Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Sunday, 10 April 2016

Tumpuan kepada kegiatan di surau kritikal dalam merasai nadi rakyat

Acara : Perasmian bangunan baru Surau Ai-Muhajirin 

Lokasi : Surau Al-Muhajirin, Presinct 9, Putrajaya

Tarikh : 9/4/2016



Video 1 -  Surau Al-Muhajirin yang telah dinaik taraf dengan terbina bangunan baru diharap dapat memainkan peranan sebagai pusat komuniti setempat selain sebagai tempat menjalankan kegiatan dan ritual keagamaan sahaja. Saya pernah beberapa kali menghadiri ceramah dan program Husam Musa ketika berkempen PRU13 di surau ini yang dulu nya dikenali sebagai Surau Presinct 9. 



Video 2 -  PAC sudah pun membentangkan laporan mereka di Parlimen dan Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden kanan DAP yang mewakili DAP dalam PAC sudah memberi perakauan bahawa PM Najib Razak tidak terlibat dalam sebarang salah laku dalam pengurusan 1MDB.






1
 2
 3
 4
 5
 6
 7
 8
 9
 10
 11
 12



Tuesday, 8 April 2014

Ya Hanana bergema di Baling

Lokasi : Dataran Baling bersebelahan KFC Baling, Kedah

Acara : Malam Cinta Rasul dan Karnival Rakyat Daerah Baling, Kedah

Tarikh : 5/4/2014


Alhamdulillah makin ramai umat Islam Malaysia terbuka pintu hati mereka ke majlis keagamaan dan menjauhi majlis yan penuh dengan fitnah, caci-nista dan maki-hamun. Dalam hujan renyai-renyai beramai-ramai mereka menyambut alunan yang bergema...semoga terus diberi hidayah dan dirahmati Allah semua mereka yang hadir..


1
 2
 3
 4

Tuesday, 18 February 2014

Seminar Pemikiran Kassim Ahmad - Part 1 - Full text

Lokasi  : Yayasan Kepimpina Perdana, P8, Putrajaya

Acara : Seminar Pemikiran Kassim Ahmad

Tarikh : 16/2/2014




1. Pendahuluan

Hari ini hari istimewa bagi saya. Hari ini saya akan meluahkan isi hati saya tanpa sekata, insya Allah. Hari ini saya akan mempertanggungjawabkan kehidupan saya di dunia. Saya ada satu dua kerja yang ingin saya lakukan, tetapi selepas hari ini, saya reda kalau dipanggil Tuhanku untuk diadili.

Saya tidak mendakwa saya seorang yang baik. Saya melakukan banyak kesilapan dalam kehidupan saya. Saya jangka saya bukan berseorangan. Tidak ada manusia yang sempurna. Hanya Tuhan yang sempurna. Tetapi saya boleh mengatakan saya telah cuba hidup sebagai seorang yang patriot bagi bangsa saya dan bagi bangsa manusia. [1]

Ketika saya seorang muda, saya bersumpah untuk berkata-berkata dengan bebas. [2] Saya bersumpah saya akan mendedahkan segala kepalsuan. [3]

Semua orang tahu saya bermula sebagai seorang remaja berhaluan kiri berjuang untuk rakyat marhaen menentang parti kebangsaan Melayu, UMNO, yang pada waktu itu saya anggap reaksioner, walaupun akhirnya saya pulang ke akar keMelayuan saya dan memasuki UMNO.

Pada 9 September tahun lalu, saya menjengkau 80 tahun tanpa apa-apa perayaan. Hanya sahabat-sahabat saya di Kuala Lumpur, antara lain Dr. Chandra Muzaffar, Sasterawan Negara Dato’ Baha Zain dan Nik Aziz Hassan, telah bermuafakat untuk meraikan harijadi itu dengan satu majlis penilaian kritis terhadap karya-karya saya. Majlis ini dijadualkan pada 15 Februari, 2014. Dalam pada itu, saya telah merancang untuk bercakap dalam satu Konferensi Politik Nasional tentang halatuju negara kita untuk tiga puluh tahun akan datang. Ucapan ini dijadualkan pada hari berikutnya, iaitu 16 Februari, 2014.
Inilah latar belakang majlis harijadi saya yang ke-80.


