jinggo-fotopages is a photo blog specialising in Malaysian Politics. Original photos / pics / pix / foto of Perikatan Nasional, Muafakat Nasional, Barisan National, UMNO, PAS, DAP, PKR, PPBM. Only originals. No copy and paste will be displayed. Oppositions or government of the day fear me not, call me at 019-2781869 or Mail : minaqjinggo13@gmail.com if you have news or events to share.
Venue : Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Rayam, Bukit Beruntung, Hulu Selangor
Event : Tazkirah Maghrib bersempena Siri Jelajah Merdeka Rakyat
Date : 28/10/2012 @ 7.30 pm
Tazkirah Anwar berligar tajuk ibadah haji. Hari ini beliau menjadi makmum. Tiga minggu lepas beliau mengimamkan solat maghrib di Masjid Bukit Naga Kelang sebelum menyampaikan tazkirah...
1. Bekas tentera yang terlantar separuh lumpuh kerana kemalangan melibatkan motor yang beliau tunggang. Sudah 17 kali pembedahan untuk memperbetulkan saraf tunjang beliau namun berita terakhir yang beliau terima dari doktor mengatakan beliau mungkin akan berkeadaan begini hingga akhir hayat.
2. Sumbangan ikhlas dari Wanita UMNO Hulu Selangor. Bekas tentera ini mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan dengan dua wanita sebelum ini. Kecacatan memyebabkan kedua dua bekas isteri beliau mencari jalan keluar dari ikatan perkahwinan..
3. Isteri ketiga bekas tentera yang terlantar. Beliau mengahwini suami nya yang dalam keadaan terlantar kerana kesihan dengan keadaan beliau. Namun Allah ingin menduga pasangan ini. Wanita ini pula mengalami kemalangan kira kira setahun yang lalu dan kini perlu menjalani pembedahan saraf tunjang untuk mengembalikan deria rasa dan lokomasi beliau. Tetapi pasangan ini menangguhkan dahulu pembedahan kerana khuatir isteri ini pula akan menjadi cacat seperti si suami.
Sila tonton klip video dibawah ini untuk mendapat cerita sebenar mengenai bantuan zakat yang telah dipotong oleh pihak Puzat Zakat Negeri Selangor...