Showing posts with label vision 2020. Show all posts
Showing posts with label vision 2020. Show all posts

Thursday, 16 April 2015

Apa kesilapan yang telah Tun Dr Mahathir lakukan ?

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


22 tahun  mentadbir sebagai Perdana Menteri Malaysia, sudah tentu beliau tidak terlepas dari melakukan kesilapan sepanjang masa tersebut. Tetapi apakah kesilapan signifikan yang telah Tun Dr Mahathir lakukan ?  Ini jawapan yang kandid diberikan kepada soalan yang telah dikemukan kepada beliau oleh seorang penunutut...

Apakah pemecatan Anwar satu kesilapan ?.. Mencuri kekayaan negara ? Berkuku besi ? Kalau ya mengapa perlu beliau meletakkan jawatan ? Tun M berhajat untuk berhenti selepas SUKOM tetapi oleh kerana krisis Anwar Ibrahim beliau terpaksa menangguhkan nya sehingga masa yang lebih sesuai..Adakah perletakan jawatan beliau satu kesilapan kerana ianya yang menyebabkan urutan segala macam krisis dalam negara dari zaman Pak Lah sehingga lah ke hari ini ???


1
 2


Saturday, 11 April 2015

Tun M - Wawasan 2020 sukar dicapai

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Wawasan 2020 diilhamkan pada tahun 1991 dan pada ketika itu perincian bagaimana kejayaan atau pencapaian negara maju diukur tidak digariskan dengan jelas. Cuma ianya harus menurut acuan kita sendiri.

Oleh kerana ianya tidak jelas ramai  yang mengatakan bahawa negara maju diukur dengan pendapatan per kapita rakyat nya. Tun membandingkan dengan Arab Saudi yang mempunyai kekayaan dan pendapatan per kapita yang berkali ganda daripada Malaysia. Adakah mereka dianggap sebagai negara maju ?

Pada pandangan Tun negara maju mesti lah mempunyai rakyat yang berpelajaran tinggi, dan mempuyai seorang dua cendiakawan Pemenang Nobel Laureate, keupayaan mencipta dan mengeluarkan barangan untuk kegunaan dunia. Tidak cukup dengan pendapatan per kapita yang tinggi sahaja.

Untuk mencapai pendapatan per kapita yang tinggi tidak begitu sukar tetapi amat sukar untuk mencapai tahap kebijaksanaan dan keupayaan untuk berdikari dalam bidang ciptaan dan pembuatan barangan keperluan termasuk lah persenjataan....

Tun merasakan amat sukar untuk Malaysia mencapai Wawasan 2020 jika kerjaan hanya bertumpu kepada peningkatan pendapatan per kapita sahaja tanpa meningkatkan  usaha dalam mencapai input lain yang diperlukan untuk menjadi negara maju.