Showing posts with label bas. Show all posts
Showing posts with label bas. Show all posts

Wednesday, 24 October 2012

Khalid Ibrahim tolong jawab - mana datang duit ?


Subject: Siapa biaya bas mewah Khalid Ibrahim RM150 ribu sebulan

Kenyataan Media GAPS

Isu bas mewah terus menghantui Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Kesilapan paling besar transaksi bas mewah ini adalah bila bas yang bernilai RM900 ribu itu didaftarkan atas nama Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor. Akan tercatat dalam sejarah Selangor, seorang MB membeli bas mewah atas namanya.

Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor Anwar Ibrahim telah buat pengumuman pada Ogos lalu, yang bas mewah untuk kegunaan PKR itu adalah disewa dan ianya diuruskan oleh Khalid Ibrahim MB Selangor.

Khalid Ibrahim kemudiannya mengakui bas mewah itu adalah miliknya dan dibeli melalui sewa beli selama 6 bulan. Beliau menafikan bas itu dibiayai oleh syarikat yang membekalkan 50 lori kompak sampah kepada MBI incorporated. Kalau benar yang bas itu disewa dari Khalid Ibrahim kepada PKR untuk kegunaan Anwar Ibrahim, GAPS berminat ingin tahu berapa kadar sewaanya setiap bulan.

Kalau lah juga benar bas ini dibeli secara sewa beli selama 6 bulan seperti yang diuar-uarkan oleh MB, GAPS ingin bertanya siapakah yang membayar sebanyak RM150 ribu sebulan ansuran bulanan (RM150,000 X 6 bulan= RM900,000) kepada pihak bank itu.

GAPS yakin gaji MB sebanyak RM20 ribu sebulan jauh dari kemampuan untuk Khalid Ibrahim membayar ansuran RM150 ribu sebulan itu. Jadi siapa yang bayar atau syarikat mana yang membayar ansuran ini. Kenapa mereka bayar bagi pihak MB.

Rakyat Selangor mahu jawapan yang pasti dari Menteri Besar. Rakyat Selangor juga menuntut kebenaran dan keadilan dari siasatan SPRM.Hamidzun Khairuddin


PresidenGagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

23 Okt 2012


Saturday, 15 September 2012

Walau kecewa Anwar akan tetap teruskan jelajah

Venue : Km 18, Kg Parit Haji Salleh Ros, Jalan Keluang, Batu Pahat

Event : Sidang media selepas Majlis Rumah Terbuka

Date : 14/9/2012


Anwar akan teruskan agenda beliau walaupun kecewa dengan serangan yang berterusan keatas program Jelajah Merdeka Rakyat yang sedang berjalan sekarang. PDRM dan Najib Razak diminta memberi perhatian yang adil dan jangan ada 'double standard' dalam mengendali isu serangan yang berlaku.



Sunday, 2 September 2012

Bas Jelajah Merdeka Rakyat diserang

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media oleh Azmin Ali mengenai serangan keatas bas jelajah merdeka rakyat

Date : 1/9/2012 @ 11.30 am



Azmin mahu Hishamuddin dan parti pemerintah bertanggunjawab keatas keselamatan pemimpin pemimpin pembangkang.. 


KENYATAAN MEDIA
1 SEPTEMBER 2012

BUDAYA SAMSENG BERLELUASA
:
SERANGAN KE ATAS BAS KEMPEN JELAJAH #merdekarakyat CUBAAN GAGALKAN KEMPEN KEADILAN

Jelajah #merdekarakyat dengan menggunakan bas kempen yang dilancarkan pada 31 Ogos 2012 adalah satu inovasi politik yang dibawa KEADILAN. Ia bertepatan dengan citarasa dan tuntutan pembaharuan yang dibawa oleh rakyat. Sambutan hangat yang diterima oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan rombongan pimpinan KEADILAN yang bersama-sama menyertai jelajah tersebut di Bentong, Kuala Lipis, Gua Musang, Tanah Merah dan Kota Bharu semalam melambangkan kejayaan inovasi politik ini.

Malangnya, perkembangan sihat ini direncatkan oleh tindakan segelintir pihak yang menggunakan kekerasan, ugutan dan budaya samseng sebagai jawapan kepada inovasi politik yang dibawa KEADILAN.

