Google+ Followers

Monday, 9 February 2015

Hanya kesepakatan INTERIM dicapai menjelang keputusan kes liwat 2

Lokasi : Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut, KL

Acara : Sidang media selepas Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat

Tarikh : 8/2/2015


Mesyuarat yang dinanti nantikan akhir nya berjaya diadakan di Pejabat Agung PAS petang tadi. Semua orang yang dikira penting dalam parti masing-masing diakui hadir termasuk lah Presiden PAS, Haji Hadi Awang.  Tetapi atas alasan beliau mempuyai atur cara lain yang lebih penting, Haji Hadi tidak turut hadir dalam sidang media selepas mesyuarat bersama tersebut.

Kenyataan media yang dibacakan oleh Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng hanya menunjukkan satu kesepekatan longgar yang bersifat INTERIM atau sementara yang akan ditentukan kesinambungan nya selepas Mahkamah membuat keputusan kes Liwat 2.0.

Anatara perkara yang dibacakan dalam sidang media yang berjalan tak sampai 5 minit ini adalah :-

1. Mesyuarat bersetuju semua keputusan dibuat atas dasar muafakat bersama

2. Mesyuarat khas untuk memutuskan hal Enakmen Jenayah Syariah 2 dan Peilihanraya Pihak Berkuasa Tempatan akan diadakan melalui Konvesyen Khas pada 10/5/2015

3. Menjelang keputusan mahkamah ketiga-tiga parti memberi jaminan perjuangan Pakatan Rakyat akan diteruskan Satu mesyuarat tergempar akan dibuat sebaik selepas keputusan mahkamah Kes Liwat 2.0 diterima.

  



1
 2
 3
 4
 5
 6
 7