Sunday, 18 November 2012

Doa KO - Ulasan Dr Hasan Ali mengenai implikasi nya







ULASAN YB DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI MENGENAI DOA SELEPAS SOLAT HAJAT MUKTAMAR PAS DI STADIUM SULTAN MOHAMAD KE IV

Saya terkejut bila melihat dan mendengar sendiri doa yang dibacakan melalui kaca tv malam semalam. Ada lima perkara yang menyebabkan saya tersentak. Pertama, inti apa yang dipohon melalui doa tersebut, kedua, bahasa yang digunakan, ketiga, nada suara yang dilafazkan, keempat, orang yang terlibat membaca doa itu sendiri dan kelima, ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut.

1.     Mengenai apa yang dipohon. Setakat yang saya faham mengenai doa, apa yang dipohon melalui doa hendaklah sesuatu yang baik untuk diri, anggota keluarga, jiran tetangga, masyarakat dan umat keseluruhannya. Islam melarang umatnya memohon sesuatu keburukan dan kecelakaan bagi seseorang atau sesuatu golongan. Doa ulama PAS itu sama sekali tidak mencerminkan perkara ini.

2.     Bahasa yang digunakan. Dalam doa bahasa yang digunakan hendaklah bahasa yang baik-baik. Ini disebabkan yang berdoa memohon kepada Allah SWT sebagai kuasa yang menjadikan semua makhluk termasuk manusia. Sebagai hamba Allah yang begitu kerdil, bahasa yang diucapkan tatakala menghadap Allah seharusnya menggunakan bahasa yang penuh dengan kesopanan, ketertiban dan kehambaan diri. Perkara ini juga tidak tergambar dalam doa yang dibacakan sebaliknya mengulang-ngulang beberapa kali perkataan-perkataan “hukumlah UMNO”, “KO BN”, “BN KO” dan seterusnya.

3.     Nada suara yang dilafazkan. Nada suara terutama bila melafazkan kehancuran dan kemusnahan UMNO/BN dibuat dengan nada yang paling tinggi memenuhi ruang angkasa stadium. Perkara ini jelas bertentangan dengan adab berdoa dalamana mereka yang berdoa hendaklah memilih kata-kata yang sopan, halus dan nada suara yang penuh syahdu.

4.     Orang yang terlibat membaca doa itu sendiri. Setakat yang saya kenali, orang yang membaca doa adalah seorang ulama yang mempunyai ilmu dan pengalaman yang luas mendidik dan mertarbiah masyarakat Islam sejak puluhan tahun yang lalu. Tidakkah adab berdoa yang pernah diajarkannya kepada jemaah masjid, surau dan madrasah di seluruh negara buat sekalian lamanya dilupakan begitu sahaja.

5.     Ribuan makmum yang mengaminkan doa tersebut. Doa yang dibaca diaminkan oleh ribuan pimpinan PAS yang sebahagian besarnya dari aliran agama. Tidakkah terdetik di hati mereka dikala mengaminkan doa tersebut bahawa adab sopan doa yang dibacakan bertentangan dengan tatasusila berdoa yang diturunkan oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

Saya sangat khuatir kalau ahli-ahli PAS yang jumlahnya mencecah 1 juta orang yang sebahagiannya ada yang begitu taksub kepada pemimpin akan menerima pakai percontohan berdoa itu dan terus mengamalkannya di tempat masing-masing. Tidakkah tindakan orang yang berdoa itu akan memungkinkan timbulnya jurang dan perpecahan yang lebih dahsyat diantara sesama muslim khususnya di kalangan ahli dan penyokong PAS dan UMNO.

Bagaimana pula kalau ulama-ulama UMNO mendoakan supaya sesuatu yang buruk berlaku kepada PAS? Apakah yang akan berlaku kepada masyarakat Melayu-Islam di negara ini akibat daripada kebodohan kita itu? Kita boleh membuat jangkaan bahawa sesuatu yang jauh lebih buruk akan berlaku di kalangan anggota dan penyokong dua parti terbesar yang mewakili Melayu/Islam seandainya kebodohan ini terus dilindung dan dipertahankan.

