Thursday, 28 August 2014

#sinistibai - Hargalah jasa dan pengorbanan Saifuddin

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, KL

Acara : Sembang-sembang bersama Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip

Tarikh : 27/8/2014


Permintaan Mursyidul Am TIBAI kepada Anwar Ibrahim.. Hargai lah jasa dan pengorbanan Saifuddin Nasution yang sanggup membuat kerja-kerja bodoh untuk Anwar. Berikanlah beliau jawatan dalam GLC sekiranya Wan Azizah jadi MB nanti ...  





#sinistibai - Kenapa susah sangat nak akur dengan titah Tuanku ?

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, KL

Acara : Sembang-sembang bersama Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip

Tarikh : 27/8/2014


Mursyidul Am TIBAI musykil dengan kedegilan Anwar Ibrahim untuk mencalonkan nama Wan Azizah sebagai calon tunggal untuk jawatan MB Selangor... Apa tak ada orang lain lagi ke yang layak  ?





Khalid Samad sepatut nya pertahankan perlembagaan bukan hasut

Lokasi : Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur

Acara : Temubual

Tarikh : 27/8/2014


Kandungan laporan Polis

Pada 26 Ogos 2014 saya membaca blog milik Ahli Parlimen Shah Alam YB Khalid Samad di URL http://www.khalidsamad.com/2014/08/video-sidang-media-nama-mb-dan-kuasa.html

Dalam entri beliau bertarikh 22 Ogos 2014, beliau dalam sebuah sidang media telah di laporkan dan menyatakan seperti berikut :-

Kita dapat indicator from the palace, not necessaraly fromt he Sultan himself personally.
Tapi indicator saying that they want more than one name. So PAS kepada konsep itu dan letak nama Wan Azizah dan Presiden dan Timbalan Presiden.

Soalan: Did the source from the palace say siapa..?

Dia tak specify siapa, dia kata mintak lebih dari satu namalah supaya Sultan boleh pilih.

So ada yang bertanggapan bahawa that is not a good precedence pasal kita punya sistem ini ialah sistem constitutional monarchy so we should not give the sultan the power to decide who becomes the MB, solely.

That is an opinion.

So bagi PAS kita kata takpa kita bagi dua nama.

Soalan: So when you said that opion tu, that opion tu express by whom?

In the Internet out there out there, alamaya, everywhere. Alamaya, daripada akademik, Tun Mahathir.

-Pejabat YB Khalid Samad-



Saya membuat laporan polis pada hari ini berdasarkan kenyataan beliau di atas seperti berikut :-

“So ada yang bertanggapan bahawa that is not a good precedence pasal kita punya sistem ini ialah sistem constitutional monarchy so we should not give the sultan the power to decide who becomes the MB, solely.

That is an opinion.”

Saya sesungguhnya percaya dan berkata bahawa kenyataan YB Khalid Samad berkenaan adalah terjumlah kepada satu tindakan menghasut rakyat agar mempersoalkan kuasa Perlembagaan yang di berikan kepada Baginda Sultan Selangor untuk melantik Menteri Besar atas kapasiti beliau sebagai Ahli Parlimen Malaysia dan hasutan beliau ini adalah satu ancaman terhadap institusi Raja berpelembagaan di Malaysia dan  merupakan satu kesalahan jenayah dan berkecenderungan menghasut di bawah Seksyen 3 (3) Akta Hasutan 1948.


Beliau juga perlu di siasat di bawah seksyen 121 Kanun Keseksaan bagi kesalahan Berperang atau mencuba berperang atau menyubahati perang melawan Yang DiPertuan Agung, Raja atau Yang DiPertua Negeri dan jika sabit kesalahan boleh di hukum bunuh atau penjara seumur hidup.

Institusi Raja-Raja Melayu adalah di jamin kedaulatan dan kemuliaannya menurut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Oleh itu sebarang cubaan untuk memperlekehkan institusi beraja ini harus di kenakan tindakan undang-undang dan di hukum sekeras-kerasnya.

Oleh itu saya hadir ke balai ini untuk membuat laporan.

Sekian.



1
 2
 3


#sinistibai - Mursyidul Am TIBAI simpati Khalid Samad diludah

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, KL

Acara : Sembang-sembang bersama Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip

Tarikh : 27/8/2014


Mursyidul Am TIBAI amat bersimpati dengan kejadian yang menimpa Khalid Samad ketika berjalan dari kompleks mahkamah baru-baru ini. Beliau merasakan tidak patut Khalid sekadar di ludah sahaja, tetapi patut diberikan kahak saja... adoi..





#sinistibai - Anwar patut baring atas jalan dan sidang bawah pokok saja

Lokasi : Pinggiran Bukit Jalil, KL

Acara : Sembang-sembang bersama Mursyidul Am TIBAI, Zahid Md Arip

Tarikh : 27/8/2014


Mursyidul Am TIBAI menempelak kenyataan Saifuddin Nasution dan Tony Phua mengenai titah Tuanku Sultan Selangor yang mahukan dua nama calon MB dari setiap parti dalam Pakatan Rakyat dengan mencadangkan Anwar dan PR Selangor meniru apa yang telah dibuat oleh PR Perak setelah kuasa mereka dirempas BN.. Beliau mencadangkan Anwar baring saja diatas jalan dan adakan sidang bawah pokok sebagai tanda protes... 




