Friday 13 April 2012

Surau disalah guna untuk ganggu ceramah PR ?

Venue : Surau bersebelahan padang bola, Jalan Rejang 6, Taman Setapak Jaya, Kuala Lumpur

Acara : Tak pasti apa acara di surau selain dari bernasyid dan tazkirah selepas isyak

Date : 12/4/2012 @ 9.30 pm


Malam tadi berlaku cubaan untuk mengganggu Ceramah Perdana anjuran Pakatan Pembangkang
dengan menggunakan surau yang bersebelahan dengan lokasi ceramah. Saya terpaksa bersetuju dengan dakwaan penganjur kerana yang hadir di majlis anjuran surau tersebut tak berapa kerat pun. 

Semasa rakaman dibuat saya anggarkan tak sampai 20 orang yang berada dalam dewan utama seolah olah sessi karaoke. Bunyi pembesar suara memang mantap. Tapi penganjur ceramah pun mempunyai sistem pembesar suara yang lebih mantap dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan gangguan. Sejak kebelakangan ini penganjur majlis ceramah Pakatan Pembangkang sentiasa siap sedia dengan "Flood Lights". Tidak bergelap seperti dulu dulu... mantap..

Buat pengetahuan semua, pejabat UMNO Setapak Jaya terletak betul betul bersebelahan dan mengadap lokasi ceramah. Jari secara otomatik akan menuding kearah mereka... hmmm mungkin mereka kena fikir cara lain kalau nak ganggu pun... jangan lah diguna nya surau tu lagi....


1.
 2.
 3.

1 comment: