Saturday 14 April 2012

Peneroka FELDA ditipu kontraktor?

Venue : FELDA Kepis, Bahau, Negeri Sembilan

Event : Perjumpaan dan sidang media bersama peneroka FELDA Kepis

Date : 10/4/2012 @ 11 am

Ini kali kedua saya melawat dan menghadiri majlis taklimat peneroka Felda kawasan Bahau / Tampin bagi memahami masalah yang mereka hadapi. Selain masalah kadar bayaran bagi perahan PKO yang telah mencatat keputusan mahkamah yang memihak kepada peneroka, peneroka juga masih menghadapi masalah dalam isu tanaman semula.

Di Felda Kepis, saya telah diberitahu bahawa 300 peneroka tidak berpuas hati dengan bayaran yang mereka terima hasil dari pokok getah lama yang ditebang bagi tanaman semula. Mereka mendakwa jumlah yang diterima tidak memadai dan tempoh tanam semula yang tidak menentu lamanya. 

Kebanyakan kawasan yang ditebang sudah menghampiri tempoh dua tahun namun pihak pengurusan memberi alasan bahawa tidak cukup anak benih pokok getah untuk memulakan skim baru. Apa kata pihak pengurusan mengenai hal ini? Saya mungkin akan membuat temujanji dengan pihak pengurusan Felda pusat bagi mengetahui cerita sebenarnya... 

Lawatan dan liputan dibuat bersama dengan wakil media dari Malaysiakini.


1.
 2.
 3.
 4.
 5. Sdr T.Kumar, peguambela peneroka dan juga Timbalan Setiausaha Agung PKR (kiri) kini bergerak diserata kawasan Felda bagi mendapat maklumat dan memulakan kes kes baru bagi membela nasib peneroka Felda....
 6. Sdr Kamil Yassin (tengah), pakar reka golf-course yang ternama di tanah air kini bergerak aktif dibawah NGO yang membela nasib peneroka Felda... Ada perkhabaran mengatakan beliau akan bertanding dalam kawasan Kuala Pilah dalam PRU 13 akan datang... betul ke?
 7.
 8.
 9.
 10.




 11 - 14 Ibu ibu tunggal yang mengadu tidak mendapat bayaran yang sewajarnya dari pokok getah mereka yang ditebang untuk skim tanaman semula.. Mereka sekarang bergantung hidup dari Skim Sara Hidup berjumlah RM1,200 sebulan yang diterima dari Pengurusan Felda. Bayaran yang diterima dianggap hutang dan akan dipotong dari hasil ladang yang mereka perolehi kelak. 
 12.
 13.
 14.
 15. Peneroka yang amat tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan ladang. Semua nya berpusat kepada jumlah hasil jualan dari batang pokok getah yang ditebang untuk tanaman semula. Beliau juga 'naik hantu' kerana masih belum diberi kepastian bila tanaman semula akan dimulakan.
 17. Pengerusi Felda Perihatin (NGO) ini bekas perisik tentera. Beliau cuba menyakinkan para hadirin bahawa beliau mempunyai maklumat dalaman pengurusan Felda pusat.
 18.
 19, 22 & 23. Bagai padang jarak padang terkukur setelah dua tahun ditebang, masih belum dimulakan tanaman semula
 20. Tunggul tunggul kayu yang tidak dibuang sempurna oleh kontraktor akan menyebabkan tanah kawasan ini dipenuhi anai anai yang akan merosakkan anak anak getah yang ditanam semula nanti.
 21.
 22.
 23.
 24.
 25.
 26.


1 comment:

  1. aik...isu felda ni xde plak org nk komen?...
    mane geng2 umno nk backup dlm isu felda ni???...
    bagi cadangan ke?...marah ke org2 felda ni xdpt bayaran...tak boleh tanam balik ke...
    senyap je...pelik...hahahhaa

    bab org tuntut pendidikan percuma...ramai je yg nk bangkang...hahahhaa

    ReplyDelete