 2. Keadaan Dunia Sekarang

Negara kita Malaysia sedang melalu satu zaman yang penuh pancaroba. System komunisme sudah runtuh pada akhir abad ke-20. System liberalisme yang kita anuti sekarang juga sedang runtuh di depan mata kita—di Eropah dan Amerika Syarikat.

Keruntuhan system komunisme kerana system ini menafikan hak kebebasan individu. Ia melebihkan hak kolektif, yang dipergunakan oleh kepimpinan untuk melaksanakan sistem dictator! Sistem liberalisme melebihkan hak kebebasan individu dengan menafikan hak kolektif.

Kedua-dua sistem ini melanggar konsep “sempadan Allah”, atau apa yang disalah-ertikan sebagai “hukum hudud”. Konsep ini langsung tidak ada kena-mengena dengan hukuman. Ia merujuk kepada suatu undang-undang universal, iaitu dalam tiap-tiap perbuatan, manusia tidak boleh melampaui batasan undang-undang alamiah. [4] Umpamanya, dalam hal makan: mudarat kalau tidak makan, tetapi kalau kita makan terlalu banyak pun mudarat juga. Demikianlah bagi tiap-tiap perbuatan wujud suatu sempadan yang tidak boleh kita lampaui.


3. Masa Depan

Apa akan berlaku dalam masa 30 tahun akan datang? Apakah sistem ganti yang harus kita pilih sekarang? Mengikut kitap suci yang terakhir kepada manusia iaitu Quran, satu-satunya kitab suci yang dijamin oleh Tuhan sendiri [5], dan yang mengesahkan dan mengatasi semua kitab suci lain, [6] hanya ada satu jalan yang lurus yang Dia restui di antara jalan-jalan yang menyeleweng. Jalan-jalan yang menyeleweng itu disebut jalan-jalan mereka yang Dia murkai, dan jalan-jalan mereka yang sesat.

Apakah jalan yang Dia murkai? Tuhan pasti murkai kumpulan-kumpulan manusia yang memberontak terhadap-Nya. Dalam zaman moden, kumpulan itu kaum marxis komunis yang menafikan Dia serta mengamalkan cara hidup yang menafikan Dia. Dengan perkataan lain, dalam kehidupan mereka, mereka menafikan dimensi-dimensi moral dan spiritual. Oleh kerana ini, cara hidup ini berlawanan dengan undang-undang alamiah, dan pasti musnah. Sistem komunisme sudah pun musnah.

Satu lagi jalan menyeleweng kita panggil sistem teokrasi, yakni kepimpinan satu kasta paderi melantik diri mereka sendiri serta mendakwa mentadbirkan negara atas nama Tuhan. Contohnya dari zaman pertengahan Eropah, sistem Paus. Dalam dunia moden, Eropah sudah menyingkirkan sistem Paus ini, tetapi dalam dunia Islam, negara Iran dan Arab Saudi sedang melaksanakan sistem ini.

Nyatalah sistem ini gagal menyelesaikan masalah-masalah sosio-ekonomi menghasilkan pekerjaan dan makanan untuk rakyatnya dan dengan itu gagal menyelesaikan masalah-masalah lain dalam masyarakat.


4. Negara Malaysia

Negara kita Malaysia, walaupun dikatakan negara Islam, sebenarnya mengamalkan sistem liberalisme. Mengikut kata-kata Kerajaan Pusat, ekonomi Malaysia baik dengan pengangguran sifar dan peratusan inflasi pada tahap minima. Namun kemudian, Malaysia boleh dikatakan tiap-tiap hari menunjukkan ketegangan antara kaum dan agama. Apakah caranya untuk menyelesaikan perkara ini secara muktamad?

