Showing posts with label ydp agong. Show all posts
Showing posts with label ydp agong. Show all posts

Thursday, 10 May 2018

Kesemua MP PH dan Warisan beri perakuan sokong Dr M sebagai PM7

Acara : Sidang media mengenai penangguhan majlis angkat sumpah PM ke 7

Lokasi : Hotel Sheraton, PJ

Tarikh : 10/5/2018



Majlis angkat sumpah PM7 yang sepatutnya diadakan sebelah pagi hari ini telah ditangguhkan kesuatu tarikh yang tidak ditentukan. Sebab utama nya ialah kekeliruan di pihak Istana mengenai pemimpin Keadilan yang bertanding dalam PRU14. Jemputan ke Istana telah diberikan kepada Dr Wan Azizah sebagai Presiden Keadilan dan bukan nya kepada calon PM7, Dr Mahathir Mohamad. 

Dr Mahathir berpendapat bahawa perlantikan Perdana Menteri sebagai Ketua kerajaan perlu dilakukan segera kerana negera tidak boleh dibiarkan tanpa kerajaan yang mentadbir. Beliau mensasarkan isu tersebut dapat diselesaikan hari ini juga. Untuk pemahaman penuh akan isus sila ikuti rakaman sidang media ini dari mula hingga akhir.




***************************************************************************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9



Friday, 7 October 2016

Dr M akan cuba dapat kerjasama Majlis Raja Raja dalam isu #undurnajib

Acara : Sidang media khas mengenai perjumpaan Dr M dengan YDP Agong

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Tarikh : 5/10/2016



Video 1 - Rakaman penuh sidang media dan sesi Q & A

Setelah YDP Agong enggan mengambil sebarang tindakan keatas Najib Razak, Dr M kini berusaha pula untuk mendapatkan kerjasama Majlis Raja Raja yang akan bersidang pada 11/10/2016 untuk melakukan sesuatu berbekalkan #deklarasirakyat yang ditandatangani lebih sejuta rakyat Malaysia. Beliau yakin Tuanku Sultan Sultan Tanah Melayu peka dan sensitif terhadap keluhan rakyat jelata dan akan melakukan yang terbaik untuk #selamatkanmalaysia..




*********************************************************************************

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 1 March 2015

Tok Him - Petisyen Pengampunan hanya tektik beli masa Anwar.


File Pic...

KENYATAAN MEDIA TOK HIM PRESIDEN PERKASA:

Keluarga Anwar Mohon Pengampunan dgn  DYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agung (SPYDPA). Anwar sendiri selaku orang bersalah tidak mohon pengampunan. Bagaimana Lembaga Pengampunan untuk pertimbangkan kalau yg tertuduh sendiri tidak memohon?

Mahkamah Persekutuan sudah buat keputusan Anwar bersalah. Maka semua hak Anwar termasuk sebagai MP terlucut secara otamatik. Apakah dgn rayuan yg di buat olih keluarga kpd Lembaga Pengampunan; maka hak Anwar tidak terjejas dari segi undang2 ?. 

Kalau ini tafsir atau SOP Undang2, kenapa Anwar di hantar ke penjara ?. Lembaga Pengampunan bukan sebahagian dari Sistem Kehakiman  Mahkamah Negara. Mengikut tafsir Anwar sudah hilang hak segala galanya secara otamatik dihari Mahkamah Persekutuan menjatuhkan hukuman. 

Malah yg merayu bukan orang bersalah. Bagaimana orang yg tidak dihukum merayu. BUKA N KAH ANEH ? Ini tektik kerenah politik beli masa. Manakala anaknya Nurul MP Lembah Pantai mahu bapa nya minum teh dgn YDPA. Macam mana Anwar nak minum teh kalau tangan nya bergari ?Anwar nak pegang cawan utk minum mcm mana? 

SOP banduan; bila di bawa keluar dari penjara tangan bergari. Maka apakah Anwar layak duduk bersama dgn YDPA dan tangan pula bergari. YDPA adalah RAJA PAYUNG NEGARA. Mana bolih semeja dgn banduan.

Saya berkata hal sebenar dan bukan mahu menghina sesiapa.Tidak ada sesiapa pun bolih mengatasi undang2. Buatlah cara yg betul. Anwar merayu sendiri sbagai orang yg di hukum bersalah olih Mahkamah.Itu hakikat dan realiti nya. Bersabar, insaf dan Allah Maha Pengampun.

Saya juga turut berdoa akan kesejahteraan kawan setahanan saya ini dulu selama 2 tahun. Saya nak beritahu pd Nurul anak Anwar, ada masa nya bapanya bolih minum teh dgn YDPA kemudian hari jika ada rezki. Cuma lakukan perkara yg betul.

Saya pun, yg tidak jadi banduan dan Presiden NGO pun, tidak mudah untuk dapat mengadap, apatah lagi nak minum teh dgn YDPA. Raja yg bersembahyang di singahsana dgn penuh Daulat Payung Negara bukan bolih buat main2. Daulat Tuanku...Tok Him Presiden Perkasa.



PS - Kenyataan ini Tok Him taip menggunakan talipon bimbit beliau
 

Monday, 10 March 2014

MP Pakatan akan boikot majlis YDP Agong

Lokasi : Setia City Convention Centre, Shah Alam, Selangor

Acara : Konvensyen Pakatan Rakyat ke-5

Tarikh : 8/3/2014


Esok 10/3/2014, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan ikut bersama Ahli Parlimen BN dalam upacara perbarisan bersempena perasmian Persidangan Parlimen penggal ke-2 tetapi akan hanya mengikuti titah YDP Agong didalam dewan Parlimen.

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat tidak akan menghadiri hi-tea / cocktail bersama YDP Agong kerana membantah kehadiran Ketua Hakim dan Perdana Menteri.

Ikuti alasan spenuhnya yang diberikan Anwar Ibrahim dalam rakaman ucapan penggulungan Konvensyen Pakatan Rakyat dan juga keputusan kepimpinan Pakatan untuk tidak menghadiri hari pertama sidang Parlimen pada 11/3/2014.




Sunday, 1 September 2013

Merdeka 56 - Koleksi pentas VIP

Lokasi : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Acara : Sambutan Hari Kemerdekaan ke 56

Tarikh : 31/8/2013 @ 8.30 am


1/35
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
10