama kami samada kami berada di tempat yang betul.
Tiga lelaki yang menaiki kereta telah memperlahankan kenderaan dan memberitahu kami bahawa ceramah tersebut diadakan disebuah surau di Fasa 8 Taman Seri Gombak. Ketika kami hendak bergerak ke kenderaan saya telah disapa oleh kenalan dari sebuah stesyen TV yang berada ditempat kereta. Dari dia lah saya mendapat maklumat bahawa satu operasi serbuan akan dilakukan oleh pihak JAIS dan dia pun berada disitu untuk membuat liputan.
Maka selepas itu kami pun mengambil tempat masing-masing disekitar kawasan markas tersebut untuk menunggu ketibaan penguatkuasa JAIS.. Kira kira jam 11.30 pm barulah rombongan JAIS beserta lain lain wakil media yang mengikuti mereka dari Shah Alam tiba di markas. Ini adalah operasi JAIS yang pertama kali saya sertai, itu pun secara kebetulan.
Dimerata laman web banyak diperkatakan bahawa si Khalid Ismath ini pengikut Syiah... Tak terjumpa pula saya penafian oleh si Khalid ini... Oleh itu saya anggapkan dakwaan itu benar. Sebagai ketua atau penggerak utama, si Khalid sewajarnya turut berada dalam saf solat asar yang diimamkan wakil Gamis. Persoalan nya adakah pengikut Syiah dilarang mengerjakan solat berjemaah bersama ahli sunnah.
Seperti yang terpapar dalam foto no 2 & 3, si Khalid sempat bermesra dengan seorang gadis muslimah ketika rakan rakan beliau yang lain berjemaah Asar.