jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Friday 13 December 2013
Mat Sabu dijemput saman Zahid
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik.
Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah.
"Saya tidak fikir kita mahu itu berlaku. Atas kesedaran ini, kita tekankan soal banteras dahulu sebelum ia terus tersebar luas.
"Bukanlah untuk menakut-nakutkan umat Islam di negara ini tetapi kita mahu menekankan kepentingan mengelak perpecahan ummah khususnya dari dalam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program "Ruang Bicara" terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam tadi.
Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata terdapat 18 markas Syiah di Malaysia dengan lebih 300,000 pengikut.
"Kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat jika tidak ditangani," katanya sambil menjelaskan penularan fahaman Syiah di negara ini masih terkawal.
Beliau berkata ini adalah perjuangan umat Islam secara keseluruhannya dan mengajak semua pihak termasuk PAS untuk tampil bersama menjayakannya.
Terdahulu, ketika ditemu bual dalam program itu, Ahmad Zahid berkata beliau terbuka jika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan mendakwanya terlibat ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno 2013 minggu lepas.
"Kalau nak saman, saya terbuka. Jika mahu bukti, biar serahkan pada mahkamah dan pegawai-pegawai saya, tentu ada bukti yang cukup untuk dikemukakan. Silakan," katanya.
Beliau berkata pendedahannya itu bukan bermotif politik sebaliknya atas soal individu.
Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.
-Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Yg aku nampak KDN susah nak ambik tindakan susah nak buktikan di mahkamah, tp zahid pasang perangkap cara lain, nak jatuhkan kredibiliti timb presiden parti isle. Tunggu umpan dimakan. Then pelanduk masuk perangkap. Bang mad boleh jatuh, parti yg menaunginya juga bakal hilang kepercayaan org Islam. Hanya tinggal pentaksub pentaksub totok je, nanti.
ReplyDeleteAku yakin, dulu mat said pun pasang perangkap juga bila secara terbuka dia kata pas parti ajaran sesat, tp umpan tak dimakan, pelanduk tak masuk perangkap.
Mcm main dam haji pulak !
ReplyDeleteAku rasa M.Sabu tk berani saman.
ReplyDeleteBila pandang muka Mat Sabu terbayang nombor 121. Bila terbayang nombor 121 maka terhidulah aroma b*r*t Mah.
ReplyDeleteSaman Abang Mat jangan tak saman Mah tetap sokong bang Mat hingga titisan lendir terakhir.
Sesiapa yang menghina Bhikkhu Buddha dan Dhamma, dia sendiri dihina kerana Bhikkhu Buddha dan Dhamma kekal di tempat yang paling tinggi walaupun penghinaan dinyatakan dalam apa jua bentuk.
ReplyDeleteSebagai penganut agama Buddha, kita hanya mampu berdoa dan berusaha untuk menjadi penganut Buddha sehingga akhir hayat. Kerana Dhamma boleh membalikkan hati kita. Ya Dhamma, lindungi hati kami untuk kekal dengan agama Buddha, moga saya sempat bertaubat
YIP KUM FOOK sangat menghina dan marah kepada Sami Buddha kerana dia menganggap Sami Buddha akan mengambilnya sebagai presiden kuil, YIP KUM FOOK ini sangat kotor dan sombong, dia ingat kuil sebagai tempat MCAnya.
“Janganlah biarkan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami rahmat dari sisi-Mu kerana sesungguhnya”
YIP KUM FOOK (MCA Gombak) menghina dan memberontak kepada Sami Buddha di KUIL BUDDHA SAMNAK SAMBODHI, Taman Desa Jaya, Kepong, dia menggunakan polis untuk menghalau sami Buddha itu
KUIL SRI MAHA MARIAMMAN KEPONG