Jalan yang lurus yang dirujuk dalam surah Al-Fatihah tadi – apakah jalan itu? Tadi telah kita nyatakan ada tiga jalan yang menyeleweng : sistem marxis komunis, sistem teokrasi dan sistem liberalisme. Seperti yang telah kita nyatakan, ketiga-tiga sistem ini telah atau sedang menuju kehancuran. Maka semestinyalah masyarakat manusia dalam abad-abad ke-21 dan mendatang mencari sistem jalan yang lurus ini. Dengan perkataan ini, inilah sistem hidup yang dirujuk dalam Quran dalam surah 3 ayat 19, yang berbunyi, “Sesungguhnya agama yang Tuhan reda itu Islam”.


5. Keadaan Orang Islam Sekarang

Orang Islam berjumlah 2.1 bilion di seluruh dunia. Bolehkah kita katakan mereka semuanya mengikut cara hidup Islam yang sebenar? Sekiranya benar, umat Islam hari ini harus berada pada kedudukan nombor 1 dalam dunia, seperti yang berlaku dalam sejarah. Sejarah mencatat dalam zaman pertengahan Uthman Ibni Affan, khalifah Islam ke-3, setelah 60 tahun Nabi Muhammad wafat, orang Arab yang tidak terkenal itu melonjak naik menjadi kuasa nombor satu dalam dunia, mengalahkan Empayar Parsi dan sebahagian besar Empayar Baizantium, dua kuasa besar dunia pada zaman itu. [7]
Tetapi umat Islam sekarang duduk di bawah daripada Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, China dan India, semuanya negara bukan Islam.


6. Gerakan Pembaharuan Islam

Gerakan pembaharuan Islam moden, dikira dari Sheikh Muhammad Abduh (m. 1903) dan Jamaluddin Al-Afghani (m. 1897) yang diharapkan untuk membersihkan Islam dari kepercayaan-kepercayaan khurafat dan membangkitkan semula Islam sudah berusia lebih 100 tahun, sedangkan umat Islam masih di tahap di belakang negara-negara yang kita sebut tadi. Dengan sendirinya, ini bermakna umat Islam hari ini di seluruh dunia tidak mengikut sistem hidup Islam seperti yang diajar oleh semua nabi dan disempurnakan oleh Nabi Muhammad, penyudah segala nabi.



Friday, 13 December 2013

Mat Sabu dijemput saman Zahid



Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata usaha membanteras penularan fahaman Syiah di negara ini memerlukan kerjasama daripada semua pihak termasuk parti-parti politik.

Beliau berkata jika tidak dibendung, fahaman itu boleh memecahbelahkan umat Islam di negara ini dan seterusnya mencetuskan perang saudara seperti yang telah berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

"Saya tidak fikir kita mahu itu berlaku. Atas kesedaran ini, kita tekankan soal banteras dahulu sebelum ia terus tersebar luas.

"Bukanlah untuk menakut-nakutkan umat Islam di negara ini tetapi kita mahu menekankan kepentingan mengelak perpecahan ummah khususnya dari dalam," katanya kepada Bernama selepas ditemu bual dalam program "Ruang Bicara" terbitan BernamaTV di Wisma Bernama di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahmad Zahid, yang juga Naib Presiden Umno berkata terdapat 18 markas Syiah di Malaysia dengan lebih 300,000 pengikut. 

"Kita khuatir jumlah ini akan terus meningkat jika tidak ditangani," katanya sambil menjelaskan penularan fahaman Syiah di negara ini masih terkawal.

Beliau berkata ini adalah perjuangan umat Islam secara keseluruhannya dan mengajak semua pihak termasuk PAS untuk tampil bersama menjayakannya.

Terdahulu, ketika ditemu bual dalam program itu, Ahmad Zahid berkata beliau terbuka jika Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mahu mengambil tindakan undang-undang terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan mendakwanya terlibat ajaran Syiah pada Perhimpunan Agung Umno 2013 minggu lepas.

