Friday 29 May 2015

FELCRA mencuba nasib dalam perniagaan hartanah kommersial

Lokasi : Tapak pembangunan Menara FELCRA, Jalan Yahya Petra (Jalan Semarak) , KL

Acara : Pelancaran Menara FELCRA

Tarikh : 28/5/2015


KENYATAAN AKHBAR

KHAMIS, 28 MEI 2015



“MENARA FELCRA” TITIK PERMULAAN FELCRA BERHAD MENEROKAI PEMBANGUNAN HARTANAH

Dengan pelancaran Menara FELCRA yang disempurnakan dengan rasminya oleh Y.A.B. Perdana Menteri hari ini, maka ianya secara tidak langsung memberi isyarat bahawa FELCRA Berhad kini lebih gah dan bersedia untuk melangkah ke tahap lebih tinggi dengan menceburi bidang pembangunan hartanah.

Menara FELCRA yang terletak di Jalan Semarak ini terdiri daripada menara pejabat setinggi 35 tingkat, 'service apartment' setinggi 43 tingkat dan pusat komersial yang meliputi pusat membeli-belah serta auditorium dan dewan bankuet  untuk acara-acara keramaian. Lokasi strategik Menara FELCRA yang berada di tengah-tengah ibukota Kuala Lumpur ini bakal menjadi tumpuan kerana ia menawarkan pelbagai kemudahan dan kelebihan yang menepati cita rasa warga kota.

Ruang pejabat di Menara FELCRA dari aras 8 – 20 akan dibuka untuk sewaan kepada syarikat-syarikat dalam atau luar negara. Aras 22 – 33 pula akan digunakan sendiri oleh FELCRA Berhad yang dapat menampung sekitar 1,000 orang kakitangan. Kelebihannya di menara pejabat ini ialah di 2 tingkat teratas direkabentuk untuk dapat dijadikan tingkat eksklusif 'Sky Lounge' bagi menikmati pemandangan kotaraya Kuala Lumpur khasnya pada waktu malam.
  
Pusat komersial 4 tingkat yang menjanjikan ruangan perniagaan dan rekabentuk yang selesa dapat menampung sekitar 80 unit kedai-kedai yang ditawar untuk disewa. FELCRA Berhad sememangnya ingin bekerjasama dengan mana-mana 'penyewa induk' yang dapat memberi tawaran yang terbaik dari segi harga dan mutu peragaan.

Dewan auditorium pula boleh yang dapat digunakan untuk acara-acara rasmi yang memuatkan 500 orang serta dewan bankuet yang dapat memuatkan 1500 orang dijangka bakal memberi FELCRA Berhad pulangan yang baik lebih-lebih lagi dengan kedudukan lokasi yang strategik untuk melakukan apa-apa majlis keramaian.

Tiga segmen pembangunan ini akan diuruskan oleh FELCRA Properties Sdn. Bhd. dan hanya “service apartment' yang akan dibuka untuk jualan. Apartment ini mengandungi 480 unit dengan keluasan dari 790 kaki persegi sehingga 1,350 kaki persegi. Rekabentuk apartment yang seperti huruf 'C' ini akan memberikan kesan yang menarik apabila disertakan dengan taman dan kolam renang.

Selain dari Menara FELCRA, beberapa perancangan dari segi pembangunan hartanah akan dilaksanakan dari masa ke semasa. Di antara yang di dalam perancangan  adalah  Pembangunan Bercampur Bukit Changgang, Dengkil, seluas 800 ekar; Pembangunan Bercampur Sri Mendapat, Jasin, Melaka, Fasa 1 seluas 58 ekar dan fasa 2 seluas 192 ekar dan juga 572 unit  apartment kediaman di Sg. Pusu, Gombak. Juga dalam perancangan akhir adalah pembangunan kompleks hotel 460 bilik bertaraf 4 bintang di Kuah, Langkawi. Adalah dijangkakan projek-projek tersebut akan menghasilkan nilai pembangunan kasar sebanyak RM 7.2 Billion
  
Penceburan FELCRA Berhad di dalam Pembangunan Hartanah ini dapat direalisasikan dengan memperkasa FELCRA Properties Sdn Bhd sebagai anak syarikat perlaksana yang berkepakaran di dalam bidang tersebut dan mempunyai tekad serta azam untuk terus mengukuhkan nama FELCRA Berhad baik di dalam dan juga di luar negara.

Dengan apa yang telah dirancang ini, dapat dirumuskan bahawa FELCRA Berhad bukan lagi sebuah syarikat milik penuh kerajaan yang hanya setakat menyokong aspirasi negara, malah dengan menerokai bidang hartanah, FELCRA Berhad dapat terus menjulangnya ke tahap yang lebih tinggi.  Ini sudah pasti akan membawa pulangan pelaburan dan keuntungan yang bakal dinikmati  oleh warga FELCRA Berhad yang terdiri daripada Kakitangan, Peserta dan Generasi Kedua serta rakyat Malaysia umumnya.
  
Kuala Lumpur


1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10

11
 12
 13
14
 15
 16
 17
 18
Bung Mokhtar Radin, Pengerusi FELCRA 
 19
Shapie Afdal, Menteri Pembangunan Luar Bandar
 20
 21
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 22
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 23
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 24
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 25
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 26
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 27
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 28
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 29
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
 30
Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia ke-6
31
 32
Najib Razak menandatangani plak Pelancaran Menara FELCRA
 33
 34
 35
 36
37
38 
 39
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara FELCRA Berhad dengan Universiti  Malaysia Perlis (UNIMAP)
 40
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara FELCRA Berhad dengan Universiti  Malaysia Perlis (UNIMAP)

 41
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara FELCRA Berhad dengan Universiti  Malaysia Perlis (UNIMAP)

 42
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara FELCRA Berhad dengan Universiti  Malaysia Perlis (UNIMAP)



1 comment:

  1. Bolehlah beli tanah 1MDB sebagai pelaburan.

    ReplyDelete