Pimpinan PAS lebih mengetahui bahawa dalam PRU-12 pada tahun 2008, kemenangan PAS didokong bukan sahaja oleh ahli dan penyokong PAS tetapi pada ketika itu atas sebab-sebab tertentu, ahli dan penyokong UMNO pun ada yang mengundi PAS. Sokongan penyokong UMNO itu  menyebabkan PAS menang dengan agak bergaya. Apakah ulama yang berdoa dan makmum yang mengaminkan doa tersebut tidak memerlukan lagi sokongan kumpulan ini untuk membolehkan mereka ke Putrajaya? Seperti yang dipaparkan dalam media matlamat ke Putrajaya begitu ghairah diperbahaskan dalam Muktamar kali ini. Tidakkah doa yang dibaca itu akan menutup ruang sokongan pengundi dari kalangan mana pun termasuk ahli dan penyokong UMNO? Saya tidak dapat membayangkan betapa sempitnya pemikiran mereka yang terlibat hingga sanggup melafazkan doa memohon dihancur musnahkan parti yang seagama dan sebangsa dengan mereka.

Akhirnya saya bimbang piawaian akhlak yang ditunjukkan oleh mereka yang bergelar ulama yang mewarisi para Nabi dicontohi oleh generasi muda Muslim dan generasi pengganti Muslim yang akan datang. Atas kealpaan dan hilang kecermatan mereka yang terlibat akan mengakibatkan kesan buruk berganda di kalangan Umat Islam di negara ini..

Saya doakan Allah terus memelihara kita dengan kasih sayang dan keredhaanNya. Moga pembaca doa dan makmum yang mengaminkannya ditunjukkan jalan yang benar dan sentiasa berada dalam pengampunan Allah SWT.
  

Pejabat Operasi Jati
153B, 2nd Floor, Jalan Aminuddin Baki,
Taman Tun Dr Ismail,
18 Oktober 2012

Abby berkampung di Muktamar PAS ?

Venue : Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan

Event : Konsert Hijrah bersempena Muktamar PAS ke 58

Date : 17/11/2012 @ 9.00 pm

Kalau ada artis yang simpan cita cita masuk PAS nak main politik, boleh lupakan saja niat anda... Lujnah Seni dan Budaya yang memikul tanggungjawab mengembeling tenaga artis dalam PAS hanya mahukan mereka fokus dan bertekun dalam bidang mereka sebagai artis untuk memenangi PRU 13 akan datang. Dah ramai ahli politik dalam PAS yang terdiri dari mereka yang dah bergelumang puluhan tahun... Nanti banyak pulak instant ustazah dan ustaz dan instant politician dikalangan artis



1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10. Abby secara official menerima Kad Keahlian PAS dari isteri Nik Aziz, Pn Seri Sabariah dan diperhatikan oleh Takiyuddin
 11.
 12.
 13.
 14.


Saturday, 17 November 2012

Sekitar Himpunan Kebangkitan Rakyat, Kelantan

Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan

Event : Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat Kelantan

Date : 16/11/2012 @ 8.30-12.00 pm


1/53
 2. Mazlan Aliman, Pengerusi ANAK
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
9. Wakil NGO Anti Lynas
 10. Mat Sabu, Timbalan Presiden PAS

Solat Hajat khusus dari PAS untuk UMNO / BN

Venue : Stadium Sultan Muhammad, Kota Bharu, Kelantan

Event : Solat Hajat bersempena Himpunan Kebangkitan Rakyat

Date : 16/11/2012 @ 8.00 pm


Solat Hajat di imamkan oleh abang kepada Nik Aziz. Isi doa beliau berbunyi "KO BN !! .. KO BN !!...BN KO !!... KO BN !!.. BN KO !!...." Ini lah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuat nya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan disebelah pembangkang dan juga disebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut. Ramai juga kenalan media yang memulanya mengaminkan doa tersebut menurunkan tangan sebagia tanda 'protest' apabila terdengar jeritan imam meng-KO kan UMNO / BN... Mungkin ini adat budaya Melayu / Islam sebelah Pantai Timor, saya perlu belajar lagi untuk memahami mereka...