Pada jam 420 pagi semalam, petugas KeadilanEventSpecialist yang tidur di dalam bas kempen dikejutkan oleh bunyi kuat. Apabila mereka memeriksa sekitar bas, mereka mendapati cermin depan bas di sebelah pemandu telah pecah di bahagian atas dan bawah. Sisi depan bas di bahagian pemandu juga telah disimbah dengan cat merah.

Tinjauan awal petugas KEADILAN mendapati beberapa ketul bata simen telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu. Kantung plastik yang diisi dengan cat merah juga telah dilontarkan ke arah sisi depan bas bahagian pemandu.

Jelasnya, serangan yang dibuat memang mensasarkan bahagian pemandu. Saya berani menyimpulkan bahawa serangan ini dirancang agar bahagian pemandu rosak dan seterusnya menghalang perjalanan bas ini dan membantutkan program Jelajah #merdekarakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Berita serangan ini dimaklumkan kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Dato’ Saifuddin Nasution Ismail seawal jam 430 pagi dan satu laporan polis dibuat pada jam 514 pagi. Bas kempen tersebut kini berada di Balai Polis Kota Bharu untuk siasatan lanjut.

KEADILAN akan meneruskan Jelajah #merdekarakyat seperti yang dirancang dan rombongan Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan menjelajah ke Perak pula hari ini.

Oleh itu, jika tujuan serangan ini adalah untuk menyekat kempen jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, ia sedikit pun tidak menggugat nekad kami untuk turun menyampaikan mesej reformasi di seluruh pelosok negara.
Kebelakangan ini, budaya samseng dan ugutan telah menjadi amalan dan senjata utama musuh-musuh yang mahu menyekat kemaraan KEADILAN dan Pakatan Rakyat. Ini bukanlah kali pertama keselamatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim atau pimpinan kanan KEADILAN dan Pakatan Rakyat diancam. Ini juga bukan kali pertama harta benda milik pimpinan kanan KEADILAN dirosakkan.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah diancam dan diganggu di Sembrong. Dalam kejadian di Lembah Pantai, seorang warga emas cedera apabila terkena lontaran batu yang ditujukan kepada Saudari Nurul Izzah anwar oleh samseng yang mahu menggagalkan ceramah KEADILAN.

Kereta Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga dirosakkan di Kota Bharu dan banyak tempat lain yang beliau kunjungi.
Walaupun pelbagai laporan polis telah dibuat, sehingga sekarang tidak ada seorang pun yang diheret ke muka keadilan. Rakyat juga masih menunggu-nunggu reaksi dari Dato’ Seri Najib Tun Razak yang wajib mengutuk keras budaya samseng sebegini yang mencemarkan arena politik negara.

Saya yakin kali ini pun, rakyat tidak akan mendapat sebarang maklumbalas dari Dato’ Seri Najib Tun Razak dan siasatan polis tidak akan membuahkan apa-apa tindakan keras terhadap kaki samseng yang terlibat. Ia seolah-olah satu galakan terus dari Dato’ Seri Najib Tun Razak kepada kaki-kaki samseng yang lain untuk terus berlaku kasar dan mengancam keselamatan pimpinan utama KEADILAN dan Pakatan Rakyat.

Oleh itu, saya menyatakan kepada rakyat bahawa satu-satunya jalan untuk mencegah budaya samseng adalah dengan menghukum parti-parti politik yang menaungi budaya ini.

Menjelang pilihanraya umum ke-13, saya yakin serangan akan meningkat dan KEADILAN akan bersama-sama rakyat menolak budaya samseng ini dengan menumpaskan Umno/Barisan Nasional.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN KEADILAN




1.
 2.
 3.
4. 
 5.
 6.


Friday, 31 August 2012

Anwar Menjelajah Semenanjung ala Obama

Venue : Ibupejabat PKR, Merchant Square, Damansara, Selangor

Event : Sidang Media Pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat

Date : 31/8/2012 @ 10.00 am


Kak Wan siap pesan kepada Anwar supaya CD 'Sivaji The Boss' sentiasa ada dalam bas.



1/48
 2.
 3.
 4.
 5.
 6.
 7.
 8.
 9.
 10.