Showing posts with label proton. Show all posts
Showing posts with label proton. Show all posts

Saturday, 21 November 2015

#TPPA - PROTON bakal merana

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Majlis Pelancaran Rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis)

Tarikh : 14/11/2015



PROTON tidak pernah mendapat sebarang bantuan kewangan dari kerajaan dan hanya mendapat  pengecualian eksais duty seperti mana juga pembuat dan pengeluar lain yang mengeluarkan kereta dalam negara. Malah kerajaan masih berhutang sebanyak RM150 juta dalam bentuk rebat keatas perbelanjaan R & D.

 PROTON masih belum mendapat penerangan terperinci mengenai apa yang akan berlaku kepada industri automotif negara selepas #TTPA ditandatangani.

Sebelum itu Tun Dr Mahathir telah melancarkan secara rasmi Pertubuhan Perintis Malaysia (#MyPerintis) 



1
 2
 3
Dato' Lawrence Low, Pengasas #MyPerintis
 4
 5
Gimik pelancaran #MyPerintis
 6
Gimik pelancaran #MyPerintis
 7
Gimik pelancaran #MyPerintis
 8
Gimik pelancaran #MyPerintis
 9
Penyampaian penghargaan 
 10
Penyampaian penghargaan 

Thursday, 9 July 2015

Iftar warga PROTON bersama Tun Dr Mahathir & Tun Siti Hasmah

Lokasi : Kilang Proton, Shah Alam, Selangor

Acara : Iftar warga PROTON bersama Tun Dr Mahathir & Tun Siti Hasmah

Tarikh  : 8/7/2015



Tun Dr Mahathir menganggap PROTON sudah pun menguasai teknoloji pembuatan otomotif walaupun baru menceburi bidang ini selama 30 tahun, suatu tempoh yang muda bagi industri ini. Beliau berharap PROTON akan dapat berusaha lebih untuk menyingkatkan tempoh dari peringkat rekabentuk sehingga ke proto-type dan final roll-out daripada tempoh empat tahun bagi model-model sebelum ini.  Ikuti jawapan Tun M dalam sidang media yang diadakan sebelum solat Isyak.



1
 2
 3
 4
 5
  6
 7
 8
 9
 10

Wednesday, 1 July 2015

Iftar Kesatuan Pekerja-Pekerja PROTON bersama Tun Dr Mahathir

Lokasi : Concorde Hotel, Shah Alam, Selangor

Acara : Iftar Kesatuan Pekerja-Pekerja PROTON bersama Tun Dr Mahathir dan Tun Siti Hasmah

Tarikh : 30/6/2015



Hari ini Tun Dr Mahathir bersamaTun Dr Siti Hasmah diraikan ke majlis Iftar bersama wakil-wakil Kesatuan Pekerja -Pekerja PROTON. Mereka terdiri daripada wakil-wakil dari kilang di Shah Alam, Tanjung Malim dan Bahagian Pemasaran.

Selepas solat Maghrib berjemaah, wakil-wakil yang hadir telah diberi peluang untuk beramah mesra dan berdialog dengan Tun Dr Mahathir selepas beliau menyampaikan ucapan yang berlegar sekitar isu kesyukuran dan perpaduan dan jatidiri dikalangan umat Islam di tanahair. 

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 7 December 2014

Tak ada rakyat Malaysia yang layak jadi CEO MAS ?

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penyampaian hadiah pemenang reka cipta Proton 2014

Tarikh : 6/12/2014


"Pendapat saya orang Malaysia ni bodoh tak tahu urus (syarikat) penerbangan, sebab tu rugi... bila rugi orang yang buat bagi rugi tu sekarang ni nak perbaik balik... OK ka ?"
....Tun Dr Mahathir



Di fitnah dan di kritik adalah perkara biasa bagi seorang Perdana Menteri

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penyampaian hadiah pemenang reka cipta Proton 2014

Tarikh : 6/12/2014

"That is his right (untuk saman atau ambil tindakan undang undang) but as a politician being attacked and being criticised, fitnah by people is normal... pergi court bagi saya tak guna  tapi bagi PM berguna lah...  saya dulu saya tak report (pi court)  saya jawab laah...kalu saya buat benda yang betul apa nak takut, orang tak akan percaya..  pendapat saya orang Malaysia nih bodoh tak  tahu nak urus (syarikat) penerbangan, sebab tu rugi... bila rugi orang yang buat bagi rugi tu sekarang ni nak perbaik balik.. OK tak ?"...Tun Dr Mahathir




Amerika cermin lah diri sendiri dulu dalam isu Akta Hasutan

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penyampaian hadiah pemenang reka cipta Proton 2014

