jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Lokasi : Port Dickson Golf & Country Resort, Negeri Sembilan
Acara : Sidang media Permuafakatan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Malaysia
Tarikh : 21/11/2015
Ketua #sepangrebels , Rushdan Mohamed mendakwa beliau hanya tewas satu undi dalam pemilihan Ketua Bahagian yang lalu dan beliau tidak pula pernah bertanding dalam G7 seperti yang didakwa Datuk Marsum. Siapa ynag membohong sebenarnya ? atau Marsum sendiri tidak mengenali lawan beliau ?
Rushdan Mohamed, Ketua UMNO Cawangan Rista Villa Perdana
Lokasi : Port Dickson Golf & Country Resort, Negeri Sembilan
Acara : Sidang media Permuafakatan Ketua-Ketua Cawangan UMNO Malaysia
Tarikh : 21/11/2015
Seramai 34 Ketua-Ketua UMNO Cawangan dari serata Malaysia telah membuat perhimpunan dan mesyuarat koordinasi, susulan daripada perkumpulan 13 Ketua-Ketua UMNO Cawangan Teluk Kemang yang dibuat dilokasi yang sama pada 24/10/2015 yang lalu.
Kumpulan ini yang mendakwa mempunyai sokongan lebih 5,000 daripada 22,000 Ketua-Ketua Cawangan UMNO seluruh Malaysia ada perancangan untuk mengadakan satu perhimpunan / permukiman besar sebelum penghujung tahun.
Ikuti rakaman kenyataan penuh oleh Ketua Cawangan UMNO Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin yang menggariskan tiga tuntutan berikut :
1. Najib razak berundur sebagai Perdana Menteri Malaysia
2. UMNO tidak mengambil sebarang tindakan disiplin keatas Tan Sri Mahyuddin atau sesiapa sahaja ahli UMNO hanya semata-mata kerana mereka mengkritik kepimpinan parti.
3. UMNO tidak menangguh dan mengadakan pemilihan parti mengikut jadual yang asal.
Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)
Tarikh : 14/11/2015
Ikuti cerita sebenar mengapa Tun Dr Mahathir berjumpa dua kali dengan kumpulan G25 yang pada kali kedua nya mendapat komen negatif dan celaan oleh Taufik Tun Ismail.
Menurut Tun M, beberapa NGO Cina berjumpa beliau dengan tujuan hendak menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Najib Razak melalui protes jalanan. Tun M berpendapat bahawa sekiranya hanya NGO Cina sahaja yang terlibat, maka mudah lah bagi pihak yang menyokong Najib untuk mengeksploitkan protes tersebut menjadi isu perkauman seperti yang telah kita lihat dalam Himpunan Baju Merah.
Tun M berpendapat lagi baik sekiranya protes tersebut diwakili oleh pelbagai kaum. Dalam usaha mendapat pandangan orang ramai melalui NGO atau perkumpulan yang credible beliau telah berjumpa G25 sebanyak dua kali. Ikuti penerangan beliau.
Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)
Tarikh : 14/11/2015
Apa saja alasan lain yang cuba diberikan oleh pelbagai pihak terutamanya pihak Barat, Tun Dr Mahathir berpegang teguh kepada pandangan beliau bahawa punca sebenar serangan militan Islam adalah berpunca dari ujud nya negara Israel. Ikuti penerangan Tun Dr Mahathir mengenai konsep perjuangan yang diguna oleh militan Islam dalam menghadapi musuh yang lebih berkuasa.
Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)
Tarikh : 14/11/2015
PROTON tidak pernah mendapat sebarang bantuan kewangan dari kerajaan dan hanya mendapat pengecualian eksais duty seperti mana juga pembuat dan pengeluar lain yang mengeluarkan kereta dalam negara. Malah kerajaan masih berhutang sebanyak RM150 juta dalam bentuk rebat keatas perbelanjaan R & D.
PROTON masih belum mendapat penerangan terperinci mengenai apa yang akan berlaku kepada industri automotif negara selepas #TTPA ditandatangani.
Sebelum itu Tun Dr Mahathir telah melancarkan secara rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)
Lokasi : Auditorium Tuanku Abdul Rahman, MATIC, Kuala Lumpur
Acara : Majlis Pelancaran Program Komunikasi Wanita Nasional (KAWAN)
Tarikh : 18/11/2015
Wanita UMNO mengambil inisiatif memperkayakan ahli Wanita dengan penguasaan bahasa lain selain Bahasa Melayu dan Inggeris. Tujuan besar nya ialah untuk mendekati para pengundi bukan Melayu. Buat permulaan program Bahasa Mandarin telah dimulakan pada peringkat Sekretariat Wanita UMNO dengan pensijilan 44 daripada 50 kakitangan yang mengambil bahagian. Wanita UMNO juga turut melancarkan PROGRAM KOMUNIKASI WANITA NASIONAL (KAWAN) yang menjadi induk kepada program penguasaan bahasa asing ini.