Sunday, 24 May 2015

Isu Morsi - Himpunan gagal tarik sambutan

Lokasi : Berhampiran Kedutaan Mesir, Kuala Lumpur

Acara : Demonstrasi Kecam Hukuman Mati Ke Atas Presiden Morsi

Tarikh : 22/5/2015


Perhimpunan yang dijangka kan 'besar-besaran' pada skala PAS gagal menarik jumlah yang boleh dibanggakan walaupun acara ini turut menggabungkan PKR & DAP termasuk juga NGO-NGO seperti ANAK, Jingga13, ABIM , GAMIS, ABIM & MAPIM

PERKASA yang turut menghantar memo bantahan kekedutaan Mesir memilih untuk tidak bersama kumpulan ini kerana ingin kekal sebagai sebuah NGO yang menghantar protes dan bukan nya entiti yang terlibat dengan parti politik.


KENYATAAN MEDIA 

Demonstrasi Kecam Hukuman Mati Ke Atas Presiden Morsi

21 Mei 2015

Tindakan Mahkamah Mesir menjatuhkan hukuman mati ke atas Presiden yang dipilih secara demokratik oleh rakyat iaitu Dr Morsi merupakan tindakan yang langsung tidak boleh diterima. Lebih jauh, hukuman ini wajar dikecam kerana secara jelas menghina lunas manusiawi dan langsung menidakkan ciri-ciri perikemanusiaan yang seharusnya digenggam oleh negara bangsa yang bertamadun.

Lantas pada hari esok, selepas Solat Jumaat, satu demonstrasi besar-besaran akan diadakan bagi mengecam dan membantah hukuman tersebut dan akan bermula di Masjid Hotel De Palma Ampang. Antara NGO dan pertubuhan yang telah bersetuju untuk turut serta dalam demonstrasi esok ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), NGO IKRAM, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), MAPIM, Persatuan Mahasiswa Islam UM (PMIUM), Pro Mahasiswa (Pro M), Jingga 13, Persatuan Anak Peneroka FELDA (ANAK), Malaysian4Egypt, DAP, PKR dan PAS.

Pemuda PAS Malaysia menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk turun ke demonstrasi esok bagi menyuarakan bantahan terhadap tindakan kejam Mahkamah Mesir ini. Kita yakin dan percaya, pembunuhan atas nama 'hukuman mahkamah' ini tidak akan berakhir. Selepas ini akan ada siri-siri hukuman terhadap pihak yang pernah menggulingkan rejim Hosni Mubarak dahulu.

SUHAIZAN KAIAT
KETUA PEMUDA PAS MALAYSIA


Whats is R4BIA in WIKI

1
Tian Chua 
 2
Nik Nazmi (AMK) dan Suhaizan Kaiat (DPPM)
 3
 4
 5
Imam Hoslan Hussin (imam baling selipar) penyokong tegar PAS turut hadir
 6
 7
 8
 9
Tian Chua & Kamaruddin Jaafar
 10
 11
 12
 13
 14


4 comments:

  1. Selagi ada Cina DAP dok berlakon sama selama itulah PAS tak boleh diharap.

    ReplyDelete
  2. Cerita sempoi, foto pun jelas dan menarik. Terima kasih tuan blogger.

    ReplyDelete
  3. Baru hari ini aku tahu apa signifikasi logo tapak tangan R4BIA. T.kasih atas perkongsian maklumat

    ReplyDelete
  4. Bila pula puak HIPOKRIT ni semua nak buat demo bESARAN utk. BUMIPUTERA Myanmar ISLAM Rohingya yg. bukan shj. diTINDAS tetapi juga sedg. diSASARkan utk. diBUNUH dlm. GENOSID oleh puak PENGGANAS KAPIRDAJAL-EJEN-Barat/Zionis?!

    Harini baru keluaq berita kubur besaran dijumpai di sempadan Thailand-Pdg. Besaq; dan juga si PENGGANAS PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI-eng-SIAL MENNGERTAK tak nak bagi Tanah K'jaan negeri utk. kem pelarian ROHINGYA! Si puak PENDATANG PENGGANAS RASISBANGKAI ni ingat NEGARA ISLAM ni yg. termasuk P. Pinang, BAPA depa punya! PI MAMPOS!!!!!!!!!!!!!!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete