Showing posts with label yayasan wilayah persekutuan. Show all posts
Showing posts with label yayasan wilayah persekutuan. Show all posts

Sunday, 28 June 2015

Program Shopping Raya bawa keceriaan kepada anak-anak miskin/fakir dan OKU

Lokasi : AEON AU2, Setiawangsa, Kuala Lumpur

Acara : Program Shopping Raya Bersama Anak-Anak Miskin/Fakir Wilayah Persekutuan

Tarikh : 27/6/2015


Video 1 - Program dianjurkan dengan kerjasama Yaysan Wilayah Persekutuan, Puteri UMNO Wilayah Persekutuan dan AEON AU2. Seramai 880 penerima sumbangan tunai sebanyak RM50 duit raya dan boucer shopping sebanyak RM200  dari Yayasan WP. Mereka terdiri daripada anak-anak miskin/fakir dan OKU dari seluruh Wilayah Persekutuan dan Putrajaya tidak termasuk Labuan. Acara di Labuan akan diadakan pada 2/7/2015.



Video 2 - Yayasan Wilayah Persekutuan punyai sumber pendapatan sendiri



 1
2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
  

Friday, 20 June 2014

Yayasan WP akan lawan injunksi Damai Kiaramas

Lokasi : Avenue-K, Jalan Ampang, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Avenue-K

Tarikh : 18/6/2014



Ini jawapan Tengku Adnan:

1. Damai Kiaramas Sdn Bhd rakan usahasama (JV) bersama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) untuk memajukan sebidang tanah di Bukit Kiara

2. Tengku Adnan adalah Pengerusi YWP 

3. Damai Kiaramas gagal memenuhi (pra)-syarat JV, oleh itu YWP memilih untuk meneruskan pembangunan hartanah tersebut dengan rakan usahasama yang lain.

4. YWP akan melawan injunksi yang diperolehi oleh Damai Kiaramas.





Ini laporan oleh Malaysiakini

Firma ahli Umno dapat injunksi terhadap Ku Nan


Sekumpulan usahawan Bumiputera hari ini memperolehi injunksi terhadap Menteri Wilayah Persekutuan yang juga Setiausaha Agung Umno, Tengku Adnan Tengku Mansor serta dua yang lain, daripada terlibat dalam usahasama dalam urusan tanah seluas lima hektar di Bukit Kiara.

Minggu lepas, Damai Kiaramas Sdn Bhd, yang dimiliki oleh ahli Umno, memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Tengku Adnan, yang juga dikenali sebagai Ku Nan, kerana didakwa melanggar kontrak.

Syarikat itu mendakwa ia telah memenuhi semua syarat yang ditetapkan oleh kementerian untuk membangunkan tanah itu, termasuk mendapatkan persetujuan mereka yang tinggal di rumah panjang di situ sejak 32 tahun untuk ditempatkan dalam projek pembangunan bercampur di atas tanah tersebut.

Bagaimanapun, ia mendakwa, Tengku Adnan lebih gemar projek itu diberikan kepada sebuah syarikat yang dimiliki kumpulan Pavilion.

Injunksi hari ini dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Kamaluddin Md Said.


Friday, 25 April 2014

Pengiktirafan buat pelajar cemerlang Wilayah Persekutuan

Lokasi : Pusat Kommersial Komuniti, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2014 anjuran bersama Yayasan Wilayah Persekutuan
dan Pemuda Umno WP

Tarikh : 24/4/2014



Pengiktirafan  kepada 500 pelajar yang cemerlang tahun ini terdiri dari pelbagai kaum dari seluruh Wilayah Persekutuan.

Anugerah dan imbuhan berupa Sijil Premium Bank Simpanan Nasional (SSP-BSN) sebanyak RM100 untuk UPSR,  RM150 untuk PMR dan RM200 untuk SPM beserta Sijil.

Program ini merupakan program tahunan Yayasan Wilayah Persekutuan dan kali ke-2  bersama Pemuda Umno



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10