"Ya Allah Engkau tentukan lah apa yang terbaik untuk negara ku yang tercinta ini supaya kami dapat beribadah dalam keadaan tenang dan lengkap sempurna segalanya"


Updated on 19/11/2012 :


Pas doa hancurkan UMNO, BN

KUALA LUMPUR 17 Nov. - Pas sekali lagi membuktikan parti itu sanggup memperalatkan agama demi politik apabila mendoakan kehancuran UMNO dan Barisan Nasional (BN) iaitu parti yang telah banyak menyumbang kepada perkembangan syiar Islam di negara ini, ketika Maal Hijrah baru berlalu tiga hari.

Lebih menyedihkan, Pas meminta doa agar Allah SWT menjahanamkan UMNO dan BN sebagaimana Allah memusnahkan Firaun, Qarun, Namrud serta Abu Lahab selepas solat hajat, sempena muktamar parti itu di Stadium Sultan Muhamad IV, Kota Bharu, malam tadi.

Doa Pas yang meminta kehancuran UMNO dan BN itu berbeza sekali dengan seruan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar umat Islam di negara ini menghayati sifat mulia kaum Muhajirin dan Ansar, demi membina perpaduan serta kekuatan ummah semasa beliau berucap pada sambutan Maal Hijrah, Khamis lalu.

Selain itu, doa yang diketuai Nik Razi Nik Mat, iaitu adik kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut mendakwa UMNO dan BN telah bertindak zalim kepada agama Islam, rakyat serta negeri Kelantan meskipun Malaysia diiktiraf negara Islam paling maju dan komprehensif di bawah pentadbiran kerajaan sekarang.

"Ya Allah...Mudahkanlah perjalanan kami ke Putrajaya, kuburkanlah UMNO dan BN dalam Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 ini (diulang sebanyak tiga kali). Ya Allah...Hukumkanlah UMNO. Ya Allah...Hukumkanlah UMNO dan BN. K.O! BN, K.O! BN, BN K.O!, K.O! BN, BN K.O!, BN K.O! dalam PRU-13 ini Ya Allah.

"Kalau Kamu pernah tenggelamkan Firaun di dalam laut, Kamu izinkan bumi Mu telan Qarun. Ya Allah...Kamu telah laknat Namrud dan begitu juga Abu Lahab. Maka sungguh mudah untuk Kamu menjahanamkan UMNO dan BN dalam PRU-13," doa Nik Razi sebagaimana dipetik dari blog jinggo-fotopages.blogspot.com, hari ini.

Video doa yang berdurasi 4.26 minit itu dimuat naik sendiri oleh blog jinggo-fotopages dan penelitian Mingguan Malaysia ke atas rakaman video berkenaan mendapati hanya peringkat awal dan akhir doa sahaja Nik Razi membaca ayat al-Quran, manakala hampir keseluruhan kandungan doa pula adalah memburukkan UMNO serta BN.

Dalam pada itu, pengendali blog jinggo-fotopages yang membuat liputan semasa solat hajat tersebut memberitahu, ramai kalangan petugas media terkejut dengan doa yang dibaca Nik Razi, menyebabkan mereka berhenti mengaminkan doa kerana tidak sampai hati mahu mendoakan kehancuran saudara seagama.

"Inilah kali pertama kali dalam sejarah hidup saya yang dah pun mencecah 50 tahun mendengar doa sebegini. Terkejut dan tersedak saya dibuatnya. Saya yang tak berparti mempunyai ramai kenalan di sebelah pembangkang dan juga di sebelah pihak kerajaan yang memerintah. Tak sampai hati saya mengaminkan doa tersebut.

"Ramai juga kenalan media yang pada mula mengaminkan doa tersebut kemudian menurunkan tangan sebagai tanda 'protes' apabila terdengar jeritan imam (Nik Razi) mendoa K.O UMNO dan BN," katanya.



