Wednesday, 13 May 2015

DBKL beri sumbangan untuk kegiatan Persatuan Penduduk dalam WP & KL

Lokasi : Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur

Acara : Majlis Penyampaian Sumbangan kpd Persatuan Penduduk WPKL 2015

Tarikh : 12/5/2015



Sumbangan tahunan yang bermula dari tahun 2007 merupakan insentif untuk membantu memperkasakan Persatuan Penduduk dalam melaksanakan program dan aktiviti kepada masyarakat setempat dibawah seliaan Persatuan.

Sumbangan yang bermula dari RM5,000 telah dinaikkan kepada RM12,000 pada tahun 2012 kepada setiap Persatuan Penduduk. Bagi tahun 2015 jumlah sumbangan yang diperuntukkan untuk 326 Persatuan Penduduk berjumlah RM3.2 juta.

Jumlah sumbangan yang diterima oleh setiap Persatuan Penduduk pada majlis ini ialah RM9,000 setelah ditolak sumbangan RM1,000 kepada Tabung Bantuan Pasca Banjir Yayasan Wilayah Persekutuan.

Kriteria  penerima sumbangan

1. Persatuan Penduduk yang berdaftar dengan ROS dan tidak berstatus 'batal'
2. Persatuan Penduduk yang berbentuk 'locality' dan semua ahli tinggal dikawasan yang sama
3. berdaftar dengan DBKL melalui Jabatan Pengurusan Perumahan dan Pembangunan Komuniti.
4. Persatuan Penduduk yang bebas  daripada siasatan Jabatan ekoran aduan berkaitan penyalahgunaan bantuan / peruntukan daripada DBKL


1
 2
 3
 4
 5
 6
7
 8
 9
 10

11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
24
 25
 26


No comments:

Post a Comment