Showing posts with label terrorism. Show all posts
Showing posts with label terrorism. Show all posts

Saturday, 11 April 2015

POTA dari kacamata Tan Sri Musa Hassan

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015



Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara berpendapat bahawa POTA amat-amat diperlukan oleh PDRM dalam berhadapan dengan ancaman pengganas yang terhasil dalam gerakan IS (Islamic States). Namun beliau masih berharapan bahawa ISA atau undang-undang sampingan yang terkandung didalam ISA dapat dikembalikan bagi melengkapkan PDRM dengan persenjataan undang-undang. POCA (Prevention of Crime Act), EO (Emergency Ordinance) dan AMLA (Anti Money Laundering Act) adalah tools yang diperlukan PDRM dalam menjalankan operasi pencegahan jenayah, subversif dan keganasan dengan effektif.

Perbezaan utama diantara POTA dan ISA ialah dibawah POTA kuasa menahan dan menangkap mereka yang disyaki hanya boleh dikeluarkan oleh satu majlis khas yang akan dibentuk apabila POTA dikuatkuasakan nanti. Ianya tidak lagi terletak sepenuhnya kepada budibicara seorang Menteri KDN yang bakal mengundang tuduhan salahguna kuasa.


Ikuti penerangan penuh oleh Tan Sri Musa Hassan perihal POTA dan undang-undang yang diperlukan PDRM dalam menjalankan tanggungjawab mereka


1
 2
   3
 4
5

Friday, 10 April 2015

Perbezaan antara ISA dan POTA

Lokasi : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Acara : Temubual khas bersama peguam Khairul Azam Abdul Aziz

Tarikh : 8/4/2015


ISA lebih menyeluruh dan 'all-encompassing' dalam membolehkan Polis menjalankan tugas-tugas pencegahan berbanding dengan POTA.. Ikuti penerangan oleh Buzze Azam pengamal undang-undang mengenai perbezaan ketara diantar kedua dua akta ini.

Buzze Azam juga mengumumkan beliau akan menggerakkan semula aktivis pro-ISA bagi mendesak kerajaan mengembalikan semula Akta ISA demi melengkapkan PDRM dengan Akta yang lengkap untuk membolehkan mereka menjalankan tugasan pencegahan dengan lebih berkesan.




Apa itu POTA ?

Lokasi : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Acara : Temubual khas bersama peguam Khairul Azam Abdul Aziz

Tarikh : 8/4/2015



Prevention of Terrorism Act (POTA) 2015 mengikut pandangan pengamal undang-undang - definisi dan aplikasi.





Tuesday, 13 January 2015

KL mungkin alami serangan seperti di Paris

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas oleh Presiden Perkasa

Tarikh : 10/1/2015


Tidak mustahil peristiwa serangan seumpama yang berlaku keatas Charlie Hebdo, Paris akan berlaku di Kuala Lumpur dengan tiadanya undang-undang pencegahan seperti ISA dan Akta Hasutan.  Polis memerlukan instrumen yang effektif untuk menangani masalah keselamatan.