"Kalau nak saman, saya terbuka. Jika mahu bukti, biar serahkan pada mahkamah dan pegawai-pegawai saya, tentu ada bukti yang cukup untuk dikemukakan. Silakan," katanya.

Beliau berkata pendedahannya itu bukan bermotif politik sebaliknya atas soal individu.

Semalam, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi menyatakan bahawa Mohamad cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah di Malaysia berdasarkan 10 maklumat yang diterima kementerian.

-Bernama

Apa KDN nak buat jika benar Mat Sabu Syiah?

Lokasi : Ibupejabat KDN, Putrajaya

Acara : Sidang media mengenai isu Mat Sabu Syiah

Tarikh : 12/12/2013


Sah ! Mat Sabu lah pemimpin kanan PAS yang dikatakan penganut Syiah oleh Zahid Hamidi ketika membuat ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2013. 

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Abd. Rahim Mohd. Radzi 

mendedahkan sepuluh maklumat yang menunjukkan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu

 cenderung dan terlibat dengan fahaman Syiah.


1- Mat Sabu pernah gesa umat Islam contohi kepimpinan Imam Khomeini Syiah
.
2- Mat sabu kata kagum dgn kepimpinan dan perjuangan khomeini dan banyak corakkan 

pemikiran beliau.

3- ketika mengulas perutusan Krismas,Mat Sabu telah gunakan pendekatan Syiah sebagai 

terma rujukan

4-Timbalan presiden JATI pernah kata Mat Sabu ikon Syiah dan beliau gagal nafikan dirinya

 mempunyai kaitan dengan Syiah

5-Mat Sabu terang terang puji setiausaha agung syiah dan mengaku beliau dan isteri kerap 

bertemu pemimpin Syiah itu.

6-Beliau telah membuat lawatan ke masjid Syiah di wilayah Satun, selatan Thailand


7-Beliau beberapa kali hadir kelas pengajian yang dikendalikan ustaz yang berkefahaman 

Syiah di Bukit Merah Semanggol Perak


8-Mat Sabu kerap lawat Iran dan pernah terlibat dalam program penghantaran pelajar 

Malaysia di Qom Iran.

9-Mat Sabu pernah lafazkan selawat sebagai mana yang diamalkan oleh penganut Syiah 

pada ceramah PAS di Arau Perlis.

10-Mat Sabu dilihat mendirikan solat menggunakan batu leper ditempat sujud. 


Ikuti kenyataan penuh oleh KSU KDN

1
 2
 3
 4
 5



Sunday, 17 November 2013

Kuil Hindu terkaya dan terbesar di Kuala Lumpur

Lokasi : Kuil Sri Mahamariamman, Jalan Bandar, Kuala Lumpur

Acara : Lawatan singkat

Tarikh : 16/11/2013 @ 6.00 pm


Kuil terkaya dan terbesar di Kuala Lumpur terletak di Jalan Bandar (High Street) tidak jauh dari Ibupejabat Polis Trafik Kuala Lumpur. Kuil Sri Mahamariamman dibina pada tahun 1873 kini merupakan salah satu destinasi utama bagi pengusaha pelancungan. Kompleks kuil ini digunakan hanya untuk tujuan beribadat kaum Hindu dan tiada aktiviti kommersial sampingan selain dari penjual bunga malai yang beroperasi  diluar kawasan kuil. Persekitaran nya dijaga rapi dan bersih. Ini lah contoh kuil yang serba lengkap, kondusif dan membanggakan kepada penganut Hindu dan wargakota Kuala Lumpur am nya. Untuk maklumat lanjut sila layari Sri Mahamariamman Temple, Kuala Lumpur




