Showing posts with label akta hasutan. Show all posts
Showing posts with label akta hasutan. Show all posts

Tuesday, 15 November 2016

TSMY yakin beliau mempunyai imuniti sebagai Ahli Parlimen

Acara : Solidariti bersama TSMY yang hadir untuk beri keterangan kepada penyiasat Bukit Aman 
perihal butiran mesyuarat kabinet mengenai 1MDB yg dianggap sebagai Rahsia Rasmi walaupun dibahas dalam Parlimen

Lokasi : Perkarangan pintu masuk Ibupejabat PDRM, Bukit Aman, Kuala Lumpur

Tarikh : 15/11/2016


Video 1 - TSMY yakin beliau mempunyai imuniti sebagai Ahli Parlimen kerana isu yang berbangkit berlaku semasa perbahasan didalam Parlimen



*********************************************************************************
1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Tuesday, 13 January 2015

KL mungkin alami serangan seperti di Paris

Lokasi : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media khas oleh Presiden Perkasa

Tarikh : 10/1/2015


Tidak mustahil peristiwa serangan seumpama yang berlaku keatas Charlie Hebdo, Paris akan berlaku di Kuala Lumpur dengan tiadanya undang-undang pencegahan seperti ISA dan Akta Hasutan.  Polis memerlukan instrumen yang effektif untuk menangani masalah keselamatan.






Wednesday, 3 December 2014

63 Tahun PAS - Mat Sabu akan mengepalai gerakan hapuskan Akta Hasutan

Lokasi : Kompleks PAS, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak


Tarikh : 30/11/2014


Akta Hasutan (1948) menghantui Mat Sabu, bekas tahanan ISA. Beliau berjanji akan melakukan gerakan besar besaran untuk memastikan Najib mansuhkan Akta tersebut



Monday, 24 November 2014

Kongres Perpaduan Nasional dapat sambutan NGO

Lokasi : Dewan Muktamar, Pusat Islam, Kuala Lumpur

Acara : Kongres Perpaduan Nasional

Tarikh : 23/11/2014


Perasmian hari ini dilakukan oleh Tun Abdul Hamid bagi pihak Tun Dr Mahathir yang tidak dapat hadir disebabkan keuzuran. Teks ucapan beliau pula dibacakan oleh Dato' Seri Aziz Shamsuddin. Satu suara yang bergema dalama setiap ucapan sebelah pagi yang saya ikuti... kekalkan akta hasutan dan kembalikan ISA... itu lah kunci keamanan yang menjadi teras kepada segala usaha membawa perpaduan antara kaum.


1
 2
 3
 4
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 17 October 2014

Mansuhkan Akta Hasutan bom asap untuk bebaskan Anwar ?

Lokasi : Jalan masuk menuju Parlimen, Kuala Lumpur


Tarikh : 16/10/2014


Bottom-line Najib Razak diberi tawaran untuk membuat 'goodwill' dengan membebaskan Anwar Ibrahim. Gerakan menghapuskan Akta Hasutan kelihatan seolah-olah menjadi batu lonjatan bagi tujuan menggerakkan suara massa.. ISA sudah dimansuhkan dan BERSIH pula sudah berada diluar musim dan kekeringan isu buat ketika ini. Semoga Malaysia sentiasa berada dibawah rahmat Illahi..





Rakyat Malaysia ada saluran lain selain Akta Hasutan

Lokasi : Jalan masuk menuju Parlimen, Kuala Lumpur


Tarikh : 16/10/2014


Saya berbeza pandangan dengan Shamsul Iskandar yang menyatakan bahawa Akta Hasutan tidak diperlukan kerana kerajaan dan rakyat Malaysia masih boleh menggunakan kaedah perundangan lain seperti Saman Malu.

Persoalan nya adakah saman malu sama dengan tindakan dibawah Akta Hasutan? Saman malu semesti nya dilakukan oleh pihak yang dimalukan tetapi dibawah kesalahan menghasut, ianya lebih meluas dan inisiatif sesuatu tindakan boleh diambil samada oleh tuanpunya diri yang dihasut atau kena tempias hasutan atau bagi pihak ketiga yang kena hasut.






Sekitar Walk for Peace and Freedom

Lokasi : Jalan masuk menuju Parlimen, Kuala Lumpur

Acara : Walk for Peace and Freedom oleh Majlis Peguam - bantahan Akta Hasutan

Tarikh : 16/10/2014



Anggaran sekitar 500-700 aktivis berarak dari Padang Merbok ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahan Akta Hasutan kepada wakil kerajaan. Terdahulu kumpulan tersebut (yang mungkin lebih ramai) telah berhimpun di Padang Merbok pada jam 10.30 pagi dan beberapa individu telah menyampaikan ucapan disana sebelum kumpulan tersebut bergerak sejam kemudian.




1  Bersama rakan photo-blogger dari zaman Pak Lah / Blog House dan kini Ahli Parlimen Jelutong (DAP), Jeff Ooi. Persahabatan tetap utuh...
 2  Raja Kamarul Bahrin Shah, Ahli Parlimen Kuala Terengganu
 3  Mohamed hanipa Maidin, Peguam PAS
 4
 5  Mantan YB Balik Pulau, Yusmadi Yusuf (bersut) saja singgah nak tengok kawan-kawan lama..
6
 7
 8
 9
 10  Kumpulan 10 wakil Majlis Peguam yang dibenarkan masuk ke Parlimen untuk menyerahkan memorandum