Wednesday, 27 August 2014

#langkahkhalid - Kebijaksanaan Sultan Selangor mengecewakan PKR

Lokasi : Bilek mesyuarat tkt 22, Bangunan SUK, Shah Alam

Acara : Sidang media oleh Khalid Ibrahim selepas mengadap Sultan Selangor mengenai kedududkan
beliau sebagai MB Selangor

Tarikh : 26/8/2014



 Catatan sidang media :

Min 0.50 - Bacaan kenyataan media dari Istana

Min 3.57 - Kenyataan media Khalid Ibrahim

Min 7.10 - Tuanku tidak menolak nama Azmin dan Kak Wan

Min 7.20 - DAP, PAS dan PKR akan diminta untuk hantar sekurang kurangnya 2 nama calon untuk dipertimbangkan memandangkan Pakatan Rakyat itu bukan nya satu entiti

Min 8.45 - Pejabat Sultan akan mengutus surat kepada 3 parti berkenaan untk meminta nama-nama calon

Min 10.30 - Tidak perlu pembubaran DUN atau undi tidak percaya kerana Sultan masih berusaha untuk mencari jalan penyelesaian

Min 11.05 - Penjelasan mengenai lebih daripada 2 nama calon..

Min 15.10 - Terpulang kepada Istana untuk menerima atau tidak ADUN yang bukan anak jati Selangor sebagai MB

Min 16.00 - Isu pembubaran DUN tidak akan timbul sekiranya isu perlantikan MB dapat diselesaikan.

Min 16.45 - Khalid akan terus bertugas sebagai MB bersama 4 EXCO PAS sehingga perlantikan MB baru dibuat.

Min 17.20 - Khalid letak jawatan kerana "DIA ORANG TAK NAK SAYA DAH"  

Min 17.50 - Tuanku tidak sentuh langsung mengenai isu calon wanita. Tujuan Khalid mengadap hanya untuk serah surat perletakan jawatan

Min 18.28 - DAP mencalonkan Khalid sebagai calon MB walaupun beliau bukan ahli DAP

Min 19.05 - Sekiranya Khalid memenuhi desakan perletakan jawatan maka tidak timbul lah isu pembubaran DUN..  Khalid memang sudah tekad meletakkan jawatan...

Min 19.58 - Khalid tidak akan terima sebarang tawaran untuk menjadi MB Selangor. Beliau amat gembira dilepaskan dari jawatan tersebut.

Min 20.33 Tindakan undang-undang keatas Saifuddin akan tetap diteruskan




1
 2
 3
 4
  5
 6
 7
  8
 9
 10

Monday, 25 August 2014

PAS ikut saja titah Sultan Selangor mengenai perlantikan MB

Lokasi : Ibupejabat PAS, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur

Acara : Sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

Tarikh : 25/8/2014



Jawatankuasa Kerja Pusat PS hari ini bermesyuarat dan hanya membuat kenyataan media seperti berikut:

-".... bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan Menteri Besar Selangor."

Isu 13 ADUN PAS yang tdak menandatangani Akuan Berkanun menyokong Wan Azizah telah disebut didalam mesyuarat tetapi telah menjadi 'redundant' memandangkan pendekatan yang telah diambil untuk menyerahkan isu MB bulat-bulat kepada Tuanku Sultan.

Mengenai PRK Pengkalan Kubur, perbincangan antara komponen Pakatan Rakyat perlu diadakan dan bukan kata putus PKR semata-mata.  


1
 2
 3
 4
 5
 6

#langkahkhalid - Ketua cabang Pasir Mas kena gantung keahlian

Lokasi : Istana Alam Shah, Kelang

Acara : Gabungan NGO yang menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor menyerahkan watikah
kepada wakil Sultan Selangor untuk memohon Sultan membenarkan Khalid sambung tugas sehingga
tamat tempoh.

Tarikh : 23/8/2014


Gara-gara menghadiri himpunan aman bagi menyatakan sokongan kepada Khalid Ibrahim pada 20/8/2014, Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Datuk Dr Wan Suhaimi Wan Daud telah digantung keahlian beliau dalam PKR. Surat rasmi belum diterima. Beliau hanya mengetahui status keahlian beliau apabila tidak dibenarkan mendaftar untuk hadir di Kongres Keadilan Nasional ke-10 di Stadium Melawati, Shah Alam.


1 & 2 Gambar semasa Himpunan Aman menyokong Khalid Ibrahim pada 20/8/2014
2


Sekitar Kongres Nasional Keadilan ke-10 - Sesi Penggulungan

Lokasi : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Acara : Kongres Keadilan Nasional ke-10, tahun 2014 -- penggulungan

Tarikh : 24/8/2014




1 ~ 75  Tian Chua mendapat pehatian Kak Wan.. Bila lah dia nak kawen ?
 2
 
  3
 4  Nurul Izzah
 5
 6
 7
8
 9
10


Sunday, 24 August 2014

Sekitar Kongres Nasional Keadilan ke-10

Lokasi : Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor

Acara : Kongres Keadilan Nasional ke-10 Tahun 2014

Tarikh : 23/8/2014



1 ~ 67
 2
 3
 4
 5
 6
 7
8 
 9
 10

#langkahkhalid - Makin banyak NGO rujuk kepada Sultan Selangor

Lokasi : Istana Alam Shah, Kelang

Acara : Gabungan NGO yang menyokong Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor menyerahkan watikah
kepada wakil Sultan Selangor untuk memohon Sultan membenarkan Khalid sambung tugas sehingga
tamat tempoh.

Tarikh : 23/8/2014


NGO-NGO yang hadir antara lain ialah :

PASMEB - Persatuan Anak-anak Selangor Sokong Menteri Besar
ARAS - Angkatan Rakyat Sedar
GRABS - Gerak Rakyat Aras Bawahan Selangor
SAKI - Solidariti Abdul Khalid Ibrahim
SAUK - Suara Akar Umbi Keadilan
SGMM - Suara Guru Masyarakat Malaysia
PBTTB - Persatuan Bekas Tentera Tak Berpencen
PBPPR - Persatuan Bekas-Bekas Pegawai Risikan


  1
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12