Showing posts with label musa hassan. Show all posts
Showing posts with label musa hassan. Show all posts

Sunday, 12 April 2015

Musa Hassan anggap Tun M tidak menghasut tetapi cuma bertanya dan bukan menuduh

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015


Rakyat Malaysia boleh mengkritik kerajaan kalau mereka rasakan kerajaan melakukan perkara yang tidak betul tetapi tidak lah sehingga menghasut orang ramai untuk membenci seseroang pemimpin atau kerajaan. Tan Sri Musa berpendapat bahawa Tun Dr Mahathir bukanlah 'political extremist' kerana teguran beliau tidak berbentuk hasutan dan hanyalah berbentuk pertanyaan untuk mendapatkan penerangan dari pihak kerajaan.

Dalam isu 1MDB kerajaan telah pun memberi jawapan bahawa auditor akan menyiasat , jadi kita tunggu lah untuk laporan auditor. Dalam polimik Sirul pula, Musa memberi nasihat untuk laporan Polis dibuat segera sekiranya ada bukti dan keterangan baru kerana kes tersibut telah pun disiasat rapi dan diputuskan oleh Mahkamah.

Dalam isu Altantuya, Tun Dr Mahathir tidak menuduh Najib terlibat tetapi beliau hanya meminta penjelasan. Oleh itu tidak timbul isu beliau menghasut sesiapa untuk menuduh Najib terlibat.






Saturday, 11 April 2015

POTA dari kacamata Tan Sri Musa Hassan

Lokasi : Shah Motel, Petaling Jaya, Selangor

Acara : Sidang media oleh Tan Sri Musa Hassan mengenai POTA (2015) anjuran
NGO, Malaysian Crime Care Community (MCC)

Tarikh : 9/4/2015



Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara berpendapat bahawa POTA amat-amat diperlukan oleh PDRM dalam berhadapan dengan ancaman pengganas yang terhasil dalam gerakan IS (Islamic States). Namun beliau masih berharapan bahawa ISA atau undang-undang sampingan yang terkandung didalam ISA dapat dikembalikan bagi melengkapkan PDRM dengan persenjataan undang-undang. POCA (Prevention of Crime Act), EO (Emergency Ordinance) dan AMLA (Anti Money Laundering Act) adalah tools yang diperlukan PDRM dalam menjalankan operasi pencegahan jenayah, subversif dan keganasan dengan effektif.

Perbezaan utama diantara POTA dan ISA ialah dibawah POTA kuasa menahan dan menangkap mereka yang disyaki hanya boleh dikeluarkan oleh satu majlis khas yang akan dibentuk apabila POTA dikuatkuasakan nanti. Ianya tidak lagi terletak sepenuhnya kepada budibicara seorang Menteri KDN yang bakal mengundang tuduhan salahguna kuasa.


Ikuti penerangan penuh oleh Tan Sri Musa Hassan perihal POTA dan undang-undang yang diperlukan PDRM dalam menjalankan tanggungjawab mereka


1
 2
   3
 4
5

Saturday, 22 November 2014

Media asing agak berlembut dengan Malaysia

Lokasi : Bankers' Club, Bangunan Amoda, Jlaan Imbi, Kuala Lumpur

Acara : Forum JASA bersama Kelab Wartawan Luar Negara

Tarikh : 20/11/2014


Ini kali kedua majlis yang serupa diadakan, juga ditempat yang sama. Matlamat nya untuk membuka ruang bagi pihak kerajaan melalui JASA untuk menyampaikan maklumat yang tepat mengenai polisi kerajaan kepada media asing yang beroperasi di Malaysia. Sebagaimana format forum-forum lain, media asing yang hadir turut diberi peluang untuk bertanya dan mendapatkan penjelasan mengenai isu-isu yang mereka ikuti di Malaysia.

Untuk majlis kali ini, Duta Austria, Andrea Wicke dan Duta Indonesia, Pak Herman turut hadir sebagai tetamu VVIP. Turut memberi sumbangan signifikan dalam sesi dialog ialah Tan Sri Musa Hassan yang menjawab persoalan berhubung Akta Hasutan dan ISA. 

Ketua Pengarah JASA, Dato' Fuad Hassan harus diberi pujian kerana mampu melakukan 'engagement' dengan media antarabangsa yang diharap dapat menempatkan Malaysia dikedudukan yang lebih 'media friendly' di kacamata media antarabangsa.

Antara isu yang ditimbulkan oleh peserta ialah tahap kemampuan Menteri berkomunikasi dengan media antarabangsa ketika berlakunya krisis. Tragedi MH370 dan MH17 menjadi rujukan.


