Tuesday 16 June 2015

Najib anak Razak tidak berjiwa Melayu seperti Razak

Lokasi : Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya

Acara : Kunjungan hormat ahli UMNO Perak keatas Tun Dr Mahathir

Tarikh : 20/4/2015


Ringkasan video:

1. Tun M terhutang budi kepada Tun Razak kerana mengangkat beliau  keperingkat tertinggi dalam UMNO
2. Tun M ingin membalas budi melalui Najib anak kepada Razak
3. Tun M telah pun melakukan segala yang perlu bagi memastikan Najib anak Razak berada dikedudukan beliau sekarang.
4. Tun kecewa kerana Najib tidak memimpin seperti anak Tun Razak kerana tidak memberi keutamaan kepada orang Melayu. 1Malaysia yang diperkenalkan Najib sama saja dengan Malaysian Malaysia yang menganggap semua orang Malaysia sama saja.
5. Cara Najib mengenepikan Dasar Ekonomi Baru..
6. Najib anggap Cash is King. Pemberian BR1M dipercayai akan dapat menarik sokongan rakyat.
7. Orang yang dah bersara pun diberi taraf Menteri untuk memastikan sokongan mereka. 
8. Tun M menahan sabar kerana tak mahu orang menganggap beliau memang tak boleh 'get along' dengan semua orang.
9. Dalam PRU13 Tun M memberi sokongan tak berbelah bagi kepada Najib sehingga Kedah dimenangi semula oleh BN. Najib pula ditolak dengan nyata oleh pengundi Selangor

Selebihnya dan untuk perincian sila tonton video ini sehingga habis. Terima kasih.


1
 2


17 comments:

  1. Najib dan penyokong dia pun pernah memenangkan Tun masa pemilihan Presiden UMNO 1987. Jika tidak Tengku Razaleigh dah jadi Perdana Menteri. Jangan buat-buat lupa. Kerana Melayu Mudah Lupa. Sajak yang ditujukan khas kepada yang empunya diri.

    Cukuplah Mahathir boleh balik tidor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memenangkan Presiden parti memang lah tanggungjawab semua ahli parti. Kes sekarang ini Tun mahu Najib membersihkan diri dari segala tohmahan yang dibawa pembangkang. Kalu bersih susah sangat ke nak menjawab secara terbuka ? Kalau dah buat salah tak kan Tun dan semua ahli Umno nak tengok saja ?

      Hj Din

      Delete
    2. Pondan - Anonymous17 June 2015 at 00:01 - yang perlu balik tidor dan kalau boleh jangan bangun lagi adalah hang dan semua anjing anjing Najib yang lain nya.

      Delete
    3. Jgn lupa pd mass itu Najib telah pun sokong tengku razaleigh. Najin pd masa itu juga adalah timbalan ketua pemufa dan ketua pemuda adalah anwar.
      Tetapo najib buat u turn kerana kerusi ketua pemuda dikosongkan oleh anwar yg menentang gaffar baba.
      Soal najib memenangksn tun tidak timnul kerana najib sendiri ada kepentingan.

      Delete
  2. Amat tepat Tun. DSN memang kurang penjiwaan Melayu. Banyak retorik untuk raih undi saja.

    ReplyDelete
  3. tidak dinafikan Najib sokong Tun M pada 1987...ketika itu Najib baru tahap mana....ingat Najib tak pernah lagi ada org yg cabar dia seperti Tun M dlm memegang jawatan Presiden...bagaimana sekiranya kalau ditandingkan...suasana 1987 umpama situasi sekarang...ada krisis...boleh Najib pertahankan jawatan seperti Tun M....

    ReplyDelete
  4. najib menang tidak bertanding jd presiden umno atas tiket mkt 2013. kalau bertanding masa tu lps pru..najib memang handal, boleh pecahkan rekod paklah..waktu itu ahli umno dah mula meluat dengan karenah cina dia yang lebih dari cina mca sendiri.

    ReplyDelete
  5. Pru13 yang lepas, TDM selain berkempen di Kedah, juga terlibat berkempen kat Selangor dan Johor. Kenapa menang kat Kedah tapi kalah kat Selangor dan Johor?

    Anak jadi MB Kedah lebih diutamakan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selangor tu sapa kepalai strateginya? Johor mana pulak kalah. Yang kalah semua balaci Kak Mah. Itu yang kalah tapi masih nak berkokok kuat.

      Delete
  6. HIDUP YAB PM kita yang lebih banyak JASAnya dari kelemahannya - tapi si puak PENGGANAS asing serta ejen si KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM asyik nak memperbodohkan umat Islam/Melayu; dgn. cuba MENUMPASkan YAB PM ISLAM/Melayu kita!

    Tapi harapnya YAB PM, anak kpd. YAB PM/BAPA KEMERDEKAAN Almarhum Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita, akan dengaq nasihat-nasihat yg. BERGUNA dari YAB Ayahanda Tun TERCINTA kita ini; dan bukan nasihat SONGSANG si geng LIBERAL pro-US/Barat yg. BERLAMBAK dok MENGAMPU beliau keliling pinggang - terutamanya yg. TAMAKkan kuasa dan kemewahan (biaq hak/tanah/identiti NEGARA ISLAM kita ini serta hak BUMIPUTERA Islam/Melayunya terus TERGADAI) yg. galak dok suruh "sign" TPPA-Barat/ZIONIS-amat KEPARAT tu dan terus MELIBERALkan mana-mana syarikat GLC!!

    Nek Tempoyak.

