Showing posts with label magic. Show all posts
Showing posts with label magic. Show all posts

Sunday, 12 April 2015

Tun M - Lee Kwan Yew sertai Malaysia untuk jadi Perdana Menteri

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Pandangan dan cerita mengenai Lee Kwan Yew yang jarang kita dengar dari Tun Dr Mahathir
Ikuti cerita bagaimana si Kiasu LKY dan Singapura dihalau keluar dari Malaysia oleh Tun Abdul Rahman setelah beliau ingin menjadi Perdana Menteri.

LKY tidak pernah memberi laluan mudah kepada Tun sepanjang 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri, dan Jambatan menggantikan Tambak johor sehinggalah Wang Simpanan Pekerja Malaysia yang bekerja di Singapura.

Ikuti pendedahan pengalaman Tun Dr Mahathir berurusan dengan Lee Kwan Yew sepanjang beliau memerintah Malaysia.....Singapura boleh berbangga dengan pendapatan per kapita mereka yang tinggi, tetapi bagi Tun yang lebih penting ialah berapa banyak barangan dan perkhidmatan yang dapat diperolehi dengan pendapatan per kapita rakyat Malaysia yang bekerja di Malaysia..





Saturday, 11 April 2015

Tun M - Wawasan 2020 sukar dicapai

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Wawasan 2020 diilhamkan pada tahun 1991 dan pada ketika itu perincian bagaimana kejayaan atau pencapaian negara maju diukur tidak digariskan dengan jelas. Cuma ianya harus menurut acuan kita sendiri.

Oleh kerana ianya tidak jelas ramai  yang mengatakan bahawa negara maju diukur dengan pendapatan per kapita rakyat nya. Tun membandingkan dengan Arab Saudi yang mempunyai kekayaan dan pendapatan per kapita yang berkali ganda daripada Malaysia. Adakah mereka dianggap sebagai negara maju ?

Pada pandangan Tun negara maju mesti lah mempunyai rakyat yang berpelajaran tinggi, dan mempuyai seorang dua cendiakawan Pemenang Nobel Laureate, keupayaan mencipta dan mengeluarkan barangan untuk kegunaan dunia. Tidak cukup dengan pendapatan per kapita yang tinggi sahaja.

Untuk mencapai pendapatan per kapita yang tinggi tidak begitu sukar tetapi amat sukar untuk mencapai tahap kebijaksanaan dan keupayaan untuk berdikari dalam bidang ciptaan dan pembuatan barangan keperluan termasuk lah persenjataan....

Tun merasakan amat sukar untuk Malaysia mencapai Wawasan 2020 jika kerjaan hanya bertumpu kepada peningkatan pendapatan per kapita sahaja tanpa meningkatkan  usaha dalam mencapai input lain yang diperlukan untuk menjadi negara maju.





Wednesday, 8 April 2015

Tiga nama besar yang menjadi sumber inspirasi Tun Dr Mahathir

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Kita mengkagumi Tun Dr Mahathir dan menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi.
Nabi Muhammad SAW, Peter the Great (Russia) dan Nelson Mandela adalah tiga nama besar yang Tun jadikan sumber inspirasi .

Nabi Muhammad dikagumi kerana beliau menyatukan puak-puak Arab yang berbalah dan menukar budaya mereka dan yang paling penting ialah Al-Quran yang ditinggalkan Rasulallah. Peter the Great pula seorang yang tidak beradab dan kasar tetapi beliau telah berjaya menukar dan menjadikan Russia satu negara yang mundur kepada satu kuasa dunia. Nelson Mandela pula telah dipenjara selama 30 tahun tetapi beliau mempunyai keperibadian yang tinggi. Beliau tidak berdendam dan tidak patah semangat dan sanggup bekerjasama dengan kaum kulit putih yang memenjarakan beliau.





Tuesday, 7 April 2015

Siasatlah siapa yang sebenarnya beri arahan kepada Sirul untuk bunuh Altantuya

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Demi keadilan dan untuk tidak melakukan satu kezaliman Tun Dr Mahathir meminta satu sisasatan dilakukan untuk memastikan siapa sebenarnya yang memberi arahan kepada Kpl Sirul Azhar untuk membunuh Altantuya Sharibu.

Kpl Sirul Azhar seorang professional yang melakukan tugasan menurut arahan tanpa soalan.. Beliau juga pernah menjadi pemgawal Tun Dr Mahathir ketika masih memegangjawatan Perdana Menteri.  


1
 2


Sunday, 5 April 2015

Kalau UMNO nak selamat Najib mesti turun sebelum PRU14

Lokasi : MaGIC, Cyberjaya

Acara : Syarahan "Vision 2020 : Mistakes made, lesson learnt and ways to move forward"

Tarikh : 4/4/2015


Altimatum yang diberikan Tun Dr Mahathir kepada UMNO. Najib Razak mesti letak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri sebelum PRU14. Tun khuatir UMNO akan ditolak pengundi pada PRU14 sekira nya UMNO dan kerajaan masih dibawah Najib Razak. Terpulang lah kepada UMNO untuk melantik calon Presiden yang baru..