Google+ Followers

Tuesday, 16 June 2015

Najib anak Razak tidak berjiwa Melayu seperti Razak

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Kunjungan hormat ahli UMNO Perak keatas Tun Dr Mahathir

Tarikh : 20/4/2015


Ringkasan video:

1. Tun M terhutang budi kepada Tun Razak kerana mengangkat beliau  keperingkat tertinggi dalam UMNO
2. Tun M ingin membalas budi melalui Najib anak kepada Razak
3. Tun M telah pun melakukan segala yang perlu bagi memastikan Najib anak Razak berada dikedudukan beliau sekarang.
4. Tun kecewa kerana Najib tidak memimpin seperti anak Tun Razak kerana tidak memberi keutamaan kepada orang Melayu. 1Malaysia yang diperkenalkan Najib sama saja dengan Malaysian Malaysia yang menganggap semua orang Malaysia sama saja.
5. Cara Najib mengenepikan Dasar Ekonomi Baru..
6. Najib anggap Cash is King. Pemberian BR1M dipercayai akan dapat menarik sokongan rakyat.
7. Orang yang dah bersara pun diberi taraf Menteri untuk memastikan sokongan mereka. 
8. Tun M menahan sabar kerana tak mahu orang menganggap beliau memang tak boleh 'get along' dengan semua orang.
9. Dalam PRU13 Tun M memberi sokongan tak berbelah bagi kepada Najib sehingga Kedah dimenangi semula oleh BN. Najib pula ditolak dengan nyata oleh pengundi Selangor

Selebihnya dan untuk perincian sila tonton video ini sehingga habis. Terima kasih.


1
 2