Lokasi : Mahkamah Persekutuan, Putrajaya
Acara : Rayuan akhir Kes Liwat II
Tarikh : 3/11/2014
Catatan :
1. 'Exhibit' yang digunakan dalam pembuktian siapakah Lelaki Y ialah tuala 'good morning', berus gigi dan botol air mineral yang diperolehi dari lokap dimana Anwar ditahan
2. Daripada tiga 'exhibit' yang disebutkan, pihak jabatan kimia dapat mengumpul DNA yang sepadan dengan DNA yang diperolehi dari rektum sipengadu.
3. Pihak Polis terpaksa menggunakan kaedah alternatif untuk mendapatkan contoh DNA kerana Anwar enggan bekerjasama dalam membuat DNA 'profiling'
4. Mahkamah akan menyemak semula prosedur penahanan Anwar setelah beliau mendakwa terpedaya dengan penahanan beliau yang bertujuan untuk mengambil contoh DNA sedangkan pihak pendakwa mengatakan bahawa penahanan tersebut adalah mengikut prosedur untuk mendapatkan keterangan orng kena tuduh.
5. Dr Osman PUSRAWI telah membuktikan diri beliau tidak boleh dipercayai dengan kenyataan yang tidak konsisten mengenai 'plastik' yang menusuk rektum Saiful.
1
2
3
4



