Google+ Followers

Tuesday, 5 May 2015

PRK P.44 - Calon PKR gagal hadir majlis kali kedua, Timbalan KM naik angin

Lokasi : Kovil Taman Sutera, Seberang Jaya

Acara : Hi-tea bersama calon PKR

Tarikh : 5/5/2015


Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Prof Dr P.Ramasamy bersmaa sama beberapa wakil rakyat berkaum India telah awal awal lagi hadir di lokasi majlis sejak jam 5.30 pm. Mereka menanti selama sejam setengah sehinggalah MP Kapar, G.Manimaran tiba untuk mewakili Kak Wan. Ketika itu Ramasamy sedang berucap.

Ramasamy tidak dapat menahan marah apabila beliau dengan lantang berkata kepada Manimaran untuk memberitahu Kak Wan supaya serius menjalankan tanggungjawab beliau sekiranya menang nanti. Jangan  hanya singgah sekali sekala ibarat 'touch and go'. "You will see the ugly side of me" tambah Ramasamy.

Menurut Ramasamy ini kali kedua Kak Wan gagal hadir dalam majlis yang melibatkan masyarakat India di P.44. Menurut laporan yang saya terima Kak Wan tidak hadir di majlis kebudayaan kaum India yang diadakan di Seberang Jaya malam semalam.

Alasan yang saya terima dari team media Selangor, Kak Wan mengalami demam sejak dua hari yang lalu dan telah membatalkan beberapa perogram yang diatur untuk beliau.



1
 2
 3
 4
 5
 7