1/28
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.

Nasrudin gulung dan jawab kritikan

Venue : Dewan Jubli Perak, MPKB, Kota Bharu, Kelantan

Event : Muktamar Dewan Pemuda PAS

Date : 15/11/2012




Harakah mendapat pembelaan Presiden PAS

Venue : Pusat Tarbiyah Islam Kelantan, Pengkalan Chepa, Kelantan

Event : Muktamar PAS ke 58

Date : 16/11/2012 


Sebagai Presiden Parti, Haji Hadi melakukan perkara betul dalam mempertahankan Harakah dari serangan dari dalam dan luar parti



Friday, 16 November 2012

Demo Pemuda PAS bantah serangan keatas Gaza

Venue : Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kelantan

Event : Demonstrasi Bantahan oleh Dewan Pemuda PAS keatas serangan yang dilakukan oleh 
Rejim Yahudi Israel keatas bumi Gaza, Palestin

Date : 16/11/2012 @ 2.00 pm




1.
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.


Muktamar Pemuda PAS - Doa penutup

Venue : Dewan Jubli Perak, MPKB, Kota Bharu, Kelantan

Event : Perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 58

Date : 14/11/2012 @ 9.00 pm


Rahsia kekuatan ukhwah sesama Pemuda...



Pemuda Kedah tolak usul BERSIH 4

Venue : Dewan Jubli Perak, MPKB, Kota Bharu, Kelantan

Event : Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53

Date : 15/11/2012


Satu tamparan kepada gerakan NGO dan pakatan pembangkang yang cuba mendesak diadakan himpunan BERSIH 4. Pemuda PAS Kedah dengan tegas menolak dan meminta PAS fokus dan tumpukan sepenuh perhatian kepada gerakan menyiapkan parti kearah pilihanraya umum ke 13. Mereka khuatir BERSIH 4 akan memakan diri...



Usul Rombakan Harakah dipersetujui sebulat suara

Venue : Dewan Jubli Perak, MPKB, Kota Bharu, Kelantan

Event : Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53

Date : 15/11/2012


Pemuda PAS Klang dan Putrajaya bidas cara pengurusan Harakah dan mendesak perubahan dan rombakan dilakukan.


Muktamar Pemuda PAS - Harakah ditegur keras

Venue : Dewan Jubli Perak, MPKB, Kota Bharu, Kelantan

Event : Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53

Date : 15/11/2012


KOTA BHARU 15 Nov. - Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat hari ini meluluskan usul mendesak Pas Pusat menstrukturkan semula sidang editorial lidah rasmi parti itu, Harakah bagi ia dapat menterjemahkan aspirasi parti.

Dewan Pemuda Pas juga mendesak supaya sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan untuk menapis dan mengawal kandungan serta pemberitaan Harakah supaya selari dengan dasar parti itu.

Usul yang dibawa oleh Ketua Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Kamaruzzaman Mohamad itu diluluskan dengan majoriti besar oleh para perwakilan pada Muktamar Dewan Pemuda Pas Pusat Ke-53 di Dewan Jubli Perak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) di sini.

Kamaruzzaman berkata, usul itu dibawa selepas pihaknya menyedari bahawa mutu pemberitaan dalam Harakah semakin merosot dan kurang kredibiliti.
"Kita juga menyedari bahawa Harakah semakin jauh dari matlamat asal penubuhannya," katanya. - UTUSAN






Muktamar Pemuda PAS - Deklarasi harta oleh Nasrudin

Venue : Dewan Jubli Perak, MPKB, Kota Bharu, Kelantan

Event : Muktamar Dewan Pemuda PAS ke 53

Date : 15/11/2012


Dewan Pemuda PAS yang memulakan usul pengisytiharan harta oleh calun calun pilihanraya telah mengambil langkah proaktif dengan deklarasi oleh Ketua Pemuda mereka sendiri, Nasrudin Hassan Tantawi. Beliau berkemungkinan besar akan menjadi calun pada PRU akan datang... mana kawasan belum tahu lagi...