Monday 23 February 2015

Mahfuz buktikan Sirul boleh dihubungi

Lokasi : Pusat media, Pejabat Agung PAS, KL

Acara : Sidang media Ketua Penerangan PAS dan tele-conferencing bersama Sirul Azhar Umar

Tarikh : 22/2/2015



Sirul masih enggan beri kenyataan 
(SinarHarian)

KUALA LUMPUR - Penantian media selama dua jam bagi mendengar pendedahan bekas ahli Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar hampa apabila beliau enggan memberi sebarang kenyatan mengenai kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Sharibuu.

Dalam satu telesidang yang diaturkan Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar hari ini, Sirul berkata beliau akan membuat kenyataan pada masa yang sesuai.

"Saya amat berterima kasih dengan kerajaan Australia yang telah beri perlindungan sepenuhnya kepada saya. Termasuk menyediakan tempat yang saya kira selamat dan juga selesa.

"Saya menghormati sepenuhnya pemerintahan kerajaan Australia dan saya tidak berhasrat buat kenyataan pada masa ini. Walau bagaimanapun, saya akan cuba membuat satu kenyataan lain pada masa yang sesuai," katanya dalam sidang media kedua di Ibu Pejabat Pas, hari ini.

Selepas itu, Sirul mengucapkan "terima kasih" dengan suara yang sebak dan meletakkan telefonnya tanpa mengambil sebarang soalan daripada wartawan.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Pas 'bawa' Sirul secara langsung dari Australia ]

Telesidang yang sepatutnya diadakan pada jam 11.33 pagi tadi tidak diadakan selepas Mahfuz tidak dapat menghubungi Sirul walaupun percubaan dibuat sebanyak 15 kali selama kira-kira 40 minit.

Bagaimanapun, pada jam 1.10 petang, Mahfuz kemudian berjaya mendapat panggilan telefon daripada Sirul.




1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8  Orang lama dari RTM 'mengusik' Mahfuz dengan soalan-soalan provokatif
 9
 10
 11
 12
 13
 14


14 comments:

  1. Mr. Bean berjaya buat lawak antarabangsa hari ni. Pencacai dia pasti berbangga dengan lawak-lawak dari pakar "LAUNCH" berkenaan.

    ReplyDelete
  2. tele-temberang hari ni amat berjaya. Tahi-nah! Tahi-nah!

    ReplyDelete
  3. Punch line agak kurang....ada gagap sana sini.... Berapa nak bagi bintang yeaa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. setengah kepada suku bintang cukup la... kesian dengan pelawak antarabangsa tu, dah banyak usaha dia ambil untuk hiburkan hati para wartawan

      Delete
  4. Kalau ada lima bintang aku bagi lima kepada Mr Bean kerana keberkesanan tugasan yang diberikan kepada beliau. Untuk Ketua Penerangan Umno aku bagi tiga suku bintang saja pasal keletah dia macam orang tiga suku walaupun kelulusan berjela panjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahahahahaha.. berkesannya tugasan tele-temberang dia kan

      Delete
  5. I love abg fuz..otak u mmg geliga...mcm mr bean.

    ReplyDelete
  6. Tele-conferen ketinggalan zaman. Mesti Mr. Bean tak pernah dengar perisian skype kan?

    Oh ye, video tu saksi bisu tak boleh dipakai.

    Tapi kalau saksi tu dengar suara je dah boleh diterima ramai lebih2 para bangkai dalam pr.

    Kes suara mat sabu yang tengah bising sekarang ni, mr bean nak komen camner lak eh??

    Mesti dia kata tu bukan suara abg mat, sebab abg mat tu bisu.....

    Muahahahahahahahahaha

    ReplyDelete
  7. mcm ckp dgn org indon jee bunyinyee...

    ReplyDelete
  8. tuan minaq jinggo... tolong tambah satu label lagi untuk entri ni.....--> lawak antarabangsa.

    Bukan ape, nnt senang saya nak cari entri ni balik pada masa akan datang.

    Tolong ye tuan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe... tq atas keprihatinan tuan minaq jinggo

      Delete
  9. mau beri berapa bintang yaaaaaaaa ......

    ReplyDelete
  10. tele- kencing..

    ReplyDelete
  11. Mcm kencing jer....perghhhhhhh!!! Kencing kaler kuning pekat siot..kakakakakakaka..wooiiiii..jgn percaya la kelentong Mr Bean nih! Sapa2 nak kaya baik gi saman Mr Bean cepat2 sbb menipu tahap dewa alam semesta nih!

    ReplyDelete