1/21
 2
 3
4
 5
 6
 7
 8
 9
 10


Saturday, 28 September 2013

Isu Pelincir dalam Bilik Ulama Syiah

Lokasi : Markas Pertubuhan Syiah Malaysia, Taman Sri Gombak, Selangor


Tarikh : 27/9/2013 @ 11.30 pm


Dalam bilek 'Education Affairs' / 'Ulama Guest Room' terdapat sebuah tilam diatas lantai dan satu tin produk 'She is Sexy' .. Dua tiub lagi tidak kelihatan, cuma yang tinggal glittery body lotion (not for sale). Dalam breaking news melalui MMS Facebook saya sebutkan disitu 'KY Jelly'. Ada orang Syiah mempersoalkan mengapa saya gunakan perkataan KY Jelly.. Jawapan saya mudah. Lihat foto yang terakhir. Tidak kah anda berasa jijik? Cium tangan, cium pipi atau cium dahi tidak menjadi masalah kepada budaya kita, tetapi cium mulut sesama lelaki dengan gaya yang penuh berahi amat amat lah menjijikan. Sekarang berbalik kepada soalan KY Jelly..lihat pada keseluruhan paparan ... apa yang terlintas difikiran anda semua...body lotion dalam bilek khas untuk ulama.... saya berhenti disini... persepsi saya sudah terbentuk...


Update : Topik panas perbincangan di FaceBook

1
2
3

 4
 5
 6
Adakah mereka antara yang memerlukan bahan yang sama seperti "She is Sexy?"


Serbuan keatas Markas Syiah oleh JAIS

Lokasi : Markas Pertubuhan Syiah Malaysia, Taman Sri Gombak, Selangor

Acara : Operasi serbuan oleh Pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

Tarikh : 27/9/2013 @ 11.30 pm


Malam tadi saya telah mengambil inisiatif untuk mengikuti ceramah Pertubuhan Syiah Malaysia yang berjudul 'Akhir nya Ku Temui Kebenaran". Oleh kerana notis mengenai ceramah ini telah bermain di internet sejak dua minggu lalu, saya ambil kesimpulan bahawa majlis itu ada lah majlis terbuka. 

Setiba saya di kedai mamak bersebelahan dengan markas Syiah tersebut saya telah bertemu dengan beberapa kenalan dari Free Malaysia Today dan Malaysiakini. Mereka pun kesitu dengan anggapan bahawa majlis tersebut adalah terbuka kepada semua. 

Mereka yang tiba awal telah sempat bertanya dengan beberapa lelaki yang berada ditingkat bawah markas. Ketika itu pun tempat tersebut kelihatan lengang seolah olah tiada sebarang majlis. Kami tertanya tanya sesama kami samada kami berada di tempat yang betul. 

Tiga lelaki yang menaiki kereta telah memperlahankan kenderaan dan memberitahu kami bahawa ceramah tersebut diadakan disebuah surau di Fasa 8 Taman Seri Gombak. Ketika kami hendak bergerak ke kenderaan saya telah disapa oleh kenalan dari sebuah stesyen TV yang berada ditempat kereta. Dari dia lah saya mendapat maklumat bahawa satu operasi serbuan akan dilakukan oleh pihak JAIS dan dia pun berada disitu untuk membuat liputan.

Maka selepas itu kami pun mengambil tempat masing-masing disekitar kawasan markas tersebut untuk menunggu ketibaan penguatkuasa JAIS.. Kira kira jam  11.30 pm barulah rombongan JAIS beserta lain lain wakil media yang mengikuti mereka dari Shah Alam tiba di markas. Ini adalah operasi JAIS yang pertama kali saya sertai, itu pun secara kebetulan.

Ikuti paparan visuals yang telah saya rakamkan..


Update : Topik panas perbincangan di FaceBook


Sidang media oleh Ketua Operasi, En Shahrom Maarof yang juga Penolong Pengarah Bahagian Perundangan dan Kesalahan JAIS


1/40  Pintu utama seang dipecahkan oleh peguatkuasa JAIS
2 - 6 Bahan bahan yang terpapar didinding luar pejabat 
3
4
5
6
7
8
9
10