Google+ Followers

Sunday, 29 March 2015

PDRM masih mengizinkan #KitaLawan menyusahkan wargakota

Lokasi : Jalan Ampang berhadapan dengan British Council

Acara : Demonstrasi #KitaLawan

Tarikh : 28/3/2015


Secara teknikal pendemo telah mencapai kejayaan besar hari ini walaupun berdepan dengan tindakan menahan reman segala macam individu yang dianggap menjadi penganjur atau menjuarai #KitaLawan oleh PDRM.. Penganjur boleh mendabik dada dan memohon peruntukan yang lebih dari sponsors untuk penganjuran satu lagi program besar pada 1/5/2015. Dimana silap nya strategi PDRM ?

Ramai dikalangan wakil media yang terpinga pinga cuba mencari jawapan dan rasional mengapa Ketua Aktivis Jingga13, Fariz Musa tidak ditahan reman sedangkan beliau lah yang menjadi dalang utama dalam penganjuran #KitaLawan sejak dari mula lagi.. 

Mengapa melakukan segala macam tangkapan termasuk kejadian 'menculik' Hishamuddin Rais dan melalui segala macam publisiti buruk tetapi masih gagal menghalang demonstrasi pada hari ini. Kalau nak diberikan kelonggaran pun cukup lah sekadar berdemo di SOGO, mengapa biarkan mereka ini berarak sehingga kepinggir KLCC ? Adakah Fariz Musa seorang 'snitch' atau tali barut Polis yang dibiarkan bergerak dalam Jingga13 dan 'makan dari dalam' ?

Hari ini seorang kakitangan warga asing dari British Council telah 'mengamuk sakan'  dengan bersemuka pendemo secara bersendirian. Beliau begitu marah kerana pendemo telah menyebabkan kesusahan kepada pelajar dan ibubapa yang ingin mengambil anak-anak mereka dari British Council. Laporan boleh diperolehi di Pendidik British Council berang dengan peserta #Kita Lawan

Bottomline.... #KitaLawan kali ini menyerlahkan perpecahan dalam arah tuju dan fokus gerakan jalanan pihak penganjur. Ianya dimulakan dengan #March2Freedom bagi tujuan pembelaan dan solidariti bersama Anwar Ibrahim. Keluarga Anwar begitu aktif mengambil bahagian dalam setiap siri himpunan pada peringkat awal.

Hari ini tiada kelihatan langsung kelibat Nurul Izzah atau mana-mana adik beradik mahupun ibu beliau. Isu Anwar pun sudah tidak lantang dibawa pendemo. Mereka berpecah dan membawa isu masing-masing dari Pecat IGP, 1MDB, GST dan majlis perkahwinan anak Rosmah dan Najib.

Jelas sekali Anwar sudah tidak relevan.. Isu pemenjaraan beliau hanya digunakan sebagai palam untuk kick-start program bantahan dijalanan bagi menjatuhkan Najib. Sekaranglah masa nya pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat dapat peluang menonjolkan diri dan keluar dari bayangan Anwar Ibrahim.


1  Altantuya dan Jho Low pun diheret kejalan
2
 3
 4  Manimaran , MP Kapar berucap
 5
 6
 7 Dua lapisan GD dan dua lapisan SB berjaga jaga takut KLCC dirempuh pendemo
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14  Ketua Aktivis Jingga13, Fariz Musa berucap ringkas
 15
 16  Mandeep Singh, Aktivis #KitaLawan
 17
 18  Menyemak lagi Auntie Bersih ..