Google+ Followers

Thursday, 25 June 2015

Tindakan akan diambil kepada ahli UMNO yang bakar bendera DAP

Lokasi : Jakel Mall, Kuala Lumpur


Tarikh : 24/6/2015


Oleh SM Amin
KUALA LUMPUR, 24 Jun:

Ahli UMNO yang terbukti terlibat membakar bendera DAP di bangunan Komtar baru-baru ini akan dikenakan tindakan kata Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Bagaimanapun kata Adnan, pihak polis perlu menjalankan siasatan teliti terlebih dahulu bagi menyiasat dalang sebenar disebalik kejadian itu.

"Saya tidak tahu siapa yang buat, ada yang tuduh UMNO buat.
"Tetapi kalau UMNO buat kita akan ambil tindakan kepada ahli-ahli yang buat perkara ini kerana ini bukan sikap UMNO

"Orang boleh guna nama UMNO. Betul atau tidak kita tidak tahu," katanya ketika ditemui pemberita di Program Bantuan Baju Raya anjuran Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan di Jakel Mall di sini.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berharap pihak polis mengambil tindakan segera kepada sesiapa sahaja yang terlibat dalam cubaan menaikkan semangat kebencian antara satu dengan lain.

Kata Ku Nan, sebagai negara yang berbilang kaum, agama dan bangsa, kekuatan terletak kepada masyarakat Yang bersatu dalam kepelbagaian.

"Jadi jangan ada puak-puak tertentu yang ingin untuk melihat kesatuan yang kita ada ini akan berpecah dan akhirnya kita akan bertelingkah antara satu sama lain.

"Saya menasihatkan semua pihak berhati-hati kerana ada banyak tukang dalang, batu ronson akan buat macam-macam untuk bawa cerita menaikkan semangat sifat kebencian diletakkan dalam hati manusia," ujarnya.