Monday, 24 February 2014

Apa salah Anwar jadi MGR ?

Lokasi : Bersebelahan Kuil Mariamman, Taman Delima, Kajang, Selangor

Acara : Santai masyarakat India bersama Anwar Ibrahim

Tarikh : 23/2/2014  @ 2.00 pm



Apa salah Anwar menyanyi dan menari ikut rentak lagu MGR ?.. Ikuti alasan yang diberikan tuan punya badan..


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10
  

Seruan jihad untuk tewaskan Nurul Izzah

Lokasi : Perumahan PDRM Desa Aman 2, Lembah Pantai, Kuala Lumpur

Acara : Kenduri 1 Wilayah Persekutuan bersempena Sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2014

Tarikh : 22/2/2014


Seruan jihad kepada pengundi Perumahan Desa Aman 2 untuk mengganti  Nurul Izzah dengan wakil rakyat BN  pada PRU14 akan datang demi kehidupan dan pembelaan yang lebih baik.


1  Raja Nong Chik, Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai dan Mantan Menteri Wilayah Persekutuan sebelum tewas kepada Nurul Izzah pada PRU13 yang lalu..
 2  Persembahn tempur Baton
 3  Demonstrasi ragut
 4
 5
 6
 7
 8
 10  Sumbangan kepada pelajar-pleajar cemerlang

Hikmah BR1M - Imam baling selipar pun sudah berubah

Lokasi : Sekolah Aminuddin Baki, Kg Pandan, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Pelancaran Peringkat Nasioanl BR1M & i-BR1M

Tarikh : 22/2/2014



KUALA LUMPUR 22 Feb. - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2014 serta i-BR1M yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini akan terus membawa kesejahteraan kepada kehidupan rakyat di negara ini.

Sikap prihatin kerajaan memastikan golongan yang memerlukan bantuan diberi perhatian sewajarnya terutama dengan menyediakan 'jaring' ketika kos sara hidup di negara ini kian meningkat harus dipuji.

Selain membuktikan slogan 'janji ditepati' bukan sekadar slogan semata-mata, kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan ahli akademik melihat pemberian BR1M dan i-BR1M itu memberi mesej yang jelas bahawa teras perjuangan Barisan Nasional (BN) adalah membela rakyat...

© Utusan Melayu (M) Bhd 



Bekas penjawat awam, Imam Hoslan Hussin (imam baling selipar) penyokong tegar PAS yang telah turut menyertai himpunan jalanan Bersih, Blackout dan  pelbagai demo setelah menjadi hukuman penjara setahun kerana menghina mahkamah, kini telah pun insaf dan bersyukur menerima BR1M. Setelah kembali daripada menghantar anak beliau mengaji di Yemen baru-baru ini, beliau telah di jemput  oleh Kementerian Dalam Negeri untuk menjadi Pakar Motivasi kepada banduan-banduan kes dadah dalam penjara. Kalau google kronologi cerita pasal imam selipar ini memang banyak.


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
9
 10

Sunday, 23 February 2014

Ketua AMK pecah tembelang PRK diadakan

Lokasi : Taman Delima, Kajang, Selangor

Acara : Pentas AMK bersama Anwar Ibrahim dan Hadi Awang

Tarikh : 21/2/2014


Beria-ia benar si Shamsul lambung boss dia menjadi ADUN pada 23/3 dan seterusnya menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar pada 24/3/2014... eh tercelupar ke si Shamsul ini sehingga terpecah tembelang sebenar PRK N25 diadakan ???


1
 2
3  Penyerahan borang keahlian PKR oleh 10 bekas ahli UMNO setempat
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10 



Saturday, 22 February 2014

Calon MCA dengan nilai moral tinggi lawan Anwar

Lokasi : Bilek Mesyuarat BN, Tkt 8, Menara Dato' Onn, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media dan pengumuman calun BN untuk PRK N25 Kajang

Tarikh : 21/2/2014


Calon yang bermoral tinggi untuk menentang Anwar Ibrahim. Chew Mei Fun melepaskan jawatan beliau sebagai Ketua Wanita MCA dan semua jawatan dalam kerajaan sebagai membantah Chua Soi Lek yang menjadi Presiden MCA ketika itu. Beliau berbuat demikian kerana isu moral Chua Soi Lek yang terlibat dalam skandal seks dengan penjual bunga...(Rujuk Utusan Malaysia bertarikh 9/4/2010)  Berapa ramai yang sanggup berdiri dan melepaskan segala kemewahan dan jawatan kerana pegangan moral yang tinggi seperti beliau ?

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Friday, 21 February 2014

PERKASA ambil inisiatif pulih perpaduan nasional

Lokasi : Ibupejabat Perkasa, Jalan Lumut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang Media pertama Biro Perhubungan Awam & Perpaduan Antara Kaum

Tarikh : 20/2/2014


Perkasa hari ini mengumumkan penubuhan Biro Perhubungan Awam dan Perpaduan Antara Kaum yang dipengerusikan oleh Laksamana Madya (B) Datuk Mat Rabi Abu Samah. Tujuan utama Biro ini ialah untuk memberi penerangan dan melawan dakyah bahawa Perkasa adalah pertubuhan 'racist'. Ikuti kenyataan penuh Mat Rabi mengenai inisiatif yang telah diambil berhubung isu perpaduan kaum / nasional...



1
 2
 3
 4

Update

Sebentar tadi di MHI (21/2/2014) , Timbalan Pengerusi Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) Lee Lam Thye secara ringkas nya telah menggariskan perkara-perkara terse

1. Mengadakan dialog perpaduan nasional

2. Mendengar suara akar umbi

3. Mencari penyelesaian kepada permasalahan perpaduan 

4. Beri peluang kepada orang ramai menyuarakan pendangan dan maklum balas

5. Road show akan bermula pada 22/2/2014 bertempat di Dewan Bahasa Pustaka dan terbuka kepada orang ramai. Kesemuanya 18 roadshow akan diadakan seluruh Malaysia.

6. Organisasi-organisasi yang telah dikenal pasti akan turut dijemput untuk memberi pandangan dan maklum balas untuk membantu rumusan rangka pelan tindakan

7. Persidangan meja bulat akan diadakan dengan NGO yang telah dikenal pasti untuk berbincang secara rasional didalam mencari penyelesaian isu perpaduan nasional.