Tarikh : 6/12/2014


"US punya Vice Presiden ini patut perhati negeri kerajaan sendiri. Mereka masih boleh masuk dalam tahanan tanpa bicara sampai lebih daripada sepuloh tahun dan mereka kena dera, torture Itu keadaan mereka Bukan saja itu mereka boleh tanpa memberi tahu orang tertentu yang jadi sasaran  mereka boleh buat keputusan tanpa bicara untuk membunuh orang itu mereka akan hantar drone untuk membunuh  actually they passed life sentence on people who don't even know that they have been 
sentenced to death. Tiba tiba drone datang tembak mati Ini lah negara yang mengajar kita rule and sanctity of law.. balik lah dia nak suruh kita ketepikan court dan kerajaan Suruh lepas Anwar pasai dia nak jadi Perdana Menteri. Itu pasai yang tu dia punya hal lah dia nak dia nak lah, tetapi kita tak nak".... Tun Dr Mahathir



Tun Dr Mahathir harap kerajaan tidak tanda tangan TPPA

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur


Tarikh : 6/12/2014


"Saya harap kerajaan tak tandatangan TPPA ini kerana benda-benda dalam itu kalau kita sign kita terdedah kepada macam-macam tindakan termasuk syarikat-syarikat asing boleh sue kerajaan untuk berbilion billion ringgit. Jadi benda ini dicadang dipropose oleh negara Amerika untuk kepentingan Amerika bukan untuk kepentingan kita. Sebab itu kita sekarang ini berdagang kadang kadang sampai  *****nation in the world without any TPPA , without any agreement. So saya fikir agreement ini memang bercadang untuk kepentingan diri dia bukan untuk kita secara keseluruhan nya. Saya harap kerajaan tidak menandatangani.  Kita akan cuba untuk bersaing. Kita nak kena bersaing.. dengan AFTA ni pun satu masalah lepas tu kita kena bersaing dengan Amerika, Amerika bukan kecik. Dia besar. Dia tiap-tiap tahun keluar 11 juta kereta, kita (Proton) keluar 150,000 kereta saja. Jadi kita handicap lah. But nevertheless kalau nak bersaing kita kena cari jalan lah macam mana nak hidup".. ...Tun Dr Mahathir




Proton kaji semula strategi jualan Suprima S

Lokasi : Solaris Dutamas, Kuala Lumpur

Acara : Majlis penyampaian hadiah pemenang reka cipta Proton 2014

Tarikh : 6/12/2014



Prospek Proton Cerah Berikutan Permintaan Tinggi Kereta Mampu Milik


1
 2 Ucapan aluan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Dato' Abdul Harith Abdullah
 3
 4  Pemenang hadiah utama, Pow Ying Hern (25) menerima T-shirt pemenang di samping tunai RM3,000 dan sebuah Mac Book Pro. Beliau adalah pemegang Ijazah Product Design dari Nanyang Technological University, Singapore dan memperolehi Sarjana dalam Car Design Course dari Domus Academy  Milan, Italy.
 5
 6
 7
 8
 9
 10

Sunday, 30 March 2014

Tun Dr Mahathir - Negarawan yang juga jurujual bertaraf global

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Beruntung nya kita hidup sezaman dengan negarawan ulung yang telah mengharumkan nama Malaysia di persada dunia. Bukan sahaja berkelayakan sebagai seorang Doktor, beliau juga mempunyai pengetahuan yang amat luas dalam segala hal. Permotoran adalah salah satu bidang yang beliau amat minati. Beliau mampu memberi penerangan yang jelas mengenai teknoloji permotoran dan konsep terbaru dalam industri tersebut. Memang selayaknya Tun Dr Mahathir menjadi Penasihat kepada Proton.

Video 1 : Ciri keselamatan kenderaan Proton memenuhi piawaian dunia
(sila guna headphone untuk lebih jelas)

Video 2 : Pandu ujilah Preve dan Inspira yang setaraf kereta import
(sila guna headphone untuk lebih jelas)




Cina bijak berpolitik, ada Melayu pula gila nak jadi Perdana Menteri

Lokasi : Hotel Istana, Kuala Lumpur

Acara : Hi-tea Alumni UUM bersama Tun Dr Mahathir - 30 tahun Tun bersama UUM

Tarikh : 29/3/2014


Melayu berpecah tiga dan Cina pulak bijak berpolitik... Tun Dr Mahathir pernah 'diajar' minoriti Cina dalam berpolitik... Ada Melayu pula tergila gila dan buat macam-macam kerana nak jadi Perdana Menteri.. Ikuti cerita Tun bagaimana pula beliau menjadi Perdana Menteri... (sila guna headphone untuk lebih jelas)


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12
 13
 14