1
 2
 3  Musa Hassan memberi penjelasan dan penerangan mengenai Akta Hasutan dan ISA
 4  Duta Austria, Andrea Wicke (bersut)
 5
 6  Fuad Hassan & Presiden FCCM, Shannon
 7  Group foto with a Leica D-Lux 6
 8
9
 10  Julia (AFP) & Fuad Hassan (KP JASA)
 11
 12
 13  Shannon (Singapore Straits Time), Julia (AFP), Fuad Hassan (JASA) and Syed Saifuddin (JASA)



Monday, 21 July 2014

Musa Hassan sarat dengan pengalaman berguna

Lokasi : Hotel The Zon, Kuala Lumpur

Acara : Santai penggiat media sosial bersama Tan Sri Musa Hassan mantan Ketua Polis Negara

Tarikh : 20/7/2014



 Tiada bahan yang boleh diceritakan, cuma foto untuk dikongsi.. :)

1
 2
 3
 4
 5
 6
 8
 9
 10

Tuesday, 8 January 2013

Bar Council perlu di 'pasong'

Venue : Sunway Putera Hotel, Kuala Lumpur

Event : Perbincangan antara NGO mengenai peranan Bar Council

Date : 7/1/2013 @ 2.30 pm


Perjumpaan antara kumpulan NGO yang perihatin mengenai peranan Bar Council masakini. Perbincangan terjurus kepada mencari formulasi dan mekanisma untuk mengawal selia pergerakan Bar Council yang dilihat berat sebelah dan lebih memihak kepada pihak pembangkang walaupun penubuhan nya adalah satu inisiatif kerajaan BN.

1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.
 11.


Monday, 10 December 2012

Musa Hassan tak pernah nyata hasrat sertai PKR

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim

Date : 3/12/2012 @ 10.00 am





Sunday, 9 December 2012

Tuduhan Deepak dan Musa Hassan perlukan jawapan

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media khas Anwar Ibrahim

Date : 3/12/2012 @ 10.00 am


Saya mungkin tak bersetuju dengan semua yang dikatakan Anwar, tapi mengenai sikap Najib yang menikus dan menyepi tanpa memberi jawapan menimbulkan pelbagai persoalan. Mengapa tidak diberikan jawapan bertulis dari pejabat beliau yang ditandatangani oleh mereka yang dipertanggungjawab kan, dikeluarkan setiap kali ada isu yang serius dibangkitkan oleh pembangkang. Potong saja isu tersebut sebelum ianya merebak rebak sehingga jadi begitu kronik untuk dijawab.

Mengapa dibiarkan kerja tersebut dijalankan oleh blogger-blogger kaki spin yang cerita mereka sentiasa diragui kebenaran? Berapa kerat saja blogger pro BN yang punyai kredential benar dalam penulisan mereka?

Bukan kah lebih baik jika jawapan dikeluarkan oleh pejabat PM sendiri dan tugasan spinning seterusnya dilakukan bloggers. Ini sudah songsang, bloggers spin ikut sesedap rasa masing masing dan tuanpunya badan terus menerus membisu atau kekadang tunjuk berani hentam pembangkang diatas pentas yang paling selamat dalam dunia.

Saya sebagai rakyat Malaysia yang bergerak atas landasan aktivis masyarakat ingin melihat perubahan sikap. Jangan biarkan masyarakat (pengundi) tertanya tanya setiap kali tohmahan dan tuduhan dilempar oleh pembangkang. Mr PM please do not procastinate. 

Pembangkang  hanya melakukan apa yang semulajadi bagi mereka... bangkang, tohmah, fitnah dan bangkang.....on and on



Thursday, 1 November 2012

Najib oh Najib ... sentiasa bermain dibibir Anwar

Venue : Taman Banting Baru, Banting, Selangor

Event : Ceramah Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 30/10/2012 @ 11.00 pm


Tak lengkap kalau Najib atau Rosmah tidak menjadi sebahagian rencah ceramah Anwar Ibrahim. Rakaman berikut hanya lah sebahagian daripada koleksi yang saya ada...  


Monday, 29 October 2012

Anwar guna nama Musa Hassan dalam siri jelajah

Venue : Pekan Felda Sg Tengi, Hulu Selangor, Selangor

Event : Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 28/10/2012 @ 5.45 pm


Anwar yakin bekas pegawai kanan Polis sudah mula menyokong Pakatan Pembangkang. Yang terbaru ialah  Musa Hassan. Bagaimanapun saya mendapat cerita yang berlainanan dar tuan punya badan sendiri... 


1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.