    ReplyDelete
  7. Kepada pecacai Najib, sila ulas bagaimanakah kaedahnya 1MDB nak langsaikan hutangnya sebanyak RM 42 bilion yang kini dah meningkat sekurang-kurangnya kepada RM 45 bilion, kos faedah bank pun sekurang-kurangnya RM 2.4 bilion setahun, jika sebulan melibatkan RM 200 juta, kalau sehari lebih kurang RM 6.7 juta, itu baru faedah bank tak termasuk hutang pokok RM 45 bilion itu lagi. Dari mana 1MDB nak cekau duit untuk uruskan hal ini kalau tidak dengan cara menyamun harta negara seperi Tabung Haji, KWAP, KWSP, FELDA, FELCRA dan lain-lain agensi yang ada wang, silap hari bulan wang dalam Perbendaharaan Negara termasuklah Rizab Antarabangsa pun akan disamun untuk bayar hutang dan faedah bank 1MDB ini. Oleh itu, sila jelaskan kaedah 1MDB nak selesaikan paling kurang faedah pun saya tahu bahawa juak-juak Najib ini tak mampu nak jelaskan jika nak buat dengan cara jujur, melainkan mereka beri jawapan bahawa 1MDB akan menyamun harta negara untuk selesaikan hutang.

    Tun Dr. Mahathir dah lihat dan tahu jawapannya bahawa Najib tidak mampu untuk menyelesaikan 1MDB dan akan menyebakan lebih banyak kemusnahan kepada negara jika Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia lebih lama lagi. Lihatlah, nak bayar faedah bank pun 1MDB tak mampu, jumlah setahun RM 2.4 bilion, sebulan RM 200 juta, sehari RM 6.7 juta, boleh ke Najib selesaikan ini? Itu baru faedah bank, tak termasuk hutang pokok yang kini sekurang-kurangnya RM 45 bilion. Najib hanya boleh selesaikan hutang 1MDB ini dengan menyamun harta negara dalam FELDA, FELCRA, KWAP, KWSP, Tabung Haji, malahan wang dalam Perbendaharaan Negara serta Rizab Antarabangsa Malaysia, inilah , lubuk wang untuk disonglap oleh Najib bagi membayar hutang 1MDB sedangkan berpuluh bilion ringgit wang yang dipinjam oleh 1MDB tidak mampu dijelaskan oleh Najib ke mana lesapnya wang itu. Sila ambil penyata imbangan 1MDB, kemudian lihat ekuiti dan liabililiti, lihat pada tanah di TRX dan Bandar Malaysia sudahlah, di situ sahaja ada perbezaan berbilion ringgit, ingat bahawa 1MDB beli tanah di TRX dengan harga RM 230 juta sahaja seperti mana penerangan oleh 1MDB sendiri, lepas tu kaji penyata imbangan 1MDB di bahagian tanah di TRX dan Bandar Malaysia sudahlah, di situ sahaja sudah berbilion wang negara lesap tanpa dapat dikesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah masalah 1MDB ni dapat diselesaikan. Itu jaminan PM. Lihat PM x takut kan. Yg takut dan x mampu nak selesaikan ialah orang yg kritik. Mereka hanya pandai bercakap tapi x pandai buat kerja. Kah...kah ...kah. Justeru PM kena teruskn tugas yg belum selesai.

      Delete
  8. Woit pencacai najib..kalah nya sgor sbb siapa pengerusi bn sgor masa tu.Kan najib.lwn naib presiden mukriz dpt undi paling banyak di sgor.Najib degil letak org2 yg salah terajui umno sgor.Jgn la hrp cina nak sokong dan dpt penang dan sgor.Pru 14 pun kalau x menang pun cukup2 mkn atau bungkus.Kami org2 dkt utara pyn semua dah menyampah dgn Najib.Kita tgk la kali ni org2 kg yg dulu beri umno menang keluar x mengundi.Pembangkang goyang pun blh kalah di prmtg pauh,dan undi di rompin kurang.cina pun dah selesa dgn Dap.Tu pun x reti2 bahasa nak jaga hati kaum cina.Bodoh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. BETOI..JGN HARAP NAK DPT PENANG DAN SELANGOR BRO..MEMANJANG KENA KLENTONG DGN KAUM,PARTI CINA.SKRG NI PEMIMPIN2 UMNO SGOR PUN TGH BERGADUH SESAMA SENDIRI.BKN UMNO X KUAT TP KAMI MELUAT DGN UMNO.

      Delete
  9. puak ni sokong tun m pi maki2 puak tu, puak tu sokong najib pi kata2 tun m.. puak ni ungkit jasa tun m, puak tu ungkit jasa najib.. tp sikit pun takdak faedah.. tun m mcm tu jugak, najib pun macam tu jugak.. yg dapat faedah pastinya bukan umno.. umno cuma dapat pecah belah saja laa.. esok kot tumbang umno, puak tu kata puak ni punca, puak ni kata puak tu punca.. yang kat atas tu kaya lagu tu jugak.. yg kat bawah ni.. dosa bertambah, putus silaturahim, ntah2 brim pun tak dapat dah.. hahaha padan muka semua..

    ReplyDelete
  10. Penah dgr pm tukar nama dari Melayu ooop bugis ke Nama cina? Ahjibgor..Tun da balas Jasa Bapak jibbi dan jibbi.. So Kenapa pru13 menag sikit, Brim x cukup kah..

    ReplyDelete
  11. Kenapa Tun mcm nak control Malaysia je? Malaysia ni bukan di sorang yg punya. Kenapa setiap PM mesti nak ikut kehendaknya? Biarlah mana2 PM pun uruskan caranya sendiri. Yg penting Malaysia terus mempertahankan perlembagaan dan kemerdekaan yg ada.

    ReplyDelete