Wednesday 6 January 2016

Kerajaan Selangor sudah mulakan, Kerajaan BN & Penang bila lagi untuk rakyat ?

Lokasi : Depoh Bas Jalan UP2/1, Ukay Perdana, Hulu Kelang, Selangor

Acara : Majlis Pelancaran Bas Smart Selangor

Tarikh : 5/1/2016


KUALA LUMPUR: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menjadi kawasan kelima yang menyediakan perkhidmatan bas percuma "Smart Selangor" bermula Selasa.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata perkhidmatan bas yang dikendalikan Rapid Bus Sdn Bhd itu menghubungkan antara Jalan Ukay Perdana dan Jalan Taman Melawati sejauh 18 kilometer dengan kekerapan setiap 15 dan 20 minit.

"Laluan bas itu meliputi Jalan Ukay Perdana, Jalan Sungai Sering, Jalan Mulia 1/1, Jalan Riana Ukay, Jalan Riana Ukay 1, Jalan Ukay Indah, Lorong Sering 5, Jalan AU 4/2, Jalan AU 5, Persiaran Permata dan Jalan Taman Melawati.

"Bas itu beroperasi bermula pukul 6 pagi hingga pukul 10 malam setiap hari dengan kapasiti 60 penumpang dilengkapi kemudahan WiFi, sistem kamera litar tertutup dan mesra golongan orang kelainan upaya (OKU)," katanya pada sidang media selepas merasmikan Bas Smart Selangor di sini Selasa.

Beliau mengharapkan langkah itu dapat menjadikan sistem pengangkutan awam di Selangor dapat disepadukan dan bergerak dengan lebih efektif dan berkesan di samping mampu guna.

Mohamed Azmin berkata kerajaan negeri menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM10 juta untuk diperluaskan di kawasan luar bandar seperti Selayang ke Kuala Kubu Baru, Kuala Selangor ke Sabak Bernam, daerah Kuala Langat dan Sepang sehingga akhir tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM2.5 juta bagi kawasan MPAJ dan Kajang dan menyediakan peruntukan tambahan untuk diperluaskan di tempat lain khususnya di kawasan luar bandar seperti di Selayang ke Kuala Kubu Baru.

Semalam perkhidmatan tersebut turut diperkenalkan di Kajang, manakala di Petaling Jaya, Shah Alam dan Subang Jaya pula pada 1 Julai tahun lepas.


PS : Kalau Azmin Ali meneruskan usaha-usaha sebegini secara konsisten maka jangka hayat politik beliau nampak semakin mengukuh kerana Berjaya memenangi hati pengundi. Pihak lawan jangan salahkan pihak koperat yang bekerjasama kerana mereka cuma berurusan dengan sebuah Krajaan Negeri dan tiada kaitan dengan fahaman politik.


Penumpang bertuah

1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
12 
13
14

2 comments:

  1. Untuk berapa lama??

    Air 'murah' pun bakal naik harga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beraapa lama tak tahu lah...mungkin selagi ianya commercially and economically viable to the operators la kot..:)

      Delete