Friday 19 December 2014

Penjawat awam diingat tidak sebar dokumen kerajaan di laman sosial

Lokasi : Dewan Canselor, Universiti Malaya, Kuala Lumpur

Acara : Perasmian Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun


Penjawat awam di negara ini diingatkan tidak menyebarkan sebarang maklumat serta dokumen berkenaan kerajaan di laman sosial bagi menjamin keselamatan negara, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

Beliau berkata perkara tersebut tidak harus diambil ringan berikutan ia membabitkan kedaulatan dan keamanan masyarakat di negara ini.
"Sebagai penjawat awam kita diberi amanah dan kepercayaan yang tinggi dalam melaksanakan tugas masing-masing.

"Kita perlu patuh dengan peraturan dan undang-undang yang sedia ada," katanya selepas merasmikan Persidangan Kebangsaan Badan Berkanun di Universiti Malaya di Kuala Lumpur, hari ini.

Persidangan bertemakan "Cabaran dan Masa Depan Agensi Badan Berkanun" selama dua hari sehingga esok itu dihadiri seramai 600 peserta daripada 100 agensi badan berkanun. – Bernama, 18 Disember, 2014.

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
Pegawai dan kakitangan kerajaan dinasihat jangan jadi Pak Turut dan hanya mengikut membabi buta walaupun mereka sedar dan mengetahui orang atasan mereka melakukan kesilapan. Mereka mesti berani menegur..

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17  Gimik pelancaran
 18
 19
 20
 21 ~ 23 Cenderahati kepada penaja... wakil Bank Rakyat
 22  Wakil PKNS
 23  Wakil Karangkraf
 24
 25
 26


3 comments:

  1. cakap lebih pun tak guna..jangan tak bercakap je..
    bukan berani ambil tindakan pun..lembekkkk

    ReplyDelete
  2. selalu yang sebar ni semua orang politik... masakan kerja2 perolehan di kementerian, jabatan semua orang politik tahu... siapa yang patut diingatkan ni pak nan?

    ReplyDelete
  3. Ku Nan mulut bunyi ganas, tapi hati baik dan dia mean